jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Friday, June 22, 2012

Tiramisu by Veryana Nurfatiha

Assalammualaikum,

Jumaat minggu-minggu lepas...err,nampak sangat entri peram..hmm,saya telah menjadi cikgu baking untuk seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Veryana Nurfatiha,iaitu anak sulung Anne.

Dia teringin nak belajar buat kek.tak macam mak dia.heheee...mak dia pandai menikmati kek je.huhuhuuu....

So,saya ajar kek yang simple dan senang je.tak perlu bake,cuma freeze kan je.senang ajar budak ni,sebab dia ada minat.semua dia nak buat guna tangan sendiri.sedangkan kita takut dia tak boleh buat,tapi sebenarnya dia nak buat sendiri dan belajar.

So,ini lah hasilnya.tapi gambar Fatiha takde la pulak.tiramisu ni untuk daddy dia sempena father's day.

Tuesday, June 19, 2012

AKU ADA,KAU ADA??? atau HOORE HOORE

Assalammualaikum...

 


Entri ini bukan la untuk membanding-bandingkan filem.tapi memang saya nak buat perbandingan jugak!!!

Beberapa minggu lepas saya ada beli beli astro first,cerita Aku Ada,Kau Ada??? masa tuu tinggal saya bertiga dengan kakak dan adik bongsu.yang lain pergi hantar adik-adik saya ke UiTM Segamat dan jugak UiTM Terengganu.takde cerita yang menarik,terus klik beli cerita tuu..

Biasalah,bila Shaheizy Sam berlakon,mesti saya yang paling eksaited.tak sempat nak tengok wayang,astro first je lah jalan penyelesaian...heheheee.....

Cerita pon bermula.....



5 minit kemudian.... hmmmm

Setengah jam kemudian...... haishhhhhhhh

Satu jam kemudian.... Arghhhhhh......tak best nyaaaaa!!!!!!

Rugi tau tak bayar kat kakak saya Rm10 sebab saya yang request cerita tuu.dia yang selalu bayar bil astro.rugiiiiii siotttttt......!!!sudahnya cerita tersebut cuma ditengok 1 setengah kali.kali pertama macam tak feel...kali ke setengah cuba untuk feel.....tapi disebabkan tak sampai jugak feel tuu terus tutup channel tu!walaupon astro bagi 2 hari tengok,langsung kitorang tak jengah cerita tuu lagi!hampeh tau tak!

Kalau la saya jumpa Sam,saya akan menangis depan dia....kenapa?kenapa?kenapa cerita ni tak best langsung sayangggg????sayang kemain pergi shooting kat korea,costume da lawa,sayang dah hensem,Yana Samsudin dah comel,tapi kenapa jalan cerita phailed sayanggg???? it`s a phailed sayanggggg.....



Jadi untuk mengubat hati yang luka,saya telah keluar makan roti canai sorang-sorang kat kedai mamak.kat situ ada HBO...haish...hampa betol.bila saya tengok kat fesbuk,ada sorang kawan yang pedet status kata nak beli astro first cerita Aku Ada,Kau Ada??? ni....padahal,dia tak suka tengok filem melayu sangat,tapi pasal berlakon kat korea,dia pon nak try jugak ler tengok.saya just komen, kalau kau beli cerita tuu,aku rasa 7 keturunan kau takkan tengok cerita melayu dah...




Jujur dari hati saya,cerita Hoore Hoore lagi best.Akim dalam cerita ni pon smart.padahal saya bukan peminat Akim pon.



Tapi watak yang sangat suka ialah watak Fauziah Nawi sebagai nenek a.k.a Zai Kerengga.Ratu Kebaya 3 tahun berturut-turut tau!haa....



Nurul Aiman pon cute jugak.betol la kata Akim a.k.a Johari,orang besar-besar ni kiut pe.... heheee....



