jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Friday, December 9, 2011

OKE TAK YANG NI???

Adoiii.....
menyesal rasa beli tablet.apa pon tak boleh buat.rasa cam nak tukar lain la pulak.cukop la sekali beli tablet ni.

saya nak beli laptop or nettbook.yang boleh buat semua kerja.saya ada usha satu brand ni,korang rasa ok tak?

cuba korang tengok sini

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU


hai,
saya dah tengok OMBAK RINDU.
anda bagaimana??
hahahaaa...macam kau sorang yang da tengok.da bape ramai blogger yang da review filem ni,kau baru tengok Fiza???ok.....memang saya baru tengok.itupon nasib baik ada yang sudi jemput kat umah.kalau tak tunggu Astro First je lah,sebab kete tak bley nak start.

apa yang buat saya nak tengok cerita ni bukan la sebab saya seorang pembaca novel Ombak Rindu.tapi sebab saya tengok kat Fesbuk da jadi macam fenomena Ombak Rindu plak sejak 1 Disember.boleh di kata,90% fesbuker pakat update status tentang Ombak Rindu.nampak cam gempak je...so,saya pon nak jugak la tengok.

oke,wayang start pukul 7.30pm.saya pergi dengan kakak saya dan juga jiran kedai saya,kak Izz....heheee...padahal kak Izz dah tengok cerita ni.best sangat ke sampai nak tengok 2 kali?katanya sebab tak sempat tengok part awal,masuk panggung lambat...huhuhuuu...sebab tu kali ni taknak lewat katanya. siap mesej saya cakap siap cepat,6.50 keluar,jangan lambat,kang abang Aaron marah.....adehhhh....

wayang baru start,masa tu dah masok part ni


tapi orang belakang da jadi pengkritik filem yang pertama.dia kata "orang kampung pon cukor kening.patotnya amek la bla bla bla bla....."dan sebagainya.bayangkan,tak ke sakit jiwa dengar mamat ni dok bersembang ngan awek dia?macam tak pernah tengok wayang!

nasib baik la saya teruskan konsentrasi saya untuk tonton filem ni.nasib baik la jugak Aaron Aziz ni ada aura yang bley buatkan saya terpukau.muka suci gile.saya tak pandang pon dia sebagai orang jahat.ohhh Aaron Aziz....

saya tercari-cari part mana yang boleh buat saya nangis.kononnya saya ni takkan nangis.....sebab jiwa saya jiwa kental.hohohooo...tapiiii...rasanya lagu-lagu dia yang cuba menggugat kekentalan saya.....saya cuba bertahan.kamon fiza....kamon....watpe nak nangis tengok wayang ni!

finally air mata saya jatuh gak!
failed!
ape pon tak bley la kau ni fiza!

shhhh...jangan bagitau kat orang yang saya da nangis....ada 2 part yang buat saya nangis.

part yang ni


dan jugak yang ni



tak tau la pada orang lain.kalau nak tau ape kes,tengok lah sendiri.tak best la kalau nak review kan??yang pasti Astro First nanti saya nak beli lagi.huhuuuu....

seyes,saya tak sangka yang Lisa Surihani boleh bawak watak dia dengan baik sekali.yela,selalunya dia kan berlakon jadi ayu-ayu gitu.Maya Karin plak dah berjaya buat saya rasa macam saya ni dekat sangat dengan Aaron Aziz....what???heheee....

oke lah,nanti saya nak tengok lagi.wayang dah abes,tapi mamat belakang tu masih lagi membebel...haishhh.....

sebelum pergi,terima lah lagu yang dah berjaya buat saya nangis




p/s lagu ni macam memanggil-manggil saya ke Langkawi lagi......amacam cipina ???



Thursday, December 1, 2011

Johor Premium Outlets

Anda suka shopping barang branded?

Yes!!!it's me...

Emang dasar boros la kau ni fiza.seyesly,sangat teruja bile one of my fren at fesbuk post about Johor Premium Outlet(JPO).

Sebelum ni saya pernah nampak signboard JPO ni kat tepi highway sebelum tol Skudai.saya pernah tanya mama saya tentang apa tu JPO.dalam fikiran saya maybe tempat shopping macam factory outlet kat Bandung tu.tapi mama pon tak sure.

So bila dah klik kat baru la tau.ada macam-macam brand outlet,antaranya Burberry,Nike,Hush Puppies,Gap,Guess,Coach etc2.....

JPO akan mula beroperasi mulai esok dan grand opening nya pada 11/12/2011 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Jom ramai-ramai kita pergi.ok.bye.

P/s nanti saya da pergi sana saya upload gambar ye...(tapi saya masih tak pandai nak upload gambar guna Ipad.huhuuuu...sebab setting Ipad tak sama ngan laptop.anyone can help me???)

