jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, April 28, 2011

TANDAS YG BERSIH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA...CHEWAHHH

sebenarnya saya ni tak berapa suka nak buat entri tentang customer kedai saya.bukan apa,kang ada customer saya yang terbaca entri saya ni,tak ke naya saya?tak syok la kan....tapi,setelah sekian lama  saya memendam rasa,saya rasa saya patut buat entri ni.sebab saya geram sangat!!!tersangat-sangat la geram.geram sebab saya da penat nak menyental bilik air/tandas/jamban bla bla bla.....!!!!

nanti saya nak cari mangkuk tandas macam ni lah


kenapa la ek,segelintir pengguna tandas awam tak reti nak jaga kebersihan tandas?eh,kalau diikutkan tandas di kedai saya ni bukan la tandas awam,tapi tandas swasta!tapi saya tak kena kan bayaran macam tandas awam tu.kang ada plak yang takmo masuk kedai saya.

dalam tandas kedai saya ni da macam-macam jenis notis yang tertampal.hah,kalau nak tau,setiap tandas restoran diwajibkan menampal 'iklan-iklan' tentang kebersihan.contohnya sila jaga kebersihan tandas ataupon dilarang merokok.tapi dalam tandas kedai saya ni,saya terpaksa tulis tolong jangan pijak diatas tempat duduk tandas.sebab masalah utama tentang tandas kedai saya ni ialah orang suka sangat pijak tempat duduk mangkuk tandas tu.kalau bukak kasut tu takpe lah jugak,sudahnya tandas yang baru saya bersihkan dengan penuh kasih sayang ada kesan tapak kasut!!!kalau diorang reti nak basuh balik takpe la jugak.ni tak,dibiarkan macam tu je.bila orang seterusnya nak masuk da kotor,tak bley nak di gunakan.kalau curah ngan air je takde effect apa pon.koman-koman kena curah clorox dulu dan sental!agak-agak kalau semua pengguna tandas macam ni,berapakah kebarangkalian untuk saya+pekerja saya perlu membasuh tandas dalam sehari???kalau tak basuh,kang orang kesihatan datang cek teruk pulak saya kena.daripada dapat gred B turun gred D plak nanti.



oke,itu masalah pertama,masalah kedua pulak ialah pengguna-penguna lelaki yang secara azalinya pee berdiri.hah,tak reti-reti ke nak curah keliling mangkuk tandas tu?yang diorang tau lepas pee terus pam aje.diorang yakin sangat yang takde percikan air hancing di keliling tempat duduk mangkuk tandas tu.memang la mula-mula tak nampak.tapi bila air hancing tu da kering,akan ternampak la tompok-tompok percikan air hancing yang berwarna kekuningan tu!OMG....ada jugak orang yang macam ni....

masalah seterusnya ni tak tau la samaada diorang lupa atau tak tau kat mana tempat pump.oke,tandas kedai saya menggunakan butang,bukan tali yang tarik-tarik tu.hello,butang tu just tekan/picit je!bukan kena masuk password ataupon kena jawab soalan-soalan cepugangsa pon!dan butang tu terletak terang benderang di atas tangki yang cuma paras bawah pinggang orang dewasa!bukan tersorok di celah-celah bedah pon!kalau la pengguna jenis macam ni kategori lupa,boleh tak korang bayangkan,macam mana keadaan tandas rumah dia pulak,kalau setiap kali lepas selesai hajat lupa nak pump???

tandas kedai saya macam ni la....tapi yg ni bersih gila...huhuuu


seterusnya,saya telah memasang penyembur wangi otomatik dalam tandas kedai saya ni.jadi,selang 5 minit,akan keluarlah haruman-haruman yang menyegarkan dalam tandas tu.malangnya......haishhh.....bila perokok-perokok tegar yang suka sangat nak melepak dalam tandas tu.kalau lepak aje gua tak kesah beb....tapi sampai isap rokok dalam tandas gua ape kes brader?takot bini marah ke bila nampak lu isap rokok???kat luar lagi selesa nak isap rokok selesa ke isap rokok tu? bayangkan la korang lemas dalam tandas yang sempit tu sebab asap berkepul-kepul ditambah pulak dengan bau najis korang tu,sape nak tolong???saya takmo tanggungjawab tau!



