Assalammualaikum,
Entri ni sebenarnya dah lama saya nak buat.tapi asyik sibuk je mengalahkan meenteri. heheee.....
Tak silap saya,gambar yang kat bawah ni saya jumpa dua bulan lepas kat wall facebook.ada seorang kenalan yang share dan post di facebook.
mesti ramai yang dah tengok kan gambar ni?dan mesti ramai yang teros like,comment dan jugak share.kan?kan?kan..???padahal korang tak baca pon komen-komen yang sebelum tu.maknanya korang terus jatuhkan hukum tanpa perhati dan siasat.betul tak apa yang saya tulis ni?
tengok tuu,hingga saat petang tadi,itulah hasilnya.seramai 1,823 orang telah pon komen.2,789 orang pulak yang gatai tangan tekan like.apa yang diorang suka sangat entahhh....dan paling best seramai 5,223 orang yang dah share kat fesbuk wooo...mesti rasa nak jadi orang pertama yang tau dan share benda ni,kan?hehe..oke,sebenarnya niat hati orang yang share ni ialah untuk dihebahkan kepada semua dengan segera.supaya umat Islam yang lain tak makan lagi.mana tau ada kawan yang baru balik dari Jusco beli aiskrim Magnum ni.sambil online,sambil bukak pembalut aiskrim.tetiba tengok ada kawan share gambar ni kat fesbuk,confirm aiskrim tuu teros terlepas dari genggaman tangan sambil menjerit-jerit OMG!OMG!OMG! kan lebih sedap dan afdal kalau sebut MASYAALLAH atau SUBHANAALLAH kan?kan?kan???
Bab halal haram ni jangan dibuat main-main kawan....tak baik menghalalkan benda yang haram,dan tak baik jugak mengharamkan benda yang halal.kata lah aiskrim tu sah-sah halal.korang dah kira bersalah sebab mengiyakan benda tu haram.. bila masa pulak aku mengiyakan?aku share aje! abes tuu dah korang like dan share gambar tu,orang lain baca orang tu pon share jugak.dah kira menyebarkan fitnah ni.padahal diorang tu tak baca pon komen-komen orang lain kat gambar tu.
abes tu hang tengok ka orang yang wat aiskrim tu letak babi?
pernah dengar tak cerita dari kawan2 ,diorang kata pakcik diorang cakap roti ni haram.ada babi.bila tanya mana pakcik dia tau?pakcik dia plak cakap,kawan keja yang bagitau.rasanya kalau kita p tanya kawan keja pakcik tu,mesti dia akan kata jiran dia yang bagitau.haaa...begitulah seterusnya.konklusinya ialah,kita tak tau sape orang pertama yang bukak cerita ni,iaitu orang yang melihat dengan mata kepalanya sendiri roti tu diletak babi.dan kalau betul,kenapa dia tak p Jakim sendiri report?-ini adalah mentaliti manusia yang saya dah pernah alami masa sekolah rendah.
hang cakap tulis macam hang boleh buat kerja 10kali lagi bagus dari Jakim.padahal hang sendiri tak tengok komen orang-orang atas.tak peka tau dak?
amboiii..kemain akak marah ye.siap tanya sapa nak tanggung dosa makanan haram dalam perut dia tu.
mai pakat baca ramai-ramai.jangan baca yang negatif ja.baca laa jugak yang hat positif jugak.baru otak berkembang sikit.
hang dengaq baca dak apa yang depa tu tulis???jangan dengar sebelah pihak ja.tak adil.
ni part yang paling saya sukaaa....hebohkan sana sini kononnya dah cukup pandai baca kod.akhirnya malu sendiri.yaa....nak tanya sikit,hangpa semua yang dok komen marah-marah kat Jakim pasal kod-kod ni,hangpa amek subjek apa?fizik?kimia?bio?veterinar?farmasi?phisiotherapy?
betol tuu bang...sekarang macam-macam cara orang dok sabotaj bisnes kita.apa perasaan hangpa yang berniaga gerai,bila tiba-tiba orang dok tuduh hang punya kueh pau tak halal??pasti hangpa kata ini adalah satu kospirasi kan?kan?kan???
