jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Monday, August 15, 2011

DOA MURAH REZEKI




Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.



sumber dari :

Friday, August 12, 2011

SERVICE MANICURE & PEDICURE



Buat gadis2,wanita2 di sekitar Taman Universiti,Skudai yang berminat untuk mendapatkan servis pedicure ataupon manicure di rumah sendiri sila lah hubungi di nombor yang tertera.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni cantikkan kuku tangan dan kaki anda.Ianya akan kelihatan kemas,bersih dan berkilau.

Servis ini merangkumi shaping,cutical remove,massage,buffing(shine)/colour,death skin remove (pedi),dan juga scrub (pedi).

Sebarang pertanyaan silalah hubungi di nombor berkenaan.

KELAS SOLEKAN CHANTEQ ANGGUN BERGAYA D AIDILFITRI



 KELAS SOLEKAN CHANTEQ ANGGUN BERGAYA D AIDILFITRI 

TARIKH : 14hb / 21hb / 28hb OGOS 2011
(boleh pilih tarikh anda)

MASA : 11am - 4pm

FEES : RM130

TEMPAT : A`SHA BEAUTE CORNER,MUTIARA RINI,JB

Sekiranya anda berminat sila SMS nama penuh dan nombor IC kepada :-

Pn.Sha @ 019-7213161
Pn.Nyta @ 014-6148609

*bawa 2 orang rakan,anda akan dapat free contact lense @ mini kryolan

*diskaun 10% untuk beli produk MAC original

*doorgift bernilai RM30

*sijil akan diberi



Monday, August 1, 2011

BUFFET RAMADHAN @ RESTORAN UBI KAYU TMN U,JB


Salam Ramadhan semua.....di pagi hari pertama puasa ni,saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat rakan-rakan blogger,unblogger huhuhuuuu  pengunjung setia Restoran Ubi Kayu dan juga seluruh umat Islam di muka bumi ini.semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik berbanding Ramadhan2 yang lepas.

Rasa macam cepat je masa berlalu.saya macam tak percaya je yang ini adalah tahun kedua Restoran Ubi Kayu beroperasi pada bulan Ramadhan.secara tak langsungnya menjadikan ianya kali kedua kami mempromosikan buffet Ramadhan..cheewahhh,skema gile ayat..

oke,berbalik pada promosi buffet ini,seperti tahun yang lepas,kami menyediakan hidangan buffet buat pengunjung2  yang budiman.jangan risau dengan apa yang anda boleh makan,kerana di sini anda boleh makan sampai kenyang..heheee....kami menyediakan makanan ala kampung dan tak lupa juga western ada jugak.

berikut adalah antara hidangan kami :-

*barbeque
*stimboat
*aneka nasi (nasi beriani/nasi tomato/nasi jagung etc2.)
*aneka mee (mee jawa/mee kari/mee udang etc2.)
*aneka lauk pauk
*kuih-muih melayu
*pencuci mulut
*aneka minuman (panas/sejuk)
*ubi kayu rebus harussss ada....hahahaa

amacam?best tak?heheee....oke,untuk nasi dan mee tu kami akan bertukar2 jenis.contohnya kalau hari ini nasi beriani esok mungkin nasi tomato,lusa plak mungkin nasi jagung dan begitu lah seterusnya.camtu jugak lah dengan mee,hari ni mungkin mee jawa,esok mungkin mee udang...bla bla bla....hahaa...oh ye,ada dua jenis mee ye.mee berkuah dan juga mee goreng.jangan risau buat penggemar nasi putih,sebab kami menyediakan nasi putih setiap hari beserta lauk pauk yang beraneka...

untuk barbeque pula kami menyediakan ayam,udang,sotong,ikan,sosej dan juga jagung bakar.pilih saja yang mana anda suka.jangan lupa juga di satu sudut kami telah sediakan hidangan stimboat/yong tau foo.buat pilihan anda dan kemudian celupkan ke dalam sup yang sedang mendidih panas.anda juga boleh pilih samaada ingin berkuah atau dimakan kering bersama dua jenis sambal yang kami sediakan.

kuih muih melayu pon kami ada hidangkan termasuklah pencuci mulut seperti puding kastard,sagu gula melaka,dadih dan sebagainya.oh ye...buat anak-anak kecil kami juga ada hidangkan aiskrim.yang bukan anak kecil pon boleh makan jugak aiskrim ni...jangan risau,sebab memang da trademark kami iaitu makan apa yang anda suka..hehee....

hah,untuk semua jenis makanan ni kami cuma mengenakan harga Rm19.90 untuk dewasa dan juga Rm9.90 untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun.untuk yang bawah 7 tahun percuma ye..jadi jangan risau untuk bawa anak-anak kecil anda.untuk 10 orang dewasa percuma 1 orang (orang yang ke-11).jadi,datanglah beramai-ramai.lagi ramai yang makan lagi meriahkan?

jangan lupa juga untuk buat tempahan dulu ye,jadi kami boleh sediakan ruang yang selesa untuk anda.untuk tempahan boleh la terus menghubungi saya di talian 017-7472718 / 012-5984259 / 012-5954717 / 017-7711021 .wahh...banyak gile kan nombor tepon.heheee.....oh ye,di sebabkan menu bertukar-tukar setiap hari,anda boleh la menghubungi kami untuk mengetahui menu mengikut hari yang anda pilih.atau anda boleh tinggalkan alamat e-mail atau nombor faks untuk kami hantarkan menu.

nak alamat kami?

RESTORAN UBI KAYU
NO.3,JALAN KEBUDAYAAN 1A,
TAMAN UNIVERSITI,SKUDAI,JOHOR
(berhampiran dengan UTM SPACE,belakang BANK RAKYAT)

*tempat solat turut disediakan


p/s jangan risau buat anda yang berada disekitar Lembah Klang,sebab RESTORAN UBI KAYU USJ9 turut menyediakan hidangan buffet / ala-carte.nanti saya upload kan pampletnya.oke?




*terima kasih buat cikgu zarina dan suaminya cikgu khai sebab membantu kami buat banner dan bunting..hehee...jangan lupa pada yang melalui jalan di Mutiara Rini,toleh-toleh la kat kiri kanan anda,sebab ada banner kami di situ...heheheeee...

*terima kasih gak pd Southern Ads (company yang menguruskan iklan2 di sekitar JB).saya sangat suka ngan akak yang serve saya masa kat Southern Ads Stulang.friendly gile,walaupon kena tunggu lama sebab ramai orang,tapi disebabkan keramahan dia,takde rasa nak marah pon.no wonder la ramai customer yang sanggup tunggu dia serve.

*terima kasih gak buat pekerja saya yang mereka corak untuk banner dan bunting RUK iaitu Akid Ashaari.walaupon banyak kali kena reject...huhuuu....tapi akak puas ati dek ye....



SELAMAT BERPUASA....!!!



klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...