jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, July 19, 2012

BUFFET RAMADHAN @RESTORAN UBI KAYU USJ9



Seperti yang di janjikan...meh saya cerita serba sebanyak tentang buffet Ramadhan tahun ni.

Buffet Ramadhan hanya akan ada di Restoran Ubi Kayu USJ9.(alamat penuh lihat di flyers kat atas tuu).kami terpaksa menutup perniagaan di Taman Universiti,JB untuk menumpukan sepenuh perhatian jiwa dan raga kami di USJ9.

Kami akan memulakan perniagaan pada 6 Ramadhan / 26hb Julai 2012.tapi anda boleh membuat tempahan dari sekarang.

Kami menghidangkan masakan melayu dan ada sikit-sikit barat.Setiap hari ada hidangan nasi seperti nasi beriani,nasi tomato,nasi minyak,nasi jagung,nasi dagang dan macam-macam lagi yang akan bertukar.begitu juga mee,ada mee jawa,laksa penang,laksa johor,mee kari,mee udang,mee sup.ianya juga akan bertukar mengikut hari.





Selain daripada sajian utama,kami juga menyediakan satu sudut untuk anda menikmati stimbot dan bbq (ayam bakar/ikan bakar/sosej/makanan laut/daging dll).chicken chop,sandwich,spagheti juga ada.


Antara hidangan minuman yang ada ialah laicikang,fruit punch,cincau,selasih,bandung soda dan pelbagai lagi minuman penyegar.Pencuci mulut pula seperti sagoo gula melaka,fruit cocktail,aneka puding,bubur sumsum,kuih muih melayu dan juga aneka bubur (bubur jagung/bubur pulut hitam/bubur chacha dll)

Restoran kami berhampiran dengan masjid,jadi anda tidak perlu risau tempat untuk solat.selain daripada buffet,kami turut menjual lauk pauk dari pukul4 petang sehingga pukul6 petang.ada juga kuih raya dan cake in jar.

Oke,nanti saya update lagi ye.hmmm,nantikan surat khabar Utusan Malaysia yang akan buat review buffet kami juga.

Terima kasih dan selamat berpuasa.puasa tau jangan tak puasa.Allah nampak.

;)





2 comments:

  1. insyallah...nanti kami ke KL, kami singgah...belanja makan yer...hehe

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...