Ingatlah kawan-kawan,jangan cepat melatah... opocotttt!! bila dapat e-mail atau gambar yang mengatakan produk-produk yang dah dibagi logo halal Jakim ni haram.cuba baca dan kaji.kata zaman IT kan?kalau korang dok hebah kat orang lain kata benda ni haram,orang tanya balik mana korang tau,mesti dengan bangga korang cakap "sekarang kan zaman internet.teknologi dihujung jari laa...." kalau korang cakap camni,jangan terkejut kalau ada orang balas pulak "kalau teknologi dihujung jari,sila-sila lah klik kat laman web Jakim untuk kepastian.tak susah pon.google aje...."
~takkesentaphatimaknak~
Cuba-cubalah rajin kan diri baca benda yang berfaedah.hari-hari ngadap komputer,IPad,Note,tapi tak reti nak guna kemudahan yang ada.contohnya google.korang nak tau pasal apa?taip dan klik je.dah keluar berderet-deret.banyak benda yang dah di share kan oleh blogger-blogger lain.korang tak tau macam mana nak selesaikan masalah tentang internet ni?dah banyak blogger yang buat tutorial.baca dan ikot je.korang tak tahu kat mana letaknya Tugu Negara?klik je kat google map tu.nak tengok rupa sebenar bulan?klik je kat google imej.korang nak tau produk mana yang bagus?klik je google.tapi jangan baca satu page je.cuba baca page lain pulak.buat perbandingan.dalam satu-satu isu camni,baca dari banyak pihak.baru kita boleh nilaikan mana betul,mana salah.jangan lupa jugak untuk baca daripada pihak rasmi.
dalam kes ni,walaupon orang tak percaya dengan Jakim,tapi bagi saya,saya percaya kepada ketulusan Jakim.diorang pon ada kaum kerabat diorang yang perlu dijaga tentang makanan halal haram ni.takkan diorang suka-suka je nak halalkan benda yang haram.banyak dosa dari perut orang Islam kat Malaysia yang diorang kena tanggung.kau sanggup???
bukan senang nak dapat sijil dan logo dari Jakim.sebab tu korang boleh tengok,satu-satu produk tu walaupon Jakim dah bagi sijil halal,tapi kalau diorang buat salah,sijil halal tu automatik ditarik balik!dan sebab tu jugak lah banyak produk atau company yang selalu gagal untuk dapatkan sijil halal ni.sebab terlalu banyak syarat.dan Jakim pon akan selalu buat pemantauan,walaupon sijil halal dah dikeluarkan.
kita ni hidup di Malaysia,negara Islam.bukan negara yang agama rasminya bukan Islam.negara kita tak susah nak cari makanan halal...jangan jadi kan isu-isu ni sebagai politik.maaf kalau ada yang tersinggung.biasanya ini kerja daripada syarikat pesaing.ahli keluarga saya ramai yang pergi kursus sebuah syarikat MLM.disitu diorang ni ditunjukkan gambar,video,artikel dan sebagainya tentang makanan-makanan kat Malaysia ni haram ataupon berbahaya.masing-masing jadi takut.sebab semua produk dan company yang diorang tunjukkan tu adalah company franchise ataupon produk yang sangat sebati dengan jiwa orang Malaysia.yang dah digunakan berpuluh-puluh tahun,tiba-tiba dikatakan haram.
bila diorang balik,semua jadi tak kena.itu tak boleh makan,ini tak boleh makan.habis tu apa yang boleh dimakan?masak sendiri kat rumah?tapi diorang cakap kicap ni haram,tepung ni haram,sos ni haram...jadi macam mana???takkan nak buat tepung sendiri,kicap sendiri,sos sendiri???habis tu,pukul berapa baru suami dan anak-anak dapat makan???jawapannya belilah produk daripada syarikat MLM ini...haaaa....nampak tak permainan dia?
itu satu hal,kita yang berniaga kedai makan ni pon nak tolonglah sesama melayu.belilah produk MLM ni untuk digunakan dalam masakan dan dijual pada pelanggan.tak dinafikan,produk mereka ni bagus jugak.tapi masalahnya pulak,harganya yang mahal!kalau sebelum ni kita beli sardin daripada pemborong dapat harga niaga setin rm4.tapi kalau beli sardin kat MLM ni setin rm7!harga ahli dapatlah diskaun tinggal rm5.50.oke,takpe lah.lebih rm1.50 je pon.tolong-tolong sesama melayu kan.tapi kalau korang beli sampai 10 tin,tak ke korang dah lebihkan belanja rm15???kos dah naik ni...macammana????
ahhh...apa susah,naik kan lah harga makanan yang dah dimasak nanti.bila ada customer tanya "kenapa hari ni sardin dah jadi rm2 seekor?minggu lepas harga baru rm1.50.naik 50sen ni...." korang nak jawab apa?bukan syarikat MLM yang jawab ngan customer tadi tau...korang yang kena jawab.oke,jawablah macam ni "sekarang kita pakai sardin brand baru tau.brand MMM.syarikat orang melayu tau.dijamin berkualiti dan halal dikk..." haaa...jawab kena confident tau.ini la teknik pemasaran.so,customer tadi ni pon garu kepala "brand MMM...?tak pernah dengar pon......" hah,sekarang korang jawab sendiri.saya takde idea.huhuu....tapi jangan tanya,kenapa minggu seterusnya tu customer tadi dah tak datang makan kat kedai kita.dia p makan kat gerai ujung tu pulak.
jawapannya ialah sardin kat gerai sana harganya cuma rm1.30.......aik?dulu kita koman-koman pon jual rm1.50.kenapa dia boleh jual rm1.30 pulak???sebabnya sewa gerai dia cuma rm300 sebulan.tapi kedai makan kita yang serba lengkap ni sewanya rm3000 sebulan.nampak tak???
jadi,moralnya tolonglah diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain.bukan bermakna kita kena beli barang yang murah je.tetapi barang tu kena lah berkualiti,bagus dan halallan toyyibahh....macam yang saya cakap tadi,Malaysia ni tak susah nak cari barang yang halal.sebab orang melayu kita dah banyak yang berniaga,bukak kilang besar-besar.dah jadi usahawan yang berjaya,walaupon sekadar jual belachan.kalau beli kat MLM ni,diorang nak bayar harga kos lagi,harga kilang lagi,gaji pekerja lagi,bonus downline,upline lagii,kena tolak pulak harga ahli tu.sebab tu la diorang pon terpaksa jual mahal.korang pulak beli kat dia,pastu jual mahal kat customer korangg...sape yang jadi mangsa???kitorang niii laaa yang customer.nak buat mogok harga barang naik takut kena tidur lokap,kena buang kolej.haaa......eh,sebenarnya apa tajuk entri ni ek?tentang aiskrim Magnum atau tentang strategy perniagaan???errr....terlebeh sudaaaa...
berbalik pada tajuk asal,rujuk lah pada yang arif dan pakar.tapi kalau masih rasa was-was,tak payah makan.tak mati pon kalau tak makan.lagi satu hal,ada jugak produk-produk atau premis-premis makanan yang menggunakan sijil dan logo halal palsu.jadi ringan-ringan kan la tangan tu untuk klik direktori halal Jakim tu.kata pakai smartphones kan.....takkan taknak guna kottt...anytime je boleh cek dan tengok untuk pengesahan.kalau guna foursquare,check in sana sini boleh pulak..???nak masuk pasar borong pon boleh check in kan???rasanya tak jadi masalah kot untuk cek direktori Jakim.
disini saya serta link untuk kawan-kawan klik
kalau ada apa-apa persoalan nak dijawab dengan segera klik yang ni
oke???jangan cepat gelabah ye.maaf kalau ada salah silap.ini pendapat saya je.
ice magnum is halal because has received permission by MUI
ReplyDeleteHALAL!
ReplyDelete