Perghhh...bunyi macam diva popular la kan???Shafiza nak berlakon filem?pengarah mana yang rabun tu,yang berani mempertaruhkan filem mereka dengan mengambil Shafiza sebagai pelakon?Chewahhh....berlakon tak semestinya pegang watak utama kan?mungkin watak pembantu ataupon extra kan?tetap namanya pelakon kan?walaupon cuma sekadar berdiri sebagai tiang kat belakang.janji ada shoot,masuk dalam filem/drama kan...heheheee...taknak mengalah jugak kau Shafiza....
Okey,gini lah....tak payah buat press conference,saya mengaku bahawa saya telah membintangi sebuah filem.What...?????OMG.....Are U Serious babe???ye...saya serious.tapi sekadar extra.tak perlu script,tak perlu buat research untuk mendalami watak.sebab saya cuma extra yang kejenye tepuk-tepuk tangan je.....heheheeee...
Pada tarikh ehem ehem,Persatuan J-robik Kulai telah menerima pelawaan untuk menjadi extra bagi sebuah filem bertajuk Sepah The Movie.dah namanya Sepah The Movie,harusss lah kumpulan Sepah pon ada kan?ye,termasuklah Mamat.dan jugak Pok Yus...yup,Yus kumpulan Jambu tu...yang juara Raja Lawak musim pertama tu....bertempat di Yayasan Warisan Johor.
Masa mula-mula cikgu Elly cakap tu,of course kitorang excited.dengan nak pikir nak pakai baju apa pulak.kang pakai glemer-glemer mengalahkan artis plak.tak pasal-pasal kena halau dari lokasi.heheee...
Ketibaan kami di lokasi telah di alu-alukan oleh seorang akak produksi tu.risau gak mula-mula sampai tu.takut kalau-kalau orang produksi ni kerek-kerek kan?tapi Alhamdulillah,sampai je terus suruh kitorang makan.katanya nanti lapar pulak time shooting.pastu di suruh bagi nama penuh dengan nombor telefon.nak jugak tanya,agak-agak nama kita akan di senaraikan tak masa penghujung cerita tu?heheheee....takkan nak tanya kan...
Kami semua di beri serba sedikit taklimat tentang scene yang akan kami lakonkan.iaitu babak di mana kami sebagai pelanggan dan penonton persembahan nyanyian oleh Pok Yus....sebuah rumah traditional di YWJ tu di ubahsuai menjadi warung milik Pok Yus.
Lambat jugak lah shooting ni nak bermula.sebab kru-kru produksi sibuk nak ubahsuai tempat tu.nak pasang itu lah,nak pasang ini lah....kelihatan jugak kumpulan Sepah dah get ready,termasuklah Siti Sarah yang sedia menemani suaminya.Kehulu kehilir dengan keadaan yang sarat mengandung.ish...takut jugak tengok keadaan dia camtu.tapi Siti Sarah steady je.
Akhirnya setelah menunggu dari pukul 8.30 malam,kami mula naik ke lokasi pada pukul 10malam...lagi sekali kami diberi taklimat oleh pengarah dan juga penolong pengarah.katanya,penggambaran ni akan ambil masa hingga lewat pagi!huh,gila...esok pagi-pagi nak keje lagi...so,pengarah kata,sape-sape yang rasanya tak boleh tunggu sampai lewat pagi tu hendaklah tarik diri awal-awal.takkan dalam filem nanti orang tengok makcik tu kejap ada kejap takde kan?saya tengok kak Ani,kak Izan dengan Anne steady je,so diorang nak stay la.saya pulak datang dengan diorang,kena lah jugak stay.lagipon bukan senang nak jadi extra kan??heheee....
Kami di arah bertepuk tangan dan bersuka ria melihat persembahan Pok Yus.padahal takde apa-apa persembahan pon kat depan kitorang tu.cuma yang ada penolong pengarah yang cuba membuat aksi supaya kami sentiasa ceria.katanya kami perlu ceria,suka,ketawa.dan riak wajah kami haruslah riak wajah pukul 8 bukan riak wajah pukul 10 okey??? :p
Setelah di ulang beberapa kali lagu yang bakal di nyanyi kan oleh Pok Yus,kamera pun bertukar angle.maknanya akan ada angle dari arah depan,kiri,kanan dan juga belakang.saya dan Anne mantain je mekap.sape-sape yang duduk depan asik kena touch up je muka.hehee....
Kami di beri rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Pok Yus.masa tu memang jam dah menunjuk ke angka pukul 12 malam.haishhh.....mengantuk jugak mata.tapi bila kami di hidangkan Domino`s Pizza oleh akak produksi tu,rasa segar balik mata.akak tu kata nanti akan ada burger,Domino`s tu pon Siti Sarah yang belanja.Terima kasih ye Siti Sarah......heheheee
Lepas makan,kami naik semula ke lokasi.hari sudah mula hujan.sejuk nya jangan kata la.memang la saya ada bawak jaket,tapi di sebabkan scene sebelum ni saya tak pakai jaket,so saya tak boleh pakai jaket...huhuuu...
Pok Yus akhirnya tiba juga.fuhhh....alhamdulillah....lagi sekali kami perlu bertepuk tangan walaupon tangan dah merah.huhuuuu....wajah pukul 2 pagi bertukar wajah dengan keletah kumpulan Sepah dan juga Pok Yus.paling best rasanya aksi Jepp.dia memang funny....
Pengambaran akhinya tamat lebih kurang pukul 2 lebih.itupon untuk babak kami.tapi untuk dancer dan Sepah masih ada.sekali lagi kami di beri makan sebelum balik.dan juga di beri bayaran.wahhh....keje tepuk tangan je pon dapat Rm50 tu...akak produksi tu kata filem ni akan di tayangkan dalam bulan 8 tahun depan.dia cakap lagi nanti datang lah tonton filem tu,support Sepah The Movie.gila tak pergi!harussss lah pergi kan...bukan senang muka kita dapat masuk pawagam.hahahaaa...saya cakap dengan Anne,nanti kita pergi tengok berdua,tapi beli tiket untuk 10 orang tau...support punye pasal.heheheee...korang pon support same lah.boleh tengok saya menepuk-nepuk tangan.hahahahaa....
Saya sampai rumah pukul 3pagi.huh....sebab ni la saya taknak jadi artis,sebab kena balik lewat kan? *tangan di dada mata ke atas :p
p/s duit Rm50 tu saya belanja mak saya makan Marrybrown.hasil pertama saya berlakon.huhuhuuuu....
p/s beberapa hari lepas tu saya dan Anne menghadiri majlis perkahwinan kenalan aerobik kami.anak Bandi Amuk.wahhh...sekarang kau bergaul dengan artis je kan Shafiza....