alarm handset saya berbunyi.aduhhhh....rasa macam baru berapa minit je mata saya terlelap.ni dah nak kena bangun pulak ke?malasnyeeee nak bangun pagi-pagi ni.saya tengok jam baru pukul 6pagi.tetiba,saya terdengar bunyi alarm handset Anne.seram siotttt bunyi dia!rasa macam ada dalam hutan!ada bunyi gajah,harimau,cengkerik,burung hantu!!!saya pulak jadi seram nak bangun,jadi saya amek keputusan untuk snooze kan alarm saya dan kembali melelapkan mata,dek kerana bunyi-bunyian yang menakutkan tuu...blah la kau Fiza!takut konon,padahal kau ngantuk,nak tido lagi kan.huhuuu....
tetiba pintu bilik kami di ketuk.terdengar suara kak Azy.dia cakap da pukul 7pagi!adoii....Anne terus melompat pergi mandi.huhuhuu....sementara Anne mandi,saya pergi terjah bilik kak Shima.wah...diorang semua da mandi,dan sedang bersiap untuk bersolek pulak.
oke,lepas mandi,saya tunggu turn untuk disolekkan.well,nak buat camana,saya ni bukan pandai nak menyolek-nyolek pon.seronok tengok diorang bersolek,sampai saya rasa nak terlelap balik...huhuuuu...ngantok beb!setelah selesai Anne menyolek muka saya,kami bersiap untuk check out.wah...rasa macam artis tu beb....meriah semua.berwarna-warni....huhuhuuu...
tengok....colourfull kan???heheee....
ini driver kami yg malatop tuu-kak Shima....hehee
ini ialah Diva Terlampau yg tidak mau mengakui zaman kejatuhannya sudah bermula-Anne
yo yo!!!nak susun beg pon sempat posing lagi ye-saya bersama kak Azy(our boss+instructor F2F)
peace sis!!!-kak Yanti vouge
amacam?malatoppp tak?colourfull kan?heheee....kami singgah makan di kedai mamak yang tidak jauh dari homestay tu.mula-mula rasa segan pulak,mesti ramai mata yang akan memandang kami.mesti diorang kata nak pegi jogging pon nak vouge de vas,berwarna-warni camni ke?heyyy....excuse-me....ini DIVA tau....harusss lah menjaga keterampilan,tidak kira dimana pon kita berada.hahahahaa....melampau betul la kau Fiza!
seperti yang kami duga....semua mata dalam restoran mamak tu terpaku kat kami....chewahhh...ada makcik yang toleh sekejap ke arah kami,boleh toleh lagi sekali untuk memastikan imej kami ni.hahaaa....abang-abang polis yang tengah menjamu selera pon tersedak tengok kami.bangla-bangla yang tengah lap meja pon meluru nak amek order kami...cehhh...itu nampak sangat nipunye....
lepas makan,kami menuju kembali ke kenderaan kami.dalam dok berjalan tu,semua pemandu kenderaan yang melalui jalanraya tu terpaku memandang kami.hehee....bila saya toleh belakang,saya tengok Anne tengah buat catwalk kat tepi jalanraya tu.huhuuu.....dengan gaya dia...hah!ada jugak nanti kereta yang terbabas sebab dok leka perhati diva-diva terlampau ni.hahaaa....
perjalanan ke Putrajaya diteruskan dengan bantuan GPS Anne.sampai je kat Hotel Pullman Putrajaya,kami agak confuse kat mana tempat parking yang sesuai.kak Azy suruh kak Shima bertanya arah pada security yang jaga kawasan tu,well,malu bertanya sesat jalan tau.huhuu....tapi yang kelakarnya,security tu pon macam terpaku dan terpesona dengan driver ni yang malatoppp...tengok penumpang-penumpang lain yang kat belakang pon vouge de vas jugak.mata tak berkelip je security tu,sambil bibir mengukir senyuman manis...heheee...
bila arah jalan dah dikenalpasti,kami terus menuju ke tempat parking yang dimaksudkan.heheee..tak sabar rasanya nak berzumba.....hahaaa....
tuu dia artis dah mai dah....
kedatangan kami juga telah disambut dan di alu-alukan oleh empunya event ni iaitu kak Dash
oke,it`s time for zumbaaaa.....
to be continue...