jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Sunday, April 24, 2011

CABARAN KECERGASAN AEROBICTHON UTM

hoyeaahhhh!!!!
kita memperolehi kemenangan!!!!

wahhh,nampak begitu eksaited ye kamu ni...heheee,mau nye tak eksaited,kalau dah menang untuk kali pertama.eh,kali pertama untuk saya je,untuk diorang da banyak kali pon.tapi menang tempat kedua je pon eksaited ke?heyyy....harussslah eksaited,sebab tak duga pon boleh dapat tempat naib johan...

oke,ceritanya begini,pada Ahad baru-baru ni,telah berlangsung acara CABARAN KECERGASAN UTM AEROBICTHON,bertempat di KOLEJ TUN FATIMAH,UTM.ramai jugak la yg sertai cabaran ni.setiap kumpulan dianggotai oleh 6 orang ahli.dan FUN 2 FIT telah menghantar 2 pasukan askar  2 team yg gorgeous.hohohohhooo...

team pertama dianggotai oleh Fiza ehem,sy la tu... Anne,kak Shima,kak Yanti,kak Huriah dan kami diketuai oleh kak Amy.team kedua dari FUN 2 FIT dianggotai oleh kak Reen,kak Ling,kak Wati,,kak Nell,dan Yun,dibawah pimpinan mama Latin kami iaitu kak Ram.fuhhh....team kedua ni memang terdiri daripada mereka2 yg mantap...

Fiza,kak Shima,Anne,kak Amy,kak Huriah n kak Yanti

kak Nell,kak Wati,kak Ram,Yun,kak Ling n kak Reen


kami tiba di Kolej Tun Fatimah lebih kurang pukul 8pagi,untuk pendaftaran.entah kenapa,sampai2 je kat situ,badan saya jadi lemah.lemah sebab tak cukup tido tido pukul 5pagi,bangun pukul 7pagi :P lemah sebab tak sarapan sedangkan kak Amy da pesan kena breakfast dulu sebelum pegi aerobicton tu...huhuu... dan lemah sebab tengok ramai gila orang,mesti banyak team yg lawan ni.....haihhh.....

lepas sesi pendaftaran dan mengambil goodies masing-masing,kami masok ke dewan dan mengambil port untuk letak barang.dari dalam dewan tu boleh nampak bermacam-macam kaler baju team yg ada.tapi kaler paling glemer ialah kaler pink.heheee....


cabaran aerobicthon ni cuma perlu ikot step yang di ajar instructor yang kat atas pentas tu,tapi memerlukan tenaga yg cukup,sebab perlu ber`aerobic selama 2jam lebih.fuhhh....tekhejott makk...takot tak mampu je..huhuuu...gila lah,tanpa henti tu beb....kalau benti pon cuma dua minit untuk pertukaran slot.2minit tu je la yang ada untuk minum air dan lari tukar tempat.sebab setiap kumpulan perlu bertukar-tukar kotak mengikut nombor.maknanya bila tukar slot,kena tukar tempat jugak.kotak yang diberi pulak kecik je....mula-mula macam risau je,sebab kotak yg kecik untuk 6 orang ahli?da la group kami ni over,suka bergerak luas....hahaahaaa...tapi rupanya,kami boleh keluar dari kotak sendiri,cuma tak boleh masok kotak orang lain...ok la tu.

bergambar sebelum berpeluh


dalam 2 jam lebih ni ada beberapa slot,antaranya ialah J-robik,hiphop,kickboxing dan latin.slot pertama ialah J-robik.seyes,kami semua macam ketam berlari terabur....huhuhuuu....sebab tak dapat follow step.selalunya da biasa follow instructor yang ke kanan,kita pula ke kiri.tapi instructor ni nak kitorang follow kalau dia ke kanan,kitorang pon mesti ke kanan.bila da menghadap,rasa macam slow sangat nak pick up kanan-kiri instructor tu...memang kecoh dewan masa slot J-robik ni,sebab semua orang tak dapat follow dengan betul.

slot paling best bagi group kami ialah hip hop dan kickboxing.masa ni kami memang betol2 all out abes....walaupon step hip hop tak la susah mana,tapi memang cool beb step dia.time kickboxing plak energy saya da abes low....tapi terpaksa gagah kan jugak.latin plak,iskkk.....memang saya frust sangat sebab tak dapat nak all out.sebab kasut!!!saya terlupa nak bawak balik kasut aerobic yang saya tinggal kat studio.sudahnya saya terpaksa pakai kasut snickers NIKE.so,pergerakan saya agak terbatas.tak dapat nak seret-seret kaki sangat.masa ni jugak kami da agak confuse nak pusing kanan ataupun kiri.kak Amy cakap follow kaki kak Ram.sebab group kak Ram kat bahagian depan.masa saya tengok group kak Ram,fuhhh....tabik spring beb ngan diorang.step diorang sama dan serentak!

cooling down


tamat je slot latin,saya terus lega.....gila lah.....memang penat beb.muka ni da capek sangat control senyum.lepas latin,kami buat cooling down...ahhh.....terasa lega sikit sengal-sengal bahu yang ada.dan tamat je sesi cooling down,kami kembali ke port masing-masing.masa tu saya terus terbaring.sebab terasa pedih kat ulu hati.diorang semua da panik....huhuuu....kak Amy bagi ubat tahan sakit.kak Reen plak tolong urut-urutkan perut saya.inilah akibat kalau tak makan!erkk.....

kak Shima muncul dengan membawa beberapa kotak bihun goreng.saya cuba gak nak makan,tapi tak boleh masuk la.beberapa minit kemudian saya da oke.kak Azy pon muncul dengan jambu batunya....huhuuu....

oke,time untuk penyampaian hadiah ye!waktu MC sebutkan nama2 kumpulan untuk pemenang saguhati,saya berdoa dalam hati,jangan la disebut lagi nama kami untuk hadiah saguhati....huhuuu...

dan bila kumpulan kak Ram disebut sebagai pemenang tempat ke-3 saya agak terkejut.maknanya kumpulan kami antara tempat pertama ataupon kedua.dan bila kami dipanggil sebagai pemenang tempat ke-2,memang bersorak sakan la kami.hilang terus sakit saya!huhuuuu








wajah2 ceria FUN 2 FIT

seyes,hilang rasa sakit bila dapat medal.tapi,balik je terus tido sampai malam,baru terasa sengal-sengal badan balik.tapi,muka tetap senyum untuk beberapa hari sebab masih ada sisa-sisa rasa gembira....huuhuuu...

tahniah kepada semua ahli-ahli FUN 2 FIT dan jugak mereka-mereka yang amek bahagian

p/s terima kasih gak pada tuan punya gambar.....








No comments:

Post a Comment

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...