next.....bila mereka-mereka yang biasanya pekerja kontrak masuk ke dalam tandas dengan membawa tanah-tanah merah ditapak kasut mereka....hah!ini bukan saja mengotorkan tandas kedai saya,tapi seluruh lantai kedai saya....huhuhuuuu...tapi,tu takpelah,nama pon restoran kan,standard arr orang keluar masuk.tapi lantai tandas kedai saya sering menjadi mangsa tanah-tanah merah ini,bila kita cuci,ada lagi yang masuk dengan berbekalkan tanah merah.hmmm,nanti saya nak buat macam tandas sekolah saya dulu (SABAR,BAGAN SERAI,PERAK) dimana,setiap orang yang nak masuk ke tandas kena bukak kasut dulu!dan pakai terompah yang di sediakan.saya peduli apa kalau orang tu pakai boot paras lutut ke,high heel yang bertali-tali tu ke,semua kena bukak kasut,paham???tapi kalau orang redah masuk gak dengan membawa kasut tanah diorang tu camana???nak marah tak boleh,sebab customer.and customer always right.ohhhh......

hah,tu belum lagi kes yang suka campak puntung rokok dalam tandas.bukan je puntung,plastik dan kotak rokok pon diorang campak camtu je....haishhhh....memang takde sivik betul orang macam ni.kadang-kadang saya selalu pikir,kenapa diorang ni berperangai macam ni.orang kata kalau nak tau tuan rumah tu pembersih atau tak,tengok tandas dia dulu.abes tu kalau orang tengok tandas kedai saya yang kotor,orang akan kata tuan kedai ni pengotor.....huaaaaaa.......takmo takmo takmo!!!!

saya rasa saya nak tampal satu lagi notis dalam tandas kedai saya ni....

TANDAS INI DI AWASI CCTV
ANDA SEDANG DI PERHATIKAN

hahahaaaa......confirm diorang keluar balik!


nak makan makanan yang dalam mankuk tandas????eeyerkkk....kat tempat keje saya dulu (QUEENSBAY) ada restoran macam ni,duduk atas mangkuk tandas,makan pon dalam mangkuk tandas.ohhhooo.....tak bley blah weh



Sunday, April 24, 2011

CABARAN KECERGASAN AEROBICTHON UTM

hoyeaahhhh!!!!
kita memperolehi kemenangan!!!!

wahhh,nampak begitu eksaited ye kamu ni...heheee,mau nye tak eksaited,kalau dah menang untuk kali pertama.eh,kali pertama untuk saya je,untuk diorang da banyak kali pon.tapi menang tempat kedua je pon eksaited ke?heyyy....harussslah eksaited,sebab tak duga pon boleh dapat tempat naib johan...

oke,ceritanya begini,pada Ahad baru-baru ni,telah berlangsung acara CABARAN KECERGASAN UTM AEROBICTHON,bertempat di KOLEJ TUN FATIMAH,UTM.ramai jugak la yg sertai cabaran ni.setiap kumpulan dianggotai oleh 6 orang ahli.dan FUN 2 FIT telah menghantar 2 pasukan askar  2 team yg gorgeous.hohohohhooo...

team pertama dianggotai oleh Fiza ehem,sy la tu... Anne,kak Shima,kak Yanti,kak Huriah dan kami diketuai oleh kak Amy.team kedua dari FUN 2 FIT dianggotai oleh kak Reen,kak Ling,kak Wati,,kak Nell,dan Yun,dibawah pimpinan mama Latin kami iaitu kak Ram.fuhhh....team kedua ni memang terdiri daripada mereka2 yg mantap...

Fiza,kak Shima,Anne,kak Amy,kak Huriah n kak Yanti

kak Nell,kak Wati,kak Ram,Yun,kak Ling n kak Reen


kami tiba di Kolej Tun Fatimah lebih kurang pukul 8pagi,untuk pendaftaran.entah kenapa,sampai2 je kat situ,badan saya jadi lemah.lemah sebab tak cukup tido tido pukul 5pagi,bangun pukul 7pagi :P lemah sebab tak sarapan sedangkan kak Amy da pesan kena breakfast dulu sebelum pegi aerobicton tu...huhuu... dan lemah sebab tengok ramai gila orang,mesti banyak team yg lawan ni.....haihhh.....