Friday, November 25, 2011

DOA BUAT IBU BAPA

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Thursday, November 24, 2011

SHAFIZA BERAKSI DI LAYAR PERAK



Perghhh...bunyi macam diva popular la kan???Shafiza nak berlakon filem?pengarah mana yang rabun tu,yang berani mempertaruhkan filem mereka dengan mengambil Shafiza sebagai pelakon?Chewahhh....berlakon tak semestinya pegang watak utama kan?mungkin watak pembantu ataupon extra kan?tetap namanya pelakon kan?walaupon cuma sekadar berdiri sebagai tiang kat belakang.janji ada shoot,masuk dalam filem/drama kan...heheheee...taknak mengalah jugak kau Shafiza....

Okey,gini lah....tak payah buat press conference,saya mengaku bahawa saya telah membintangi sebuah filem.What...?????OMG.....Are U Serious babe???ye...saya serious.tapi sekadar extra.tak perlu script,tak perlu buat research untuk mendalami watak.sebab saya cuma extra yang kejenye tepuk-tepuk tangan je.....heheheeee...

Pada tarikh ehem ehem,Persatuan J-robik Kulai telah menerima pelawaan untuk menjadi extra bagi sebuah filem bertajuk Sepah The Movie.dah namanya Sepah The Movie,harusss lah kumpulan Sepah pon ada kan?ye,termasuklah Mamat.dan jugak Pok Yus...yup,Yus kumpulan Jambu tu...yang juara Raja Lawak musim pertama tu....bertempat di Yayasan Warisan Johor.

Masa mula-mula cikgu Elly cakap tu,of course kitorang excited.dengan nak pikir nak pakai baju apa pulak.kang pakai glemer-glemer mengalahkan artis plak.tak pasal-pasal kena halau dari lokasi.heheee...

Ketibaan kami di lokasi telah di alu-alukan oleh seorang akak produksi tu.risau gak mula-mula sampai tu.takut kalau-kalau orang produksi ni kerek-kerek kan?tapi Alhamdulillah,sampai je terus suruh kitorang makan.katanya nanti lapar pulak time shooting.pastu di suruh bagi nama penuh dengan nombor telefon.nak jugak tanya,agak-agak nama kita akan di senaraikan tak masa penghujung cerita tu?heheheee....takkan nak tanya kan...



Kami semua di beri serba sedikit taklimat tentang scene yang akan kami lakonkan.iaitu babak di mana kami sebagai pelanggan dan penonton persembahan nyanyian oleh Pok Yus....sebuah rumah traditional di YWJ tu di ubahsuai menjadi warung milik Pok Yus.

Lambat jugak lah shooting ni nak bermula.sebab kru-kru produksi sibuk nak ubahsuai tempat tu.nak pasang itu lah,nak pasang ini lah....kelihatan jugak kumpulan Sepah dah get ready,termasuklah Siti Sarah yang sedia menemani suaminya.Kehulu kehilir dengan keadaan yang sarat mengandung.ish...takut jugak tengok keadaan dia camtu.tapi Siti Sarah steady je.

Akhirnya setelah menunggu dari pukul 8.30 malam,kami mula naik ke lokasi pada pukul 10malam...lagi sekali kami diberi taklimat oleh pengarah dan juga penolong pengarah.katanya,penggambaran ni akan ambil masa hingga lewat pagi!huh,gila...esok pagi-pagi nak keje lagi...so,pengarah kata,sape-sape yang rasanya tak boleh tunggu sampai lewat pagi tu hendaklah tarik diri awal-awal.takkan dalam filem nanti orang tengok makcik tu kejap ada kejap takde kan?saya tengok kak Ani,kak Izan dengan Anne steady je,so diorang nak stay la.saya pulak datang dengan diorang,kena lah jugak stay.lagipon bukan senang nak jadi extra kan??heheee....

Kami di arah bertepuk tangan dan bersuka ria melihat persembahan Pok Yus.padahal takde apa-apa persembahan pon kat depan kitorang tu.cuma yang ada penolong pengarah yang cuba membuat aksi supaya kami sentiasa ceria.katanya kami perlu ceria,suka,ketawa.dan riak wajah kami haruslah riak wajah pukul 8 bukan riak wajah pukul 10 okey??? :p



Setelah di ulang beberapa kali lagu yang bakal di nyanyi kan oleh Pok Yus,kamera pun bertukar angle.maknanya akan ada angle dari arah depan,kiri,kanan dan juga belakang.saya dan Anne mantain je mekap.sape-sape yang duduk depan asik kena touch up je muka.hehee....









Kami di beri rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Pok Yus.masa tu memang jam dah menunjuk ke angka pukul 12 malam.haishhh.....mengantuk jugak mata.tapi bila kami di hidangkan Domino`s Pizza oleh akak produksi tu,rasa segar balik mata.akak tu kata nanti akan ada burger,Domino`s tu pon Siti Sarah yang belanja.Terima kasih ye Siti Sarah......heheheee




Lepas makan,kami naik semula ke lokasi.hari sudah mula hujan.sejuk nya jangan kata la.memang la saya ada bawak jaket,tapi di sebabkan scene sebelum ni saya tak pakai jaket,so saya tak boleh pakai jaket...huhuuu...

Pok Yus akhirnya tiba juga.fuhhh....alhamdulillah....lagi sekali kami perlu bertepuk tangan walaupon tangan dah merah.huhuuuu....wajah pukul 2 pagi bertukar wajah dengan keletah kumpulan Sepah dan juga Pok Yus.paling best rasanya aksi Jepp.dia memang funny....





Pengambaran akhinya tamat lebih kurang pukul 2 lebih.itupon untuk babak kami.tapi untuk dancer dan Sepah masih ada.sekali lagi kami di beri makan sebelum balik.dan juga di beri bayaran.wahhh....keje tepuk tangan je pon dapat Rm50 tu...akak produksi tu kata filem ni akan di tayangkan dalam bulan 8 tahun depan.dia cakap lagi nanti datang lah tonton filem tu,support Sepah The Movie.gila tak pergi!harussss lah pergi kan...bukan senang muka kita dapat masuk pawagam.hahahaaa...saya cakap dengan Anne,nanti kita pergi tengok berdua,tapi beli tiket untuk 10 orang tau...support punye pasal.heheheee...korang pon support same lah.boleh tengok saya menepuk-nepuk tangan.hahahahaa....

Saya sampai rumah pukul 3pagi.huh....sebab ni la saya taknak jadi artis,sebab kena balik lewat kan? *tangan di dada mata ke atas :p


p/s duit Rm50 tu saya belanja mak saya makan Marrybrown.hasil pertama saya berlakon.huhuhuuuu....



p/s beberapa hari lepas tu saya dan Anne menghadiri majlis perkahwinan kenalan aerobik kami.anak Bandi Amuk.wahhh...sekarang kau bergaul dengan artis je kan Shafiza....









Sunday, October 16, 2011

Kisah si penjual tiket dan driver bas yang macam S***

Entri ini dituju khas kepada penjual tiket bas dan juga driver bas semalam.

Semalam adalah hari yang agak sibuk buat RUK.dalam masa yang sama saya harus ke Kl pada jam pukul 9.30 pagi.

Ye,saya akui saya terlambat untuk tiba di hentian Sri Putri.tapi lambat saya cuma dalam 2-3 minit je dari jadual yang ditetapkan.tapi,penjual tiket dan driver bas tu nak marah saya macam la saya lambat 15 minit!

Perempuan yang penjual tiket tu kata takkan la bas 9.30 saya kena datang 9.30? It just take 3 minit,so why diorang nak marah customer sampai macam tu?saya pon balas la balik.rasanya sesiapa yang naik bas dari Sri Putri pon malum ngan peel bas kat situ.biasanya bas akan tiba lewat setengah jam.saya sendiri pon da biasa ngan kelewatan bas kat situ.korang boleh refer ngan entri-entri lama saya,paling teruk masa saya nak pegi Langkawi,punya lambat bas.so far saya tak pernah nak marah-marah si penjual tiket atau pon driver bas.tapi bila semalam diorang nak marah-marah saya sebab saya lambat 2 minit,itu sudah lebih.pastu dapat plak seat ntah hape-hape,memang saya bengang gile.nak kata jam saya tak betul,tak jugak,sebab jam dalam bas tu pon baru pukul 9.32 minit!

Lain kali kalau bas kat situ lambat memang mampus kau aku maki!tak kira la penjual tiket ke ataupon driver bas!

Thursday, October 13, 2011

Bertemu kembali

Assalamualaikum...

Lama rasanya saya tak update blog ni.bukan takde cerita baru,tapi banyak sangat.cuma masa agak mencemburui saya untuk berblogging...chewahhh...

Sebenarnya sejak pemergian nettbook merahnye makngah saya tu ke alam kedai komputer terpakai,saya takde alternatif lain untuk online.takde maknenya nak drive,cari parking semata-mata untuk online kat cc.dah la kat cc feberet saya tu da pakai tv plasma 32" kot...takde masa nak kira bape inci yang benor.ada ke screen monitor sebesar alam tu.abes satu cc nampak apa yang saya taip.maluu makk...

Jadi sekarang saya baru nak berjinak-jinak menggunakan tablet.jadi nampak agak gagap dan kayu sikit untuk menaip...huaaa...nampak benor rabun it...

Ok,sekian untuk hari ini.semoga bertemu lagi di lain hari...hehee

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...