Apa yang buat saya suka cerita ni ialah,jalan cerita,pengajaran dari cerita ni.lagipon bagi saya tak semua filem muzikal melayu ni menjadi,rasa macam pelek je...so far Hoore Hoore ni memang sangat menjadi.saya ni plak tak suka bila lagu asal digubah,lagi-lagi cara artis baru bawak lagu tu...tapi tak tau kenapa,saya touching dengar lagu-lagu Allahyarham Sudirman yang telah di beri nafas baru dalam cerita ni.suara semua pelakon & penyanyi dalam cerita ni pon best,baik Akim,Nurfarah Nazirah,Fauziah Nawi,Harun Salim Bachik,Adibah Nor dan jugak Kilafairy.lakonan pon tak menghampakan...





Kalau ditanya berapa bintang saya nak bagi untuk cerita ni,saya bagi 4/5.......sebab cerita ni memang tak menghampakan.

Tapi untuk cerita Aku Ada Kau Ada ni,satu bintang pon saya tanak bagi!!marah ni tau tak!kecewa...... :'(

Saturday, June 16, 2012

CAKE IN A JAR

Assalammualaikum kawan2...



sekarang ni tengah pesen cake dalam botol kan..?sana sini orang jual,walaupon dijual mahal,tetap ada yang membeli.mungkin disebabkan tertarik dengan botol dan kek yang sangat menggiurkan  erk....

saya da lama teringin nak buat dan bila pertama kali di perkenalkan oleh taukeh soh kedai barang-barang membuat kek ni.ni suruh saya cuba,dan inilah hasilnya.

Alhamdulillah mendapat tempat dihati peminat kek ni...sekejap je habis dijual kat kedai saya.

sekiranya nak buat tempahan bolehlah hubungi marketing manager kami iaitu anne 012-7845967

OMG OREO

RAINBOW CHEESE FROSTING

STRAWBERRY CHEESE

CHOCO BERRY CHOCO

TIRA MISS U

sekian.tima kaseh.




Wednesday, June 13, 2012

HARI BELIA ISKANDAR-zumba nite

Maaf ye,lambat pulak buat sambungan cerita tentang hari belia iskandar ni..haishhh...dasar pemalas betol.erk...

Oke,tengok ler gambar yang mana ada ni ye...

Testing 123

Saya budak baru belajar.kalau salah tolong tunjukkan...chewahhhh

Sunday, June 3, 2012

HARI BELIA ISKANDAR part 2-senamrobik perdana

Petang Jumaat tersebut,aktiviti seterusnya haruslah senamrobik perdana.memang sangat meriah,sebab ramai belia-belia yang aktif aerobik di sekitar JB ni hadir.ada Shasha dari Senai,Grace Fitness dari Taman Universiti,dan ramai lagi.tak lupa juga instructor-instructor yang di import dari One Nation Fitness,KL.

wajah2 belia aerobik

instructor dari ONF-Fenddy

makin lama makin ramai yang datang

Shasha-kickboxing,feberet kak Amy,sebab tu dia tanak miss,terus naik pentas jugak.

kak Yati n Didie yang memang havoc

zumba with grace ladies....


disebabkan kaki ni tak baik lagi,jadi memang tak dapat la nak beraksi lincah macam diorang tuu...jeles rasanya.tapi merasa jugak la naik stage dengan kak Amy dan Anne,untuk back up kak Ram buat funtime.wahh....memang rindu sangat saat itu.sebab da lama tak naik stage dengan diorang,especially Anne,sebab dia dah setahun cuti aerobik.huhuu...yela,orang mengandung + berpantang.ni pon baru je abes pantang.ramai yang tak percaya dia baru je melahirkan anak yang ke-4.fuhhh....badan kecik je.

yang syok nya,punya syok la Anne ni beraerobik sebelah saya,dia tak sedar ada sorang lelaki ni dok usha dia dari tepi pentas..saya nampak sekali imbas.eh....macam kenal jerk mamat ni.saya pandang sekali lagi.lahhh.....Fiezan rupanya.suami Anne.dia sengih-sengih je.

saya bisik kat Anne "kenal tak mamat kat tepi stage tu..??"