lepas sesi pendaftaran dan mengambil goodies masing-masing,kami masok ke dewan dan mengambil port untuk letak barang.dari dalam dewan tu boleh nampak bermacam-macam kaler baju team yg ada.tapi kaler paling glemer ialah kaler pink.heheee....


cabaran aerobicthon ni cuma perlu ikot step yang di ajar instructor yang kat atas pentas tu,tapi memerlukan tenaga yg cukup,sebab perlu ber`aerobic selama 2jam lebih.fuhhh....tekhejott makk...takot tak mampu je..huhuuu...gila lah,tanpa henti tu beb....kalau benti pon cuma dua minit untuk pertukaran slot.2minit tu je la yang ada untuk minum air dan lari tukar tempat.sebab setiap kumpulan perlu bertukar-tukar kotak mengikut nombor.maknanya bila tukar slot,kena tukar tempat jugak.kotak yang diberi pulak kecik je....mula-mula macam risau je,sebab kotak yg kecik untuk 6 orang ahli?da la group kami ni over,suka bergerak luas....hahaahaaa...tapi rupanya,kami boleh keluar dari kotak sendiri,cuma tak boleh masok kotak orang lain...ok la tu.

bergambar sebelum berpeluh


dalam 2 jam lebih ni ada beberapa slot,antaranya ialah J-robik,hiphop,kickboxing dan latin.slot pertama ialah J-robik.seyes,kami semua macam ketam berlari terabur....huhuhuuu....sebab tak dapat follow step.selalunya da biasa follow instructor yang ke kanan,kita pula ke kiri.tapi instructor ni nak kitorang follow kalau dia ke kanan,kitorang pon mesti ke kanan.bila da menghadap,rasa macam slow sangat nak pick up kanan-kiri instructor tu...memang kecoh dewan masa slot J-robik ni,sebab semua orang tak dapat follow dengan betul.

slot paling best bagi group kami ialah hip hop dan kickboxing.masa ni kami memang betol2 all out abes....walaupon step hip hop tak la susah mana,tapi memang cool beb step dia.time kickboxing plak energy saya da abes low....tapi terpaksa gagah kan jugak.latin plak,iskkk.....memang saya frust sangat sebab tak dapat nak all out.sebab kasut!!!saya terlupa nak bawak balik kasut aerobic yang saya tinggal kat studio.sudahnya saya terpaksa pakai kasut snickers NIKE.so,pergerakan saya agak terbatas.tak dapat nak seret-seret kaki sangat.masa ni jugak kami da agak confuse nak pusing kanan ataupun kiri.kak Amy cakap follow kaki kak Ram.sebab group kak Ram kat bahagian depan.masa saya tengok group kak Ram,fuhhh....tabik spring beb ngan diorang.step diorang sama dan serentak!

cooling down


tamat je slot latin,saya terus lega.....gila lah.....memang penat beb.muka ni da capek sangat control senyum.lepas latin,kami buat cooling down...ahhh.....terasa lega sikit sengal-sengal bahu yang ada.dan tamat je sesi cooling down,kami kembali ke port masing-masing.masa tu saya terus terbaring.sebab terasa pedih kat ulu hati.diorang semua da panik....huhuuu....kak Amy bagi ubat tahan sakit.kak Reen plak tolong urut-urutkan perut saya.inilah akibat kalau tak makan!erkk.....

kak Shima muncul dengan membawa beberapa kotak bihun goreng.saya cuba gak nak makan,tapi tak boleh masuk la.beberapa minit kemudian saya da oke.kak Azy pon muncul dengan jambu batunya....huhuuu....

oke,time untuk penyampaian hadiah ye!waktu MC sebutkan nama2 kumpulan untuk pemenang saguhati,saya berdoa dalam hati,jangan la disebut lagi nama kami untuk hadiah saguhati....huhuuu...

dan bila kumpulan kak Ram disebut sebagai pemenang tempat ke-3 saya agak terkejut.maknanya kumpulan kami antara tempat pertama ataupon kedua.dan bila kami dipanggil sebagai pemenang tempat ke-2,memang bersorak sakan la kami.hilang terus sakit saya!huhuuuu








wajah2 ceria FUN 2 FIT

seyes,hilang rasa sakit bila dapat medal.tapi,balik je terus tido sampai malam,baru terasa sengal-sengal badan balik.tapi,muka tetap senyum untuk beberapa hari sebab masih ada sisa-sisa rasa gembira....huuhuuu...

tahniah kepada semua ahli-ahli FUN 2 FIT dan jugak mereka-mereka yang amek bahagian

p/s terima kasih gak pada tuan punya gambar.....








