ini adalah entri kecewa + marah
saya tak tau saya ni jenis kawan yang macam mana sampai ada yang terasa hati dengan saya.saya tak tau sape yang salah,tapi bagi saya benda ni takde apa masalah sebenarnya.semuanya punca daripada Tutti Frutti.dimana saya telah update status "bertutti dengan ibu mengandung" -with nur raihan othman. check in Tutti frutti jusco taman universiti.
salah ke saya makan tutti frutti dengan anne?anne pon kawan saya.kawan baik saya.walaupon usia persahabatan kami tak sepanjang usia persahabatan saya dengan 'dia'.Anne kan tengah mengandung,due date dia pon dah dekat sangat.Anne teringin nak makan Tutti frutti yang baru bukak kat jusco taman u.kebetulan ada 20% diskaun.so,saya pergi rumah anne,tinggal motor kat situ dan telefon teksi datang amek kitorang.
saya tak sangka pulak 'dia' terasa saya tak ajak dia.oke.my mistakes.tapi besar sangat ke sampai 'dia' dan suami yang juga rapat ngan kami,comment kat status saya macam saya ni bukan kawan yang baik?pastu update status masing-masing tentang kawan yang cuma time untuk senang je.time susah takde.bila ada kawan baru,kawan lama dilupakan.saya tau diorang tuju kat saya?
memang saya tak balas apa yang diorang tulis.sebab saya taknak jadi gaduh.so,saya cuma diamkan diri.saya ingat bila saya diam masing-masing boleh cool down,walaupon hati saya memang panas dengan kata-kata diorang.beberapa hari lepas tu anne pon online,dia comment kat status tutti frutti ti.dia kata kak yanti pon nampak kitorang kat Jusco,tapi tak sempat nak tegur.oke.saya pon balas,"yeke?rindu kak yanti" tetiba dengan jarak yang berapa saat suami 'dia' comment jugak.katanya "kawan baik tengah sembang,sory kacau,tumpang lalu je".kalau korang,apa yang korang rasa?memang anne kawan baik saya.so,what???dia tu sape?ye,dia kawan.tapi belum tahap kawan baik.isteri dia,ye.kawan baik saya.memang saya masih declare dia kawan baik saya,walaupon dia dah sakitkan hati saya.kerana saya masih anggap dia kawan baik saya lah,saya tak balas semua kata-kata dia dan suami dia.diorang cakap,kawan yang baik takkan kecikkan hati kawan.sekarang ni sape yang sakitkan hati sape?ada saya balas semua kata-kata diorang/
saya dengan anne amek keputusan untuk tak layan.tak balas semua comment suami dia.tetiba suami dia ni update status kata "gampang la.komen aku taknak balas.komen orang lain balas.takot sebab ada buat salah la tu" sekarang ni sape yang rasa pedas?sape yang panas bontot?yang dia nak marah sampai gampangkan kitorang kenapa?sape yang buat salah?disebabkan saya masih hormatkan isteri dia sebagai kawan baik la saya masih tak balas apa-apa.kalau nak gaduh kat fesbuk itu bukan saya.lagi-lagi dengan kawan baik saya.for what??takkan saya nak balas suami dia,nanti isteri dia kecik hati dengan saya.tapi,sape yang cari pasal?
dia kata kenapa letakkan dia dalam keadaan yang merunsingkan?sape yang letakkan dia kat situ?saya tak letak pon.dia yang letak sendiri.bila dipikir balik,apa salah saya?sebab saya makan tutti frutti dengan anne tak ajak diorang?tapi,diorang pergi makan kat malawis tu ada ajak saya?kamon la,kita semua dah besar.takkan nak bergaduh macam budak sekolah?saya boleh terima dia dah kahwin,dah ada suami,tak boleh nak keluar berdua,bercerita hal perempuan sama-sama sangat lagi.saya pon boleh terima dia ada kawan-kawan yang lain.takkan dia tak boleh terima saya ada kawan baik yang lain?
dia kata saya tak ajak dia.tapi ada dia ajak saya?kalau kita keluar pon sape yang ajak sape dulu selalunya?bila saya ajak keluar kata belum gaji.oke.fine.saya faham.tapi banyak kali dah saya cakap "bila kau dapat gaji,kau roger2 aku.kita keluar." tapi bila dia dapat gaji ada dia ajak saya keluar?bukan saya tak pernah,sampai post kat wall dia ajak keluar.tapi senyap.oke,takpe.saya faham.saya tak pernah terasa.banyak kali jugak saya ajak diorang camping atau berkelah kat mana-mana.saya cakap,anytime bila ada duit,roger2 saya.tapi dah punya lama ada ajak saya?diorang boleh pergi jalan-jalan,berkelah dengan team-team kereta takpe?tak ajak saya jugak.tapi saya tak pernah kisah.tak pernah saya ungkit atau perli-perli diorang kat fesbuk.saya hormat diorang ada kawan-kawan yang lain.tapi takkan kerana makan tutti frutti kat taman u je pon diorang nak gaduh dengan saya?nak perli-perli saya?
diorang anggap saya kawan bila time susah je cari.bila time saya susah tu?bila saya frust,bergaduh dengan boyfriend,then cerita,luah masalah kat dia?habis tu,bila dia ada masalah,tak cerita kat saya?cerita jugak kan?tapi bila time diorang senang ada cari saya?time yang saya betul-betul susah,yang saya sangat-sangat tak boleh terima,saya tak cerita pada kawan-kawan.tapi kawan-kawan yang selalu datang jumpa saya,walaupon saya tak cerita diorang akan tau apa sebenarnya masalah saya.sebab tu saya sayangkan kawan-kawan yang ada.sebab diorang selalu datang jumpa saya kat kedai.tapi ada dia datang jumpa saya kat kedai?takde kan?
saya bukan nak mengungkit.tapi hati saya sangat sakit bila kawan baik buat macam ni.kalau saya buat salah besar,macam mengumpat belakang diorang,tikam diorang dari belakang,takpe lah.itu salah besar.tapi hanya kerana makan tutti frutti kat taman u,bukan pergi jalan-jalan,shopping,karaoke kat bandar,sampai nak perli-perli macam tu saya memang tak boleh terima
disebabkan saya masih hormat dan anggap dia kawan baik saya,saya tak balas semua comment diorang.sebab saya nak jaga hati dia.walaupon hati saya sakit.saya tulis kat sini pon sebab saya rasa blog ni bukan blog femes.blog ni lebih kepada diari,luahan hati saya.kalau dia baca,saya cuma nak dia tau,saya tak suka nak bergaduh depan orang ramai.dan saya nak dia tau apa pulak yang hati saya rasa bila dia buat macam tu.ingatlah,kita ada kehidupan masing-masing.jujur saya cakap,kawan baik saya ada banyak.mereka ialah cipina , nana , anne,azie dan dia.ada sebab kenapa saya declare mereka-mereka ini kawan baik saya.memang pada mulanya saya terasa bila kawan-kawan baik ni dah kahwin,dah takde ruang untuk kitorang macam dulu lagi.tapi saya faham.masing-masing ada suami.nanti bila saya ada suami pon saya harap kawan-kawan boleh terima keadaan.
saya mintak maaf kalau entri ni menyinggung perasaan sesiapa.