jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, April 28, 2011

TANDAS YG BERSIH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA...CHEWAHHH

sebenarnya saya ni tak berapa suka nak buat entri tentang customer kedai saya.bukan apa,kang ada customer saya yang terbaca entri saya ni,tak ke naya saya?tak syok la kan....tapi,setelah sekian lama  saya memendam rasa,saya rasa saya patut buat entri ni.sebab saya geram sangat!!!tersangat-sangat la geram.geram sebab saya da penat nak menyental bilik air/tandas/jamban bla bla bla.....!!!!

nanti saya nak cari mangkuk tandas macam ni lah


kenapa la ek,segelintir pengguna tandas awam tak reti nak jaga kebersihan tandas?eh,kalau diikutkan tandas di kedai saya ni bukan la tandas awam,tapi tandas swasta!tapi saya tak kena kan bayaran macam tandas awam tu.kang ada plak yang takmo masuk kedai saya.

dalam tandas kedai saya ni da macam-macam jenis notis yang tertampal.hah,kalau nak tau,setiap tandas restoran diwajibkan menampal 'iklan-iklan' tentang kebersihan.contohnya sila jaga kebersihan tandas ataupon dilarang merokok.tapi dalam tandas kedai saya ni,saya terpaksa tulis tolong jangan pijak diatas tempat duduk tandas.sebab masalah utama tentang tandas kedai saya ni ialah orang suka sangat pijak tempat duduk mangkuk tandas tu.kalau bukak kasut tu takpe lah jugak,sudahnya tandas yang baru saya bersihkan dengan penuh kasih sayang ada kesan tapak kasut!!!kalau diorang reti nak basuh balik takpe la jugak.ni tak,dibiarkan macam tu je.bila orang seterusnya nak masuk da kotor,tak bley nak di gunakan.kalau curah ngan air je takde effect apa pon.koman-koman kena curah clorox dulu dan sental!agak-agak kalau semua pengguna tandas macam ni,berapakah kebarangkalian untuk saya+pekerja saya perlu membasuh tandas dalam sehari???kalau tak basuh,kang orang kesihatan datang cek teruk pulak saya kena.daripada dapat gred B turun gred D plak nanti.



oke,itu masalah pertama,masalah kedua pulak ialah pengguna-penguna lelaki yang secara azalinya pee berdiri.hah,tak reti-reti ke nak curah keliling mangkuk tandas tu?yang diorang tau lepas pee terus pam aje.diorang yakin sangat yang takde percikan air hancing di keliling tempat duduk mangkuk tandas tu.memang la mula-mula tak nampak.tapi bila air hancing tu da kering,akan ternampak la tompok-tompok percikan air hancing yang berwarna kekuningan tu!OMG....ada jugak orang yang macam ni....

masalah seterusnya ni tak tau la samaada diorang lupa atau tak tau kat mana tempat pump.oke,tandas kedai saya menggunakan butang,bukan tali yang tarik-tarik tu.hello,butang tu just tekan/picit je!bukan kena masuk password ataupon kena jawab soalan-soalan cepugangsa pon!dan butang tu terletak terang benderang di atas tangki yang cuma paras bawah pinggang orang dewasa!bukan tersorok di celah-celah bedah pon!kalau la pengguna jenis macam ni kategori lupa,boleh tak korang bayangkan,macam mana keadaan tandas rumah dia pulak,kalau setiap kali lepas selesai hajat lupa nak pump???

tandas kedai saya macam ni la....tapi yg ni bersih gila...huhuuu


seterusnya,saya telah memasang penyembur wangi otomatik dalam tandas kedai saya ni.jadi,selang 5 minit,akan keluarlah haruman-haruman yang menyegarkan dalam tandas tu.malangnya......haishhh.....bila perokok-perokok tegar yang suka sangat nak melepak dalam tandas tu.kalau lepak aje gua tak kesah beb....tapi sampai isap rokok dalam tandas gua ape kes brader?takot bini marah ke bila nampak lu isap rokok???kat luar lagi selesa nak isap rokok selesa ke isap rokok tu? bayangkan la korang lemas dalam tandas yang sempit tu sebab asap berkepul-kepul ditambah pulak dengan bau najis korang tu,sape nak tolong???saya takmo tanggungjawab tau!



next.....bila mereka-mereka yang biasanya pekerja kontrak masuk ke dalam tandas dengan membawa tanah-tanah merah ditapak kasut mereka....hah!ini bukan saja mengotorkan tandas kedai saya,tapi seluruh lantai kedai saya....huhuhuuuu...tapi,tu takpelah,nama pon restoran kan,standard arr orang keluar masuk.tapi lantai tandas kedai saya sering menjadi mangsa tanah-tanah merah ini,bila kita cuci,ada lagi yang masuk dengan berbekalkan tanah merah.hmmm,nanti saya nak buat macam tandas sekolah saya dulu (SABAR,BAGAN SERAI,PERAK) dimana,setiap orang yang nak masuk ke tandas kena bukak kasut dulu!dan pakai terompah yang di sediakan.saya peduli apa kalau orang tu pakai boot paras lutut ke,high heel yang bertali-tali tu ke,semua kena bukak kasut,paham???tapi kalau orang redah masuk gak dengan membawa kasut tanah diorang tu camana???nak marah tak boleh,sebab customer.and customer always right.ohhhh......

hah,tu belum lagi kes yang suka campak puntung rokok dalam tandas.bukan je puntung,plastik dan kotak rokok pon diorang campak camtu je....haishhhh....memang takde sivik betul orang macam ni.kadang-kadang saya selalu pikir,kenapa diorang ni berperangai macam ni.orang kata kalau nak tau tuan rumah tu pembersih atau tak,tengok tandas dia dulu.abes tu kalau orang tengok tandas kedai saya yang kotor,orang akan kata tuan kedai ni pengotor.....huaaaaaa.......takmo takmo takmo!!!!

saya rasa saya nak tampal satu lagi notis dalam tandas kedai saya ni....

TANDAS INI DI AWASI CCTV
ANDA SEDANG DI PERHATIKAN

hahahaaaa......confirm diorang keluar balik!


nak makan makanan yang dalam mankuk tandas????eeyerkkk....kat tempat keje saya dulu (QUEENSBAY) ada restoran macam ni,duduk atas mangkuk tandas,makan pon dalam mangkuk tandas.ohhhooo.....tak bley blah weh



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...