Saturday, April 23, 2011

Friday, April 22, 2011

selamat hari lahir sahabatku-yana

entri ini di tulis khas buat seorang teman yg sangat saya kasihi

seorang teman yang telah menemani saya selama lebih kurang 10tahun....

teman yang tak jemu-jemu memberi nasihat,kata-kata semangat tak kira dalam keadaan apa sekalipun,walaupun kami berjauhan...

di sini,saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada nor suziyana rashid yang ke 26.semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia hingga ke akhir hayat bersama orang yang tersayang.

kenangan kita masa sekolah2 dulu takkan acik lupa kan.terima kasih sebab selalu tolong acik,tak kira dalam apa bentuk sekalipun.yana lah salah seorang sahabat yang acik sayangi.acik doa kan yana kan temui apa yang yana hajati.doa acik untuk yana takkan pernah putus.

semoga persahabatan ini akan terus kekal...


Wednesday, April 13, 2011

KERANA EGO SAYA MENYESAL

Huh......takde idea nak buat entri terbaru la...er,sebenarnya ada,tapi masih tersangkut dalam draf lagi....heheee....emang dasar malas kamu ni ye...oke,sekarang layan kan aje entri ni.ini adalah mesej dari seorang bekas kekasih(lelaki) kepada bekas kekasih(perempuan).....huhuhuuuuu.....hmmm,kalau tak keberatan sila tinggalkan komen,pendapat korang tentang mesej ni,dan kalau korang kat tempat perempuan tu,apa yg korang akan buat???

Assalammualaikum

Sebelum awak baca luahan hati saya ni,saya nak awak baca sambil dengar lagu KU INGIN KAMU baru baca,okey?


KERANA EGO SAYA MENYESAL.....
Ini kisah tentang kita...awak masih ingat lagi tak masa kita mula-mula kenal dulu?saya layan awak dengan baik,awak pon layan saya dengan baik.mesranya kita masa tu kan?saya dah buat awak jatuh hati pada saya.dan awak terlalu sayangkan saya.saya pon sayangkan awak jugak.

Tapi KHILAFnya saya....saya abaikan awak.saya EGO.saya buta untuk melihat ketulusan awak.....saya lukai perasaan awak.saya banyak tipu awak.saya sibuk layan orang lain.sehinggakan awak menangis kerana saya.kejamnya saya......saya langsung tak pedulikan awak.saya selalu buat salah.bila awak marah saya,saya salahkan awak balik.saya buat tak endah je kat awak.....



Saya tau awak terluka.awak korbankan segalanya untuk saya.buat macam-macam untuk saya.awak rela bersedih asalkan saya bahagia.butanya hati saya sebab tak hargai awak....

Tapi pada satu hari tu,saya rasa sunyi je......mana awak pergi,menghilang......saya cuba untuk hubungi awak,tapi saya takot.....kosong hidup saya sekarang tanpa awak.selalunya tiap tengahhari awak mesti call,gerak saya bangun.malam,kita mesti mesej sampai terlena....saya rindukan semua tu sayang.....tapi sekarang dah takde mesej,call dari awak lagi......

Tiba-tiba,bila saya cuba mesej awak,awak balas mesej saya!gembiranya saya bila tengok nombor awak.....hati saya sangat-sangat bahagia!!!

Dengan secara tiba-tiba awak mintak maaf pada saya....awak cakap awak dah tak boleh terima saya lagi......awak dah lupakan saya saat saya abaikan awak dulu....

Betapa hancurnya hati saya bila dengar semua penjelasan awak.......

Sejak hari tu,saya tak dapat terima kenyataan yang awak akan pergi dari hidup saya....

AWAK......KEMBALILAH PADA SAYA!!!!!

Saya nak cakap kat awak,yang saya masih cintakan awak sangat-sangat-sangat!!!kehilangan awak buat saya sedar,yang saya sebenarnya sayangkan awak...saya menyesal sebab sia-siakan hidup awak dulu.ini la balasan untuk saya kerana terlalu EGO.saya dah sedar.....bagi lah saya peluang.......

Thursday, April 7, 2011

INSOMNIA!!!

