jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, July 19, 2012

BUFFET-ni baru intro ye


Assalammualaikum,
Maaf lah terlambat nak update tentang buffet Ramadhan.saya tengok kat feedjit ramai yang search buffet Ramadhan.saya ada dapat beberapa e-mail,mesej (fesbuk/blog) yang bertanya kan tentang buffet kami.ada beberapa blogger yang nak buat review.alhamdulillah,terima kasih sebab sudi tolong promosi.

Ini adalah tahun ke-3 pengalaman saya mengendalikan buffet di restoran,dan kali pertama di USJ.seyesli,pada tahun pertama tu rasa macam tak confident sangat.orang kata percubaan berani mati la.mana taknya,di kawasan yang tak berapa nak bandar (tmn universiti,jb).tapi pengalaman bekerja di beberapa hotel membuatkan semangat saya membuak2 nak buat.idea ni berebut-rebut nak keluar.masa tuu boleh dikata di kawasan saya ni tak de lagi restoran yang berani nak buat buffet ni.mungkin orang taknak membazir kan.lain lah restoran besar-besar yang dah ada nama.

Saya tetap dengan semangat nak buat buffet,family saya pon sokong.dengan kerjasama cikgu zarina dan suaminya cikgu Khai,mereka tolong kami buat banner,siap tolong design dan hantar pada kenalan mereka untuk di proses.

So,berbekalkan promosi banner yang kami pasang di simpang traffic light tmn universiti (secara halal tau...melalui southern ads.jangan main pakai tampal cara 'haram',nanti tak lama laa banner tuu kat situ) Alhamdulillah,hari pertama puasa dah ada orang call nak booking,tapi kami belum beroperasi.hari kedua adalah dalam 2 family.walaupon takde untung lagi,tapi adalah jugak rejeki tuu kan.hari ketiga puasa ada 1 meja je customer.hari seterusnya???hmmm...takde customer langsung.cuma kami dan pekerja je yang makan.ayah saya kata kalau esok macam ni lagi tutup je lah,cuti bulan puasa ni.tapi mungkin rejeki kami masih ada,keesokan hari,start dari pukul 9pagi,telefon saya dan kakak asik berbunyi je.ehh,ramai pulak yang nak booking???dan bermula hari tuu,alhamdulillah kami tak putus-putus terima booking,sampaikan kami terpaksa tolak beberapa tempahan yang dibuat last minit.yang peleknya,customer saya ramai yang dari singapore???eh,macammana diorang boleh baca banner yang kami tampal kat tmn universiti ni je?

Rupa-rupanya,baru saya tau yang diorang search kat google.ada beberapa blogger yang dah buat review atau tolong iklankan.yelahh..masa tuu saya ni baru-baru berjinak dengan dunia blog,so tak tau apa-apa pon.well,kalau takde blog yang review tempat makan yang serve buffet ni mungkin slow sikit kot bisnes.terima kasih la ye saling tolong menolong?heheee...

Oh ye,kali ni buffet cuma ada di restoran ubi kayu cawangan USJ9 je.nantikan update seterusnya...


Hmmm,flyers tuu simple sangat kan...??huhuu....maap la ye,saya ni tak pandai nak design-design bagai ni.terima je la seadanya ye ye....

2 comments:

  1. hehe..rindu nak makan masakan ubi kayu,...dulu2 senang jer...makan kat bawah..buffet pun harga berpatutan...ni mana mau cari buffet berpatutan dan best cam ni?/ sob sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee....tp kat tmn u skrg da banyak yg buat buffet ramadhan kan?nnt dtg ler USJ plak.lagi banyak makanan yg ada...

      Delete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...