jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Monday, August 1, 2011

BUFFET RAMADHAN @ RESTORAN UBI KAYU TMN U,JB


Salam Ramadhan semua.....di pagi hari pertama puasa ni,saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat rakan-rakan blogger,unblogger huhuhuuuu  pengunjung setia Restoran Ubi Kayu dan juga seluruh umat Islam di muka bumi ini.semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik berbanding Ramadhan2 yang lepas.

Rasa macam cepat je masa berlalu.saya macam tak percaya je yang ini adalah tahun kedua Restoran Ubi Kayu beroperasi pada bulan Ramadhan.secara tak langsungnya menjadikan ianya kali kedua kami mempromosikan buffet Ramadhan..cheewahhh,skema gile ayat..

oke,berbalik pada promosi buffet ini,seperti tahun yang lepas,kami menyediakan hidangan buffet buat pengunjung2  yang budiman.jangan risau dengan apa yang anda boleh makan,kerana di sini anda boleh makan sampai kenyang..heheee....kami menyediakan makanan ala kampung dan tak lupa juga western ada jugak.

berikut adalah antara hidangan kami :-

*barbeque
*stimboat
*aneka nasi (nasi beriani/nasi tomato/nasi jagung etc2.)
*aneka mee (mee jawa/mee kari/mee udang etc2.)
*aneka lauk pauk
*kuih-muih melayu
*pencuci mulut
*aneka minuman (panas/sejuk)
*ubi kayu rebus harussss ada....hahahaa

amacam?best tak?heheee....oke,untuk nasi dan mee tu kami akan bertukar2 jenis.contohnya kalau hari ini nasi beriani esok mungkin nasi tomato,lusa plak mungkin nasi jagung dan begitu lah seterusnya.camtu jugak lah dengan mee,hari ni mungkin mee jawa,esok mungkin mee udang...bla bla bla....hahaa...oh ye,ada dua jenis mee ye.mee berkuah dan juga mee goreng.jangan risau buat penggemar nasi putih,sebab kami menyediakan nasi putih setiap hari beserta lauk pauk yang beraneka...

untuk barbeque pula kami menyediakan ayam,udang,sotong,ikan,sosej dan juga jagung bakar.pilih saja yang mana anda suka.jangan lupa juga di satu sudut kami telah sediakan hidangan stimboat/yong tau foo.buat pilihan anda dan kemudian celupkan ke dalam sup yang sedang mendidih panas.anda juga boleh pilih samaada ingin berkuah atau dimakan kering bersama dua jenis sambal yang kami sediakan.

kuih muih melayu pon kami ada hidangkan termasuklah pencuci mulut seperti puding kastard,sagu gula melaka,dadih dan sebagainya.oh ye...buat anak-anak kecil kami juga ada hidangkan aiskrim.yang bukan anak kecil pon boleh makan jugak aiskrim ni...jangan risau,sebab memang da trademark kami iaitu makan apa yang anda suka..hehee....

hah,untuk semua jenis makanan ni kami cuma mengenakan harga Rm19.90 untuk dewasa dan juga Rm9.90 untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun.untuk yang bawah 7 tahun percuma ye..jadi jangan risau untuk bawa anak-anak kecil anda.untuk 10 orang dewasa percuma 1 orang (orang yang ke-11).jadi,datanglah beramai-ramai.lagi ramai yang makan lagi meriahkan?

jangan lupa juga untuk buat tempahan dulu ye,jadi kami boleh sediakan ruang yang selesa untuk anda.untuk tempahan boleh la terus menghubungi saya di talian 017-7472718 / 012-5984259 / 012-5954717 / 017-7711021 .wahh...banyak gile kan nombor tepon.heheee.....oh ye,di sebabkan menu bertukar-tukar setiap hari,anda boleh la menghubungi kami untuk mengetahui menu mengikut hari yang anda pilih.atau anda boleh tinggalkan alamat e-mail atau nombor faks untuk kami hantarkan menu.

nak alamat kami?

RESTORAN UBI KAYU
NO.3,JALAN KEBUDAYAAN 1A,
TAMAN UNIVERSITI,SKUDAI,JOHOR
(berhampiran dengan UTM SPACE,belakang BANK RAKYAT)

*tempat solat turut disediakan


p/s jangan risau buat anda yang berada disekitar Lembah Klang,sebab RESTORAN UBI KAYU USJ9 turut menyediakan hidangan buffet / ala-carte.nanti saya upload kan pampletnya.oke?




*terima kasih buat cikgu zarina dan suaminya cikgu khai sebab membantu kami buat banner dan bunting..hehee...jangan lupa pada yang melalui jalan di Mutiara Rini,toleh-toleh la kat kiri kanan anda,sebab ada banner kami di situ...heheheeee...

*terima kasih gak pd Southern Ads (company yang menguruskan iklan2 di sekitar JB).saya sangat suka ngan akak yang serve saya masa kat Southern Ads Stulang.friendly gile,walaupon kena tunggu lama sebab ramai orang,tapi disebabkan keramahan dia,takde rasa nak marah pon.no wonder la ramai customer yang sanggup tunggu dia serve.

*terima kasih gak buat pekerja saya yang mereka corak untuk banner dan bunting RUK iaitu Akid Ashaari.walaupon banyak kali kena reject...huhuuu....tapi akak puas ati dek ye....



SELAMAT BERPUASA....!!!



Monday, July 25, 2011

COKLAT PRALINE


ini adalah coklat praline buatan saya juga....huhuhuuu....masih mengekalkan ciri-ciri pilih filling mana yang korang suka...hehee...antaranya ialah blueberry,strawberry,caramel etc.boleh juga didapati bersama aneka kacang (almond/hazelnut etc.) dan juga kismis dan cherry...

harga untuk sekotak coklat praline ini ialah Rm45 untuk 35pc beserta coklat berwarna keemas-emasan...chewahhh....



coklat juga boleh pilih samaada full coklat,strawberry,orange,mango,pandan,blueberry ataupon coklat putih.terdapat juga dalam bentuk bunga ros,love shape,bulat,petak segi etc....








sebarang tempahan sila hubungi 012-5954717 /017-7472718






JAMBANGAN COKLAT ROS


Lagi sekali minah ni jadi model saya untuk promosi coklat.huhuuu.....

ini adalah salah satu poduk yang kami bakal jual.tempahan juga di terima.korang boleh pilih samaada nak coklat perisa strawberry,blueberry(seperti gambar di atas),orange,pandan,mango,white coklat ataupon coklat sepenuhnya.

selain jambangan bunga tangan,kami juga menerima tempahan jambangan bunga bakul.akan di upload gambarnya bila dah siap nanti ye....

minimum order adalah 20 batang coklat ye....jambangan coklat ni sangatlah sesuai sebagai buah tangan masa berkunjung ke rumah gf/bf nanti di pagi raya.takkan la nak pergi tangan kosong je kan...hmmmm...kalau bawak buah tangan camni confirm bakal mentua korang tu sayang kat korang....ehhh,tak tipu tau....sebab aii da cuba pon cara ni...heheheee

harga untuk jambangan coklat tangan ni adalah bergantung kepada kuantiti coklat dan juga bunga hiasan.akan di update kemudian ye....

sebarang tempahan sila hubungi 012-5954717 / 017-7472718






APAM POLKADOT

Dah lama tak update blog...hmmm,bila datang penyakit malas memang camni la jadinya.dalam bulan Julai ni banyak sangat peristiwa,ada yang sedih,best,macam-macam lah....

oh ye,memandangkan bulan puasa menjelang tiba,saya nak share beberapa hasil kerja saya untuk di niaga kan sepanjang bulan puasa.kami juga menerima tempahan seperti kuih raya,coklat,cupcake dan juga hamper raya.jadi pada sesiapa yang berada di area Johor Bahru boleh la buat tempahan jika berminat ye....

oke,hari ni saya nak share apam polkadot 100% buatan saya sendiri.heheee....boleh pilih filling samaada nak blueberry,strawberry,coklat atau pon kaya.....

meriah kan kaler dia???heheee

apam polkadot ni di tempah oleh kawan baik saya iaitu Azie

apam(4pcs) ni hanya boleh didapati di RESTORAN UBI KAYU



untuk harga di RESTORAN UBI KAYU,sekotak apam 4pc ni ialah Rm1.50.

tapi,untuk tempahan 100pc - Rm35

tempahan melebihi 200pc - Rm60+++

sebarang tempahan boleh la hubungi saya 012-5954717 / 017-7472718






Monday, July 11, 2011

melupakan kekasih lama

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin�.





sumber dari mforum.cari.com.my

Thursday, June 30, 2011

AEROBIK SANTAI @TJ MART SALENG

ini adalah entri serba sedikit tentang program aerobik yang berlangsung di TJ Mart,Saleng pada 4hb Jun 2011.

saya,Anne,kak Zahrah,kak Yanti,kak Nell dan our boss,kak Azy telah mewakili Fun 2 Fit.dan kami telah membuat persiapan saat-saat terakhir iaitu sehari sebelum event ni berlangsung.show kami ini chewahh...show gitu.. telah di request oleh Puan Che Aishah,atau nama manjanya kak Chah...hehehee...kak Chah minta kak Azy perform lead bolly.wahhh....bolly gitu.so,sehari sebelum event,kami cuba menghafal balik step bolly yang pernah dipersembahkan di Pasir Gudang beberapa bulan lepas..masalahnya,masa event Pasir Gudang tu saya tak join.so saya tak tau step bolly tuu...huhuu.... tapi,dengan bakat uwekkk yang saya ada,iaitu bakat menghafal dengan cepat....hehehee...alah,takat lead aje,memang la boleh...


oh ye,antara instructor-instructor bertauliah yang perform pada hari tersebut ialah kak Chah,abang Redza,kak Zana,Shasha dan kak Apazya.macam biasa,event ni walaupon tak ramai yang dapat join,tapi tetap meriah dengan kehadiran kami :P huhuuu....

oke,sila layan kan aje gambar-gambar ni 

ini lah ratu2 Fun 2 Fit...hehee

gadis dan bunga kembang di kepala...hahaaa


F2F bersantai....


saguhati utk instructor yg buat persembahan

hadiah2 luckydraw yg berjaya diraih oleh team F2F


huhuhuu...takde kepala...



sekian,terima kasih :)











klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...