Beberapa hari ni sy susah sangat nak tido.bukan je susah,tapi memang tak boleh tido langsung!agak-agaknya kenapa ek?hmmmm.....

Sejak Isnin lepas,sy pegi aerobik tiap hari tau,dan buat sesungguh-sungguhnya,sampaikan peluh mencurah-curah macam kena simbah ngan sebaldi air.gila lah....keje pon makin bertambah-tambah.sepatutnya bila makin aktif mesti la sy akan rasa terlebih penat dan ngantok.tapi kenapa sy tetap tak boleh tido!!!

Ehh,bila dipikir balik,bukan je dari Isnin sy pegi aerobik,tapi dari hari Jumaat lepas!maknanya genap seminggu sy buat aerobik tanpa henti......sebabnya,Jumaat petang ada training,Sabtu pon ada training,Ahad ada aerobik funtime kat Kipmart Tampoi.Isnin kelas,Selasa kelas,Rabu kelas,malam ni pon kelas!gila lah kau Fiza,kalau tak kurus-kurus jugak tak tau la....huhuuuu....sebenarnya sy aktif aerobik bukan pasal desperate sangat nak kurus,tapi rasa enjoy pulak join benda alah ni.lagi-lagi ada geng yang selalu bagi support.....

Hah,balik pasal tak boleh tido ni....seyes sy tak tau kenapa sy tak boleh tido.padahal,balik dari aerobik je sy terus mandi ops,setengah jam lepas aerobik baru boleh mandi ye...mandi pon bukan mandi ala kadar,tapi habes sental daki2 yg ada,syampu rambut lagi,sebab tak tahan panas dan peluh punya pasal.lepas da mandi sy terus baring nak lelapkan mata.tapi tak boleh!pusing kiri,pusing kanan,tetap tak boleh tido.mata ni segar je.pada hal,bila tengok jam da pukul 4pagi!nak kata panas tak jugak,sebab kipas punya kuat sy pasang.

Puas jugak la sy cuba lelapkan mata,tapi tak boleh.sy cuba baca majalah,sebab selalunya mata sy ni secara otomatiknya akan terlelap bila baca buku habit dr sekola lagi....sebab tu malas baca buku :P 

Masalahnya,mata sy tetap tak boleh lena.dekat-dekat pukul 6pagi sy rasa baru la mata ni nak lelap,tapi apa gunanya lagi!sebab da kena bangun untuk solat dan pegi keje.....huhuuuu......


Bangun-bangun pon mata luas je.selalunya sy hampir tetido dalam bilik air..... :P

Haishhhh...harap-harap,malam ni boleh tido dengan lena.....

p/s ada apa2 cara tak untuk dapat tido ngn lena?bukan tido selama-lamanya tau!

lokman hakim terbang

ini adalah video yg direka sendiri oleh lokman hakim yg takde keje.waktu ni umur dia baru berapa tahun entah.yg pasti sekolah rendah lagi.



p/s kualiti gamba tak berapa bagus,sebab guna henpon kakak dia.

Tuesday, April 5, 2011

ABPBH 2010


Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah pon berlalu.seronoknya sy macam la sy yg menang anugerah tu...huhuuu...bukan apa,kebanyakkan artis2 yg menang tu adalah yg sy harap2kan sangat.sebelum tu meh kita tengok keputusan malam yg sangat la meriahnya...

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR`10
Shaheizy Sam bopren sy ye...


ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Datuk Rosnani Jamil

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam ehem....nak sy mention lagi ke?

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Lisa Surihani

cantek gila dia ni....kalau la muka sy cam dia...huh!

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha


PENYANYI LELAKI POPULAR
Faizal Tahir


PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna


PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Hj.Nawawi

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

PENYANYI BERKUMPULAN/DUO POPULAR
6ixth Sense


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan


ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Norkhiriah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

ARTIS NASYID POPULAR
Rabbani 

Begitu lah keputusannya....antara pemenang yg sangat3 sy puas hati ialah 6ixth Sense.memang menjerit kegembiraan sy.Adi nampak macam da kurus balik kn?cara dia cakap pon da kurang slang Indonesia.hensem beb dia....

Masa Fasha Sandha menang lagi sy jerit!fuh,dapat balik dia menang anugerah pelakon tv wanita popular,yg sebelum ni dimenangi Tiz Zaqyah.ternyata la Fasha Sandha ni masih ada peminat lagi,walaupon banyak sangat kontroversi.bagi saya Fasha Sandha ni memang sangat berbakat.sy suka tengok dia berlakon.harap2 dia boleh kurangkan kontroversi demi peminat2 yg masih menyokong dia antaranya sy la...

Lisa Surihani pulak.....peh.....bila la sy nak dapat bentuk badan dan bentuk muka macam dia ek?huhuuu....memang tade harapan la.seyes,dia sangat3 cantik!makin dewasa makin cantik pulak dia.sumpah sy suka dia sebab dia cantik!lakonan pulak makin bagus,kalau nak dibandingkan masa mula2 dia berlakon dulu.

Yuna.kalau Siti Shafiza eh,Siti Nurhaliza tak tarik diri memang dia tak dapat la.tapi,memang tiap tahun sy harap orang lain akan memang.tahniah la pada Yuna.vocal dia memang mantap.sy sangat suka dengar dia nyanyi live daripada dengar kat radio.

Zizan!yes!memang sy harap antara dia dengan Johan je yang boleh menang.daripada diorang kat Raja Lawak lagi memang sy harap sangat.masa Raja Lawak musim pertama,sy frust sangat sebab diorang kalah.tapi ABPBH kali ni betul2 mengubat kekecewaan sy,sebab Zizan berjaya mengalahkan Nabil!ye...dulu sy sangat minat pada Nabil,tapi kontroversi dia tu buat sy da tak minat kat dia.eh,nape Fasha Sandha yg banyak kontroversi boleh sy minat,Nabil pulak sy da tak minat?hmmm...sebab karier Fasha Sandha seiring dengan kontroversi.Nabil?makin jatuh je....tp sy tak nafi kan,Nabil memang ada aura lawak.sebabnya dalam Maharaja Lawak,kekuatan lawak Nabil masih tak hilang!sy harap Nabil boleh kembalikan diri dia sebenar,dan lebih hargai peminat.

Pak Nil pulak,memang sy rasa takde sape lagi boleh challenge!dan sy rasa dia masih layak untuk terima anugerah pengacara lelaki popular.sy suka sangat masa dia bagi ucapan tentang pakaian dia yg direka oleh Hatta Dolmat.idea Pak Nil tak pernah kering untuk hiburkan peminat.

Dan yg paling buat sy terlompat kegembiraan dan menjerit sampai kering tekak ialah kemenangan Shaheizy Sam!seperti mana yg ramai dah duga Sam memang layak terima anugerah bintang paling popular.walaupon Sam kata kalau Datuk Siti Nurhaliza tak tarik diri dia tak kan menang anugerah ni,tapi sy rasa Sam memang akan menang walaupon Datuk Siti tak tarik diri.sebab sepanjang tahun 2010 populariti Sam melonjak naik sejak filem Adnan Sempit dan Ngangkung catat kutipan box office.Sam berjaya pelbagai kan cara pembawaan watak.tengoklah cara cakap dia dalam Adnan Sempit yg dah mendatangkan fenomena "der".dalam Ngangkung cara cakap dia pon lain.sy percaya,bila filem Langsi nanti keluar,loghat Kelate akan popular pulak,sebab lakonan Sam akan memberi kesan pada seluruh Malaya!sy berharap sangat Sam takkan ada kontroversi macam orang lain,sebab Sam dah berjaya menang tanpa ada kontroversi.dan harap sangat Sam akan terus menghargai peminat2 dia,antaranya ialah sy....huhuu...

Tentang pengacara pulak,memang sesuai sangatlah gandingan Raja Azura,Sharifah Shahirah dan jugak Zizan.rasanya paling best Zizan la.sebab dia ada idea lawak tersendiri.ditambah pulak saat untuk pengumuman bintang paling popular,dengan kehadiran Usop Wilcha dan Johan.memang meriah gila.pastu Sam dan emaknya yg memang happy dan meriah jugak atas pentas.


Secara puratanya sy sangat berpuas hati dengan ABPBH `10 kali ni.tahniah sekali lagi pada semua pemenang.especially pd bopren sy iaitu Sam....huhuuu...

sayang....jom kita jalan2 dengan keta baru u.....awww...i luv u Sam!!!!
over la kau fiza....

p/s sumber gambar dari google






klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...