jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Friday, July 20, 2012

BIRTHDAY CELEBRATION YANG AWAL SEMINGGU

Assalammualaikum

Sehari sebelum Ramadhan bermula,saya,Anne,kak Amy dan kak Anny keluar shopping barang-barang untuk homestay kak Amy di Aeon Bukit Indah.sebelum shopping kami mengisi perot yang kosong di BBQ Chicken.

First time makan kat sini,oke la,not bad jugak makanan dia.rambang mata jugak nak memilih.macam selalu pilihan saya dan Anne mesti sama,so kami akan pilih hidangan yang lain-lain,boleh rasa-rasa kan...




Saya pilih chicken grilled burger dan coleslow,Anne pulak chicken meat loaf fettucine dan mashed potato.yummyyy.....kak Anny makan vegetarian spagheti,dan kak Amy pulak chicken crisp fettucine.wowweeee....semua selera western gitu.

Lepas dah order makan,baru laa saya tau,rupanya makan-makan ni adalah sebagai birthday celebration saya yang awal seminggu.sebab birthday saya jatuh bulan puasa,dan jugak masa tuu saya ada kat kl.kira ini untuk farewell jugak laa....kebetulan jugak birthday kak Anny lagi berapa hari je lagi...so sama-sama la punya celebration la ni.



Seronoknya bila ada orang belanja makan best-best kan....terima kasih sangat-sangat kat kak Amy yang berbaju merah tuu.saya sayang kak Amy,banyak tolong saya....hmmmm

wajah-wajah happy....!!!

Lepas shopping sampai penuh 2 troli,kami singgah pulak di Baskin Robin.wahhhh....ni betul-betul feberet saya!kitorang kalau dalam perjalanan ke KL mesti singgah Machap makan aiskrim BR ni.kira feberet saya,Anne dan kak Amy jugak laa....


See.....kemain lagi saya kan.memang begitu lah saya bila dapat aiskrim BR ni...

ini lah teman-teman saya.....




Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada kak Amy yang berbelanja sakan untuk saya,Anne dan kak Anny....Ailebiu lahhh sangat-sangat!!!



Hmm,sekian tuu saja.selamat menunaikan ibadah puasa!

Harap-harap dapat puasa penuh lagi tahun ni.macam ada harapan je.dan jugak dapat khatam Al-Quran sebulan ni.




Tuesday, January 24, 2012

DESARU OH DESARU

Beberapa hari lepas,hati sangat-sangat merindui kedamaian laut.terasa macam nak release tension kat tepi laut.jeles rasa dihati bila tengok kawan-kawan post status picnic ditepian pantai.rasa cam da bertahun-tahun kaki ni tak menjejak desiran pantai....chewahhh....padahal baru beberapa bulan lepas bercanda di pasiran pantai Port Dickson.cuma tak berkesempatan nak update kat blog je.sebab ada masalah gambar.

Tahun baru cina ni kami mengambil kesempatan yang ada untuk menghirup angin laut yang segar bugar...fuhhh....kebetulan adik-adik saya yang belajar kat KPJ Nilai,UiTM Segamat dan juga UiTM Terengganu turut ada,jadi tanpa pikir panjang tengahari Isnin semalam, lepas tutup kedai saya dan mama ke Jusco untuk beli barang makanan.cadangnya cuma nak beli sosej dan juga gas dapur kecik.tapi alang-alang dah sampai jusco,terus beli beef marinated,lamb marinated,ayam goreng crispy....macam nak berkampung seminggu plak.huhuuuu....

Perjalanan ke Desaru pon bermula...cer tengok gambo yang kabur bawah ni,sape yang drive??


dan sape pulak yang melepak kat belakang???





wahhh...senang hati kan??selalu ayah yang drive,kali ni saya yang drive.dari rumah sampai le ke side parking Desaru....huhuu...terasa diri ni hebat sebab bley buat side parking belah kanan di kawasan yang terhad je.....huhuuu....

turun je dari kereta saya terus tanya kat mama

"ma...ini desaru ke port dickson???"

agak macam soalan bodoh kan...tapi,kalau korang tengok keadaan pantai Desaru tu camne,korang akan tanya soalan yang sama....seyes beb orang ramai gila...macam semut....takde tempat yang kosong.semua dipenuhi dengan manusia yang berbagai ragam....tapi yang paling ramai nya bangsa asing la...rasa cam kat pantai luar negara pon ada...sebab ada orang bangladesh,vietnam,myanmar...international beb..



bila kami dapat port yang agak baik,ayah dengan hakim terus terjun mandi.kami pulak mula untuk memasak makanan yang ada.nasib baik bawak stove kecik tu,senang nak bawak dan diguna.cuma yang tak senangnya ialah angin pantai yang bertiup dengan kuat.sampai kan minyak untuk menggoreng tu memakan masa hampir setengah jam nak panas.tu baru nak panas,belum lagi untuk menggoreng.bayangkan la,berapa lama yang kami ambil untuk dapat makan???tuu la...nak sangat angin pantai kan?hah...amek laa....hirup dalam-dalam...


masterchef Desaru





wajah keseronokan mandi pantai

mama kata macam tak percaya pulak hakim dah sebesar ni.tengok la tu,dah hampir sama tinggi ngan ayah.ngan saya plak jangan cakap la...memang saya dah kalah.kalau dulu masa hakim kecik-kecik,kitorang gi mandi laut hakim punya lah takut nak jejak air laut tu.sampai nangis-nangis.kalau mandi kat swimming pool pon camtu.kitorang berendam,dia dok mandi kat shower.huhuhuu........


bila da lapar,apa pon bedal...

percaya atau tak.lepas siap masak dan makan,mendung mula berarak kelabu.titis-titis hujan mula terasa,cepat-cepat kami bungkus barang dan menuju ke kereta.sampai je kat kereta terus hujan lebat.haish....jauh-jauh datang dari Skudai,semata-mata untuk memasak di tepi pantai.nak jejak air laut pon tak sempat.adoiii......

sudahnya,terus je la balik Skudai.next time je la datang lagi.pasni nak camping kat situ...boleh??














Monday, May 30, 2011

cerita perjalanan ke Putrajaya

Aktiviti untuk minggu kedua di bulan May-Zumba di Putrajaya

kami memulakan perjalanan ke KL pada pukul 8.30malam.kak Shima driver yg malatop menjemput saya di depan kedai saya.masa tunggu kak Shima tu,saya dok terpikir,menatang ape yang kak Shima bawak untuk angkut 8 orang wanita-wanita dan gadis gadis sorang je,saya la tuu...huu . harap-harap jangan la dia bawak van skolah..sebab esok nak parking kat hotel.nak pakai vouge de vas,takkan nak naik van skolah kot kan?heheee....tapi bila dipikir balik kak Shima pon nak melaram gak,so mesti dia takkan jatuhkan standard dia dengan membawa van skolah ke hotel kan?

persoalan saya terjawab jugak bila kak Shima bersama incik suami dan jugak adik-adiknya tiba. cewahhh...adik-adik konon.padahal anak-anak.... so,inilah menatang yang kak Shima bawak...

HYUANDAI STAREX ye.....

lepas amek saya,kami menuju ke rumah Anne pulak.bila tiba rumah Anne,sang suami dengan penuh kasih sayang mengangkat la beg-beg sang isteri yang macam nak lari dari rumah tu.padahal pegi sehari je!beg macam nak dok KL setahun...huhuuuuu....

oke,lepas tu kami terus menuju ke port perjumpaan iaitu Mc`Donald Skudai.kat sana,semua sudah menanti di temani sang-sang suami dan anak-anak-anak-anak....hahaaaa...kat sini boleh tengok drama dua babak.iaitu scene di mana sang suami mengangkat beg-beg sang isteri,beserta peluk cium nya.... haishhh...nape la aku je yang xde suami.huhuu...memang la xde suami kalau tak kawen lagi Shafiza oiii... oh ye,tak lupa jugak scene di mana si anak tidak mahu melepaskan ibunya pergi.huaaaa......menangis sepenuh hati anak kak Azy!macam da tak jumpa lagi...huhuuuu....nama pon dak kecik kan.kalau anak aku nanti tak tau la ghupenyee camne.

tanpa melengahkan masa,saya,Anne,kak Azy,kak Zahrah,kak Yanti,kak Wati,kak Nora dan kak Shima berangkat ke KL melalui lebuhraya Utara-Selatan.heheee....niat dalam hati sebenarnya nak membuta,sebab tu saya dan Anne amek port belakang sekali,bersama kak Yanti.sebab kak Shima ada cakap,dia boleh drive sorang diri ke KL,tapi dengan syarat takde sape pon makhluk dalam kete tu boleh tido!huhuuu...kejam betul.dia cakap dia akan buat program Mari Karaoke Didalam Starex.....hehee....

seyes!kak Shima tak main-main.lepas je dari tol Skudai,terus dia hidupkan sistem karaoke dia...huhuuu....jadi,terpaksa la kami melayan lagu-lagu yang dikeudarakan....huaaa....dari lagu XPDC,BPR,Ella,Wann,Amelina,Mas Idayu,sume kami bedal...menyanyi dengan sepenuh hati,demi menjaga hati kak Shima....heheee....

sampaikan saya yang memang da serak-serak basah akibat batuk terus jadi serak-serak kering!takde suara dah!huh.....gila lah....Anne pon sama gak...ingat dia tak tau lagu-lagu rock+jiwang+kapak ni,rupa-rupanya dia pon belasah jugak...

kami singgah di Machap untuk makan lewat tengah malam....hahaa....bedal capati dan pau,kami terus memecut kembali.dan menyambung tugasan karaoke kami.kak Azy macam biasa,ditugaskan untuk menukar CD dan lagu-lagu mengikut pilihan kami...heheee...nasib la kan sape yang dok sebelah driver...

dalam dok syok-syok karaoke rupanya kami dah pon tiba di tol Bangi.kak Wati tepon kawan dia,untuk bertanya arah ke homestay yang akan kami bermalam.nasib baik,tak jauh pon dari tol.saya tak ingat la nama Homestay tu...nak amek gamba dah malam sangat.

kami diberi homestay yang ada 4bilik.so,satu bilik untuk 2 orang la.saya cam biasa la,tak dapat dipisahkan dengan Anne.huhuuu...oh ye,homestay ni not bad jugak.sebab setiap bilik ada air-cond dan bilik air sendiri.dapur pon ada jugak,siap ada minibar lagi.dan jugak ada perkhidmatan wi-fi.sayangnya tak bawak laptop kan?huhuuu...kami juga diberi kek butterscotch oleh kawan kak Wati tu...wahhh...terima kasih bang ye.susah-susah je....kek tu betul-betul menggemukkan,tapi sedap....hehee....

bila sampai,kononnya kak Azy suruh tido awal,sebab esok nak kena bangun awal.tapi dia pegi buat spotcheck pulak malam-malam buta.huhuuu....sebab tema untuk esok ialah colourfull...so,baju,seluar,skirt,aksesori sume kena warna lain-lain dan jugak mesti menyerlah,kena ikot tema tau.bak kata kak Wati,kena jaga maruah kak Azy....heheee....koman-koman mesti kena ada sorang yang harusss menang bestdress...heheee...melampau.

kak Azy bergerak dari satu bilik ke satu bilik.dari bilik kak Nora+kak Wati,berganjak pulak ke bilik kak Shima+kak Yanti,diteruskan ke bilik saya+Anne dan di akhiri biliknya sendiri bersama kak Zahrah.hahaaa....kak Azy bertindak sebagai matchmaker kami...chewahhh...matchmaker pulak.bukan apa,kan ke tema warna-warni,so dia kena tanya anak-anak buah dia ni pakai apa.yang mana rasa tak sesuai,dia kasi ejas.kau pakai skirt dia,dia pakai seluar aku,aku pakai inner kau...dan sebagainya.camtu lah lebih kurangnya.oh ye,tali kasut pon sebelah kaler lain,sebelah kaler lain ye.so,masing-masing perlu bertukar-tukar tali kasut.dah le warna tali kasut terang benderang,rasanya 1km pon da bley nampak tali kasut saya yang berwarna oren+pink.huhuuu....

so,lepas deal baju apa nak pakai esok,kami kembali ke bilik masing-masing untuk beradu.sempat jugak saya melayan sinetron Tasbih Cinta yang mana watak-wataknya adalah bodoh-bodoh belaka...hahaaa...seyes saya nyampah tengok cerita tu.lagu je yang best.tapi lagu dia kena kat batang idong saya sendiri la pulak.huhuu...

oke-oke....tido-tido!esok nak bangun awal untuk mekap tebal-tebal!huhuuu....


to be continue....

Tuesday, May 3, 2011

karaoke @ STARBOX PLAZA TASEK

sebenarnya plan nak gi karaoke adalah hari sabtu malam,selepas kami main bowling di Skudai Parade.ops,kami sampai kat Skudai Parade tu pon da pukul 12.30 tengahmalam.huhuuu....sebabnya Adie ngan husbandnya, Wan nak tengok konsert Akedemi Fantasia.saya pulak sementara nak tunggu diorang datang menjemput sempat lagi la tido.....yela,kena kumpul tenaga sebelum berjaga di tengahmalam.huh,nasib baik esok tak keje,so boleh la jadi burung hantu.

kami start main bowling pukul 12.30malam.masa tu cuma kami bertiga je yang main.amek plak 2 game.da lama pastu baru la ada gak orang lain yang main.hmmm,jangan ditanya la rupa saya main bowling.da setahun lebih tak main,jadi jawabnya ke laot la....

oke,pas main bowling cadangnya nak gi karaoke kat Plaza Tasek.sampai je sana tengok signboard tutup pukul 1pagi... :P  tengok jam da pukul 1 lebih...takde harapan daa....

kami menuju pula ke MY IDOL TMN UNIVERSITI.saja nak cuba nasib,mana tau bukak lagi ke.tapi sama gak...da tertutup rapat pintunya...adehhh....jawabnya balik,karaoke dalam mimpi je la...

esoknya,lepas kami pergi kenduri kawen seorang rakan lama sekolah,kami terus menuju ke Plaza Tasek.heheee....tanak lepas peluang lagi.

karaoke kat Starbox ni ok jugak.not bad.harga pon tak mahal.sound sistem pon ok.harga untuk satu jam bagi bilik standard ialah RM10.pastu ada charge RM5 per person untuk kupon.kupon ni korang boleh tebus kat redeem coupon.boleh amek air ke,keropok ke,gula-gula ke.apa-apa je la yang ada kat situ pon.asalkan kupon korang cukop untuk tebus la...oh ye,kalau happy hour,beli satu jam free satu ye...tapi cuma weekdays saja.dari isnin sampai jumaat,dari pukul 11pagi-7petang saja.lepas dari waktu tu bukan lagi happy hour je,tapi sad hour....huhuu

oke,jom layan gambar-gambar kami...

suami isteri sibuk pilih lagu

ni televisyen a.k.a tv

minuman dan kudapan yang kami tebus...

wan tengah pilih lagu

ni la adie,suara dia power gila

suami isteri yang gila karaoke.dua-dua pon suara mantap

alalaallaaaa.....cutenye... :P

saya pulak nak pilih lagu

tengah nyanyi lagu ANGAN-ANGAN(RAJA EMA)

sekian,itu je yang saya nak tunjukkan....


p/s lepas karaoke kitorang lepak kat Danga Bay.sembang merapu-rapu ngan laki bini ni.sampai tak sedar hari dah malam...pastu pegi makan kat mamak,pon sembang merapu-rapu lagi....huhuuu









Friday, March 25, 2011

karaoke @ DIVA TMN SURIA

ahad lepas,balik je dari poco-poco rock,sy terus bersiap untuk keluar dgn sorang lagi bff sy iaitu adie n her hubby,wan.sebenarnya sy nak ajak adie kluar since sabtu lagi.tp disebabkan dia ada kat kampung Muar,so terpaksa di postpone ke hari ahad.tak kesah la kan?adie pon macam dapat rasa saya memerlukan dia....huhuuu.....sebab tu dia sampai je dari Muar terus hallo2 saya untuk berkaraoke...thanks dear.....syok jugak rasanya keluar tanpa drive sendiri....heheee....sebab hubby adie yg drive.saya just follow je...

ok,karaoke kat DIVA TMN SURIA,JB ni adalah salah satu tempat karaoke feberet sy.sebab tempatnya cool.walaupon terletak didalam Giant Supermarket....huhuu...tempatnya luas.ada beberapa kategori bilik.harganya agak mahal daripada tempat biasa,tapi yg buat saya suka ialah semua lagu2 yg saya suka nyanyi ada kat sini.biasa la,saya ni berjiwa evergreen,so lagu2 yg saya suka semuanya lagu2 lama.kebanyakkan pusat karaoke biasa takde simpan lagu2 tu....haihh....

disebabkan bilik standard da penuh kami amek bilik deluxe...mak aihhh...macam nak masuk 15orang!luas gila.da macam master bedroom pulak.padahal kami cuma bertiga....Wan membuat pembukaan dengan menyanyikan lagu kau pergi jua sementara saya ngn Adie bergosip2 dan meluah perasaan.... :(

mari layan kan gamba2 ini

adie n wan.....

mari pilih lagu

gamba lampu pon kau nak snap Fiza?

mari bersantai....heheee

Adie ni memang teman sekaraoke saya sejak azali lagi....suara dia memang power!mmg sy tak bley challenge langsung!

oh ye,bilik2 kat sini di namakan dengan nama2 artis terkemuka Malaysia ye.antaranya ialah



heheee....yg lain2 saya tak tau apa namanye.takde masa nak pegi snap semua pintu kat situ.

err...blur!ok,ini ruang bawah DIVA.ada stage untuk karaoke open,artis pon da banyak perform kat sini.kalau nak santai2 kat bawah ni pon cun.oh ye,ada beberapa table snoker jugak tau kat sini.

pose sebelum balik....heheee....

hmm,sekian,inilah entri utk kali ni.ini adalah salah satu aktiviti untuk saya lupa kan masalah.dan ini adalah salah satu tempat karaoke terbaek....yeah!












Thursday, March 3, 2011

HOT & ROLL

pada hujung hujung hujung minggu yg lepas,sy,kak ida dan si pengabeh harta sy iaini lokman hakim telah pergi ke SUTERA MALL untuk shopping cket....untuk persiapan dinner FUN 2 FIT.sy nak cari baju dan kasut but.lagi seminggu je lagi nak dinner,tp satu persiapan pon sy tak buat lagi....hmmm...sibuk sangat praktis sepanjang beberapa minggu ni.

tapi sy tak jumpa apa yg sy cari.so,tujuan kedua sy ke sini ialah untuk makan di HOT & ROLL.uishhh,ni makanan ringan feberet sy masa keje kat QUEENSBAY PENANG dulu.dan sekarang menjadi feberet kakak dan adik sy ni.layannnn....


ianya adalah kiosk kecil je.

si pengabeh harta sy yg tak sabar menanti

lebih cheese lebih gumok lebih sy suka...hohooo

nikmatnya.....

black pepper beef paratha

serabotnye kau....

ini pon pengabeh harta sy

kat sini boleh pilih sama ada nak sweet paratha,savoury paratha,sweet crispy ataupon savoury crispy.dan jugak boleh pilih flavor.diantara feberet flavor kami ialah pizza beef,black pepper beef,chicken n cheese dan jugak double cheese onion.fuh.....memang terbaek dr ladang.....rasa sekali nak lagi....huhuuu

p/s errr.....kasot sy tak terbeli,yg beli kasot BUM si pengabeh harta sy ni je....adoiii



Monday, January 17, 2011

dinner at PIZZA HUT JUSCO TMN U

dinner kami ini bermula dr sebuah kisah...
heheee...
beberapa bulan yg lepas,ada sorang customer yg tertinggal wallet kat kedai sy
beberapa hari jugak sy tunggu tuan empunya wallet tu datang tuntut
tp pelek gak.lebih seminggu tuan wallet tu masih tak datang.
sy ada suruh kakak sy cek wallet tu
kot2 ada nombor telepon yg boleh di hubungi
tp dia kata takde...

hm...tengahhari sabtu tu sy terasa nak cek lg wallet tu
memang lah ada alamat di mykad,
tp sy tengok alamat di mykad tak sama dgn alamat di membership kad
banyak jugak lah membership kad.
idea sy,samaada terus hantar wallet tu ke alamat yg rasanya mungkin paling latest
ataupon telepon company membership kad tu dan cuba mintak contact number

tetiba sy terasa nak cek resit2 yg ada
-
-
-
yes!da jumpa!sy da jumpa!
ape la kakak sy ni,da suruh cek betul2 dia tak cek pulak resit.
nasib baik resit service keta kot,ada tulis nombor tepon encik tu
sy terus tepon.......

oh,rupanya encik tu ingat dia tertinggal wallet kat gelang patah
dia langsung tak sangka yg wallet dia tu tertinggal kat kedai sy
so,petang tu jugak encik tu datang amek...

ok,setelah lebih sebulan dr kejadian tu
pg tu sy ada nampak encik tu datang makan di kedai sy
sy senyum.encik tu pon senyum.senyum bukan maksud lain ye
encik tu datang dgn kawan2.ramai gak
salah seorang tu ,memang regular customer sy
dan encik regular customer tu yg bayar semua bil

beberapa minit kemudian encik yg tertinggal wallet bulan lepas tu dtg jumpa sy kat kaunter
dia hulur rm50
dia kata pegang dulu...
sy pegang la dwet tu
eh,tapi kan ke table encik ni da di bayar???
pastu encik tu pon explain
dia kata sebenarnya niat dia da lama nak dtg kedai sy.nk bg ganjaran sesuai ke perkataan tu? kepada sy sebagai tanda terima kasih sbb tolong jaga kan wallet dia.dan ganjaran itu ikhlas.
eh eh eh....
"sy pon ikhlas tolong simpan kan wallet tu....tak payah la susah2 encik...."
encik tu senyum dan dia mintak sy terima dwet tu dan kemudian encik tu terus berlalu pergi
eh,encik jangan la camni...tak payah la encik...saya kata tak payah tu tak payah la...
sambil terus seluk masuk dwet tu dalam poket...huhuu

teruknya perangai kau fiza.....
eh,tak la teruk kan?
sebab kalo sy teruk,sy tak belanja staff sy makan pizza!
ceh,nak menunjuk la tu.....

maka,terhasil lah idea nak makan pizza,
kebetulan pulak adik sy ika tu macam boley bau dwet tu je dr  uitm segamat
sebab petang tu alih2 dia muncul!
ada ke patot diorang mintak makan secret recipe!
mak aih...demand nye korang.....
kalo makan kat secret recipe 2 org je da rm50
takkan aku kena tambah dwet pulak??
aku nak belanja ni pon da cukop besar rahmat tau!
kalo aku makan dwet ni sorang2 baru korang tau.....huh
dengan nada bongkaknya.....
isk,tak boleh.sebab dwet ni pon bukan hak sy....
walaupon encik tu bg dgn ikhlas sy masih ragu2 utk terima.
yela,takot jd org yg tak ikhlas menjaga barang org lain
jadi,apa kata kita ramai2 kenduri kan dwet ni?
sekurang2nya sy tak makan banyak dwet tu.bape persen je masuk dlm perut sy.
heheheee....

petang tu lepas tutup kedai sy bawak adik sy ika,dan 2 org pekeje sy iaitu fatin dan amin pergi ke jusco tmn u.dekat2 udah la ye....karang minyak kete aku sape nak bayar??
isk,fiza....cuba jd org yg ikhlas sikit?
ok ok ok.....sy ikhlas.
ikhlas dr hati yg suci nurani bersih murni!

baik lah pekeje2 ku...
selamat menjamu selera....
bon apetite.....


kenapa kau suka amek gamba cutleries fiza?

mushroom soup.....

ohh garlic bread.....

tengok tu fatin....tak sabo2

spaghethi carbonara....xde garnishing langsung....

tuu dia....


lebih cheese,lebih gemok,lebih sy suka....hahahaaa

burok lantaknye kau fiza

kakak sy datang join selepas abes mengajar...

enak menghirup sup



pasni jgn kata aku tak pernah blanje korang mkn ye...

cuba utk menghabiskan pizza....

terus mencuba

kenapa mesti aku yg kena abeskan?korang ingat aku tong sampah ke?

hoyeah...kira abes la ni kan???


selepas makan adalah time utk pulang....
di harap korang sume kenyang la ye 
terima kasih banyak2 pd encik *****
tanpa encik kitorang takkan kenyang macam ni....
boleh ke sy cakap camni???









klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...