Wednesday, December 11, 2013
Friday, July 26, 2013
SHAWL 2 SIDED + 2 TONE,BAWAL PAISLEY & TRIBAL
Assalammualaikum
Sempena Ramadhan Al Mubarak ni,kami ada menjual tudung-tudung untuk wanita-wanita dan gadis-gadis muslimah sekalian.
Abang-abang,pakcik-pakcik yang nak beli untuk orang tersayang pon di alu-alu kan.
Ini adalah antara corak-corak yang kami jual..
Boleh lah contact contact saya aza shafiza atau anne
WhatsApp 012-7877247
WeChat ID lily_anne99
Thursday, July 25, 2013
Dessert Buffet for Hi-tea @ MPSJ
Assalammualaikum
Dessert buffet ini adalah sebahagian dari menu majlis hi tea yang berlangsung di MPSJ seminggu sebelum Ramadhan.
Bersengkang mata lah saya sehari sebelum majlis.sampai pukul 2 pagi saya kat kedai,untuk siapkan mini red velvet dan puding triflle in cup.
Esok paginya,saya jugak la orang pertama yang masuk ke kedai seawal pukul 8 pagi untuk menyiapkan mini pavlova,cheese tart,chocolate fondue dan jugak fettucine carbonara.
Dan,ini lah sebahagian hasilnya...
laici kang
chocolate fondue
mini pavlova
assorted cheese tart
puding triflle in cup
colourfull pudding
talam berlauk
Monday, March 18, 2013
Langkawi,aku datang lagi
Gambar di atas telah di copy dari fb cipina. :p
Lokasi gambar tersebut ialah disebelah opis cipina,Langkawi oke,Langkawi.
Ianya adalah kali keempat saya menjejakkan kaki ke bumi Langkawi (first time masa kecik2 dulu),dan kali ketiga saya berjumpa Cipina di Langkawi.kali pertama sekitar tahun 2003 atau 2004 tak ingat sangat
Masa tu zaman muda remaja.tengah hot.market tinggi lagi.masa tu saya gamble pergi berdua ngan Adie (gadis berhijab tu).masa tu jugak jangan nak cakap lah,3 hari jalan-jalan kutip nombor tepon je.tak tau kenapa.ceh ceh cehhhh......
Kali kedua saya gamble pergi sorang2.boleh refer entri-entri lama ni Langkawi.masa ni merempit ngan cipina.
Dan kali ketiga saya dan Adie sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi Langkawi dan bertemu sahabat lama kami,cipina.walaupon kali ni cipina agak bz orang kuat majlis Langkawi oke ...dan tak dapat join kitorang meredah ke setiap pelusuk Langkawi.
Kami naik teksi dari rumah saya (USJ).dan dapat pulak drebar teksi orang Kelantan,yang speaking Kelantan dgn begitu pekat sekali.kami telah dihiburkan dengan pelbagai cerita dan nasihat dari drebar teksi tu.dari cerita pasal adik beradik,politik,umno,pas,karma,hukuman buat baik,buat jahat dan pelbagai lagi cerita yang kami cuma buat-buat paham.padahal kami tak paham langsung apa yg drebar tu cuba sampaikan.kami cuma angguk,geleng,angguk dan geleng....sekian.
Kemudian kami naik komuter dari Subang ke KL Sentral.kemudian naik pulak teksi dari KL Sentral ke Puduraya.haaa...dalam teksi ni sekali lagi kami dihiburkan oleh drebar teksi berbangsa cina.macam2 dia tanya,kenapa tak naik flight lah...flight kan murah.flight kan selesa dan bermacam2 lagi.bila dah bagi semua jawapan,drebar tuu kata "ooo....macam tu.saya mana tau,saya tak pernah naik flight" errrkkk.... *sight
Sampai di Pudu kami beli tiket bas ke Kuala Perlis,jam 11malam.haishhh...mintak2 laa bas ni bawak seperlahan yang mungkin..biar sampai lambat.kalau sampai awal tak guna jugak,sebab feri paling awal pukul 7pagi.
Dan kami tiba di Kuala Perlis jam 5.30 pagi!perghhhh....memang laju brader tu bawak,sampai saya tak lena nak tido.mula-mula kami teragak2 nak turun.ingatkan baru kat Alor Star,bila brader tu tengok kitorang tak mau turun,dan macam nak sambung tido,sekali lagi dia jerit "Kuala!Kuala!Kuala!" lorhhh....nasib baik tak sambung tido,kalau tak kita bercuti kat Thailand la jawabnya...
Sementara tunggu feri kami lepak makan-makan dulu.nasib baik restoran tu bukak,kalau tak,kebulur jugak lah..tapi seyes,ramai gak orang.ingatkan bila kitorang holiday time weekdays camni kitorang je pelancong yang ada.rupanya ramai lagi.
Oke,feri bergerak tepat-tepat jam 7pagi.dan sampai jam 8pagi di jeti Kuah.Nasib baik Cipina dah hantar sorang kawan iaitu cik Fatin,tuan tanah kereta sewa.wahhh....dapat keta Viva baru kauuu....plastik pon tak bukak lagi..heheheee....
So,lepas hantar Fatin,tempat pertama yang kami tuju ialah opis Cipina.dan Cipina telah membawa kami ke syurga coklat!ni kali kedua saya shopping coklat di Langkawi.Adie ngan adik dia lagi la kemain....lepas shopping coklat kami makan-makan di sebelah opis cipina.dan lepas makan kami sempat bergambar.hehee...tuu la gambar yang di amek cipina.
Seterusnya,misi redah kasi pecah mencari Pantai Chenang.walaupon cipina agak risau,takut kami tak jumpa jalan,saya kata pada cipina jangan risau,sebab kalau sesat pon masih dalam Langkawi,tak sampai Thailand pon lagi.huhuuu...
Makanya kami meredah la mencari Pantai Chenang.seronok drive,kemain laju,macam jalan tu dah biasa sangat bawak.drive like a boss.....
Oke,sambung nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)