Anne tengok,melompat terus dia lari kat Fiezan.kemain seronok lagi....haishhh....jeles pulak makkk...nyampah!

incik suami yang datang bagi support.huhuu...


tamat je sesi senamrobik perdana ni,saya,Anne,Fiezan,kak Amy dan jugak kak Honey pergi makan KFC.kena makan cepat-cepat sebab nak pergi mandi tukar baju untuk zumba nite plak pas ni.fuhh....3 baju saya tukar dalam sehari dok kat Angsana ni.kitorang amek port toilet kat tingkat 4 untuk mandi.senang sikit,dekat dengan parking kereta,boleh simpan barang-barang terus.lagipon toilet kat tingkat atas ni tak ramai orang.siap masuk bilik susu lagi untuk mekap.....




akan bersambung lagi.....





HARI BELIA ISKANDAR part 1-meriah beb!

Assalammualaikum kawan-kawan

Fuhhhh...lega.hujung minggu yang agak sibuk telah pon berlalu.tamatlah sudah program Hari Belia Iskandar yang telah berlangsung di Plaza Angsana,JB.tapi program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tak dapek den nak pergi.dah 2 tahun tak dapat pergi...huhuuu...sedeh rasanya.

Jumaat lepas,18/05/2012,bermulalah operasi.pagi-pagi lagi sebelum Angsana bukak lagi kitorang dah sampai.sempat jugak breakfast di Bandar Baru Uda bersama cikgu Elly,kak Amy ngan kak Ani.pekena lontong kering...eh,eh....

Inilah dia serba sedikit gambar masa pagi Jumaat tu...Gym 1Malaysia Tampoi diberi tempat untuk mempromosikan tentang aerobikthon yang akan berlangsung di petang hari,zumba nite di malam hari dan juga J-robikthon Malaysian Book Of Record yang akan berlangsung esok harinya sehingga petang Ahad.


sempat jugak turun bawah untuk teman kak Amy dengar taklimat AJK J-robikthon

kami ditugaskan untuk pergi beli drinking water kat Mydin

kemain ceria diorang



Cabutan bertuah pon ada jugak,bagi yang mendaftar untuk menyertai aerobikthon ni.oh ye,Hari Belia Iskandar ini menyasarkan kehadiran seramai 100000 orang belia ye.jadi,mereka yang hadir perlu mendaftar secara online di pintu masuk utama Plaza Angsana ni.ada disediakan beberapa buah komputer untuk mendaftar.siap mintak nama facebook dan twitter lagi gitu...nama pon belia kan.so,bila dah settle pendaftaran,nama akan terpampang di skrin besar tuu...haaa...nampak tak nama saya kat situ???chewahhh....pastu boleh la dapat goodies bag secara percuma.dapat kipas,sticker dan juga badges I'M YOUTH.


nampak tak nama saya kat skrin tuu....heheee

comel tak beg saya?

siapa nak beli fitness suplement pon ada...

Oke,ini adalah beberapa gambar aerobic lead by our gorgeous instructor,kak Amy.sebenarnya sesi aerobic ni tak dirancang.ianya adalah permintaan oleh cikgu Elly untuk press.tak lupa juga permintaan oleh cik DJ Plaza Angsana yang cantek untuk diadakan sesi poco-poco juga.macam-macam pesen poco-poco yang di keluarkan....apa-apa pon tetap enjoy bila ada belia-belia yang join sekaki.

jom aerobic....

amekaw...macam2 pesen poco-poco keluar

tengoklah model bulu mata niii...

marybrown kegemaran kami...huhuuu

banyak betol gambar dia ni dlm kamera aku...

kami lah belia....cewahhhh




akan bersambung......






klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...