jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Monday, June 22, 2015

BUFFET RAMADHAN 2015 DI RESTORAN UBI KAYU ONE CITY


Assalammualaikum

Salam Ramadhan al Mubarak

Restoran Ubi Kayu One City USJ 25 menyediakan buffet Ramadhan pada tahun ini,dengan bayaran RM35 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak yang berumur 7-12tahun.

Harga tersebut termasuk 6% GST.

Untuk tempahan sila hubungi 017 238 5272 
Tempahan awal amatlah digalakkan lebih-lebih lagi untuk tempahan yang melebihi 5 orang.ini adalah untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk.






Restoran Ubi Kayu,
A 09 & 10 GF,
Garden Shoppe One City,
Jalan USJ 25/1F,
47630 Subang Jaya,Selangor







Friday, July 26, 2013

SHAWL 2 SIDED + 2 TONE,BAWAL PAISLEY & TRIBAL

Assalammualaikum

Sempena Ramadhan Al Mubarak ni,kami ada menjual tudung-tudung untuk wanita-wanita dan gadis-gadis muslimah sekalian.

Abang-abang,pakcik-pakcik yang nak beli untuk orang tersayang pon di alu-alu kan.

Ini adalah antara corak-corak yang kami jual..

















Boleh lah contact contact saya aza shafiza atau anne

WhatsApp  012-7877247
WeChat ID lily_anne99

Thursday, July 25, 2013

Dessert Buffet for Hi-tea @ MPSJ


Assalammualaikum

Dessert buffet ini adalah sebahagian dari menu majlis hi tea yang berlangsung di MPSJ seminggu sebelum Ramadhan.

Bersengkang mata lah saya sehari sebelum majlis.sampai pukul 2 pagi saya kat kedai,untuk siapkan mini red velvet dan puding triflle in cup.

Esok paginya,saya jugak la orang pertama yang masuk ke kedai seawal pukul 8 pagi untuk menyiapkan mini pavlova,cheese tart,chocolate fondue dan jugak fettucine carbonara.

Dan,ini lah sebahagian hasilnya...










laici kang





chocolate fondue


mini pavlova


assorted cheese tart

puding triflle in cup

colourfull pudding


talam berlauk

D`BAGINDAS - C.I.N.T.A


Monday, March 18, 2013

Langkawi,aku datang lagi


Gambar di atas telah di copy dari fb cipina. :p

Lokasi gambar tersebut ialah disebelah opis cipina,Langkawi oke,Langkawi.
Ianya adalah kali keempat saya menjejakkan kaki ke bumi Langkawi (first time masa kecik2 dulu),dan kali ketiga saya berjumpa Cipina di Langkawi.kali pertama sekitar tahun 2003 atau 2004 tak ingat sangat

Masa tu zaman muda remaja.tengah hot.market tinggi lagi.masa tu saya gamble pergi berdua ngan Adie (gadis berhijab tu).masa tu jugak jangan nak cakap lah,3 hari jalan-jalan kutip nombor tepon je.tak tau kenapa.ceh ceh cehhhh......

Kali kedua saya gamble pergi sorang2.boleh refer entri-entri lama ni Langkawi.masa ni merempit ngan cipina.

Dan kali ketiga saya dan Adie sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi Langkawi dan bertemu sahabat lama kami,cipina.walaupon kali ni cipina agak bz orang kuat majlis Langkawi oke ...dan tak dapat join kitorang meredah ke setiap pelusuk Langkawi.

Kami naik teksi dari rumah saya (USJ).dan dapat pulak drebar teksi orang Kelantan,yang speaking Kelantan dgn begitu pekat sekali.kami telah dihiburkan dengan pelbagai cerita dan nasihat dari drebar teksi tu.dari cerita pasal adik beradik,politik,umno,pas,karma,hukuman buat baik,buat jahat dan pelbagai lagi cerita yang kami cuma buat-buat paham.padahal kami tak paham langsung apa yg drebar tu cuba sampaikan.kami cuma angguk,geleng,angguk dan geleng....sekian.

Kemudian kami naik komuter dari Subang ke KL Sentral.kemudian naik pulak teksi dari KL Sentral ke Puduraya.haaa...dalam teksi ni sekali lagi kami dihiburkan oleh drebar teksi berbangsa cina.macam2 dia tanya,kenapa tak naik flight lah...flight kan murah.flight kan selesa dan bermacam2 lagi.bila dah bagi semua jawapan,drebar tuu kata "ooo....macam tu.saya mana tau,saya tak pernah naik flight" errrkkk.... *sight

Sampai di Pudu kami beli tiket bas ke Kuala Perlis,jam 11malam.haishhh...mintak2 laa bas ni bawak seperlahan yang mungkin..biar sampai lambat.kalau sampai awal tak guna jugak,sebab feri paling awal pukul 7pagi.

Dan kami tiba di Kuala Perlis jam 5.30 pagi!perghhhh....memang laju brader tu bawak,sampai saya tak lena nak tido.mula-mula kami teragak2 nak turun.ingatkan baru kat Alor Star,bila brader tu tengok kitorang tak mau turun,dan macam nak sambung tido,sekali lagi dia jerit "Kuala!Kuala!Kuala!" lorhhh....nasib baik tak sambung tido,kalau tak kita bercuti kat Thailand la jawabnya...

Sementara tunggu feri kami lepak makan-makan dulu.nasib baik restoran tu bukak,kalau tak,kebulur jugak lah..tapi seyes,ramai gak orang.ingatkan bila kitorang holiday time weekdays camni kitorang je pelancong yang ada.rupanya ramai lagi.

Oke,feri bergerak tepat-tepat jam 7pagi.dan sampai jam 8pagi di jeti Kuah.Nasib baik Cipina dah hantar sorang kawan iaitu cik Fatin,tuan tanah kereta sewa.wahhh....dapat keta Viva baru kauuu....plastik pon tak bukak lagi..heheheee....

So,lepas hantar Fatin,tempat pertama yang kami tuju ialah opis Cipina.dan Cipina telah membawa kami ke syurga coklat!ni kali kedua saya shopping coklat di Langkawi.Adie ngan adik dia lagi la kemain....lepas shopping coklat kami makan-makan di sebelah opis cipina.dan lepas makan kami sempat bergambar.hehee...tuu la gambar yang di amek cipina.

Seterusnya,misi redah kasi pecah mencari Pantai Chenang.walaupon cipina agak risau,takut kami tak jumpa jalan,saya kata pada cipina jangan risau,sebab kalau sesat pon masih dalam Langkawi,tak sampai Thailand pon lagi.huhuuu...

Makanya kami meredah la mencari Pantai Chenang.seronok drive,kemain laju,macam jalan tu dah biasa sangat bawak.drive like a boss.....

Oke,sambung nanti.

akim - menunggu


Thursday, December 27, 2012

Cake In Jar (Jarlicious) didalam Utusan Malaysia

Assalammualaikum,

Gila lama saya tak update blog ni.bukan kata bersawang,tapi dah bersarang dah ni....Hmmm,jangan ditanya la kenapa saya tak update.sebab tuu semua hanya alasan je kan kan kan....

Oke,sekarang saya nak cerita satu perkara yang best bagi saya.tak tau la best pada korang ke tak kan...



Pada 13 November 2012 hari Selasa iaitu hari cuti umum sempena perayaan Deepavali,kawan pakcik saya,iaitu kak Rohana dan jurugambar dari Utusan Malaysia datang untuk shoot cara-cara untuk buat cake in jar.

Kali pertama saya jumpa kak Rohana ni masa shoot untuk buffet Restoran Ubi Kayu USJ.masa tuu la saya tunjuk kan dia cake in jar saya ni..saya bagi 1 botol kat dia,dan 1 botol lagi untuk jurugambar dia (seorang gadis-praktikal katanya).kali kedua jumpa pulak masa bulan puasa,dia datang makan buffet dengan kawan-kawan dia.haaa....masa ni la dia tanya saya,kalau nak shoot cara-cara buat cake in jar ni nak tak??hmmm....saya ni ditanya nak ke tidak???menggeletis laa saya kata nakkkkk... nampak sangat kau gelojoh fiza 

Then,kak Rohana kata nanti kita shoot lepas raya...melompat-lompat saya seronok depan mak saya.well,eksaited kan...

Lepas je raya,saya pon terlupa tentang tawaran tu.sampai la da habis bulan raya,tetiba pakcik saya kata kawan dia nak datang shoot cake in jar.tapi tak sure minggu depan atau minggu lagi satu.saya tersengih-sengih balik ler...pakcik saya kata jangan main-main,karang da masuk paper,tak menang tangan dibuatnya pulak..huhuuu

Minggu seterusnya,pagi tu pakcik saya bertolak pergi ke Hong Kong,tetiba dia mesej mak saya.katanya lupa nak bagitau,Selasa ni kawan dia nak datang untuk shoot cake in jar tu...maknanya time cuti deepavali la.so,pakcik saya suruh kemas elok-elok "opis" saya tu.yang eksaited nya sekarang ni ialah adik saya.ika.dia kata dia nak enterframe jugak nanti...yelaaaaa....

Tiba hari nya,kak Rohana pon datang ke Restoran Ubi Kayu USJ dan terus menuju ke "opis" saya....darah gemuruh saya menjadi-jadi.lagi pulak dia bawak jurugambar yang hensem kemain lagi...uishhhh.....tapi stock anak ikan je ye...sebab muda sangat 

Masa shoot tuu memang saya menggelabah gila.ika pulak dok tengok dari dapur,sebab time tu dia tengah masak.bila saya ke dapur tak habis-habis dia memberontak lahh sangattt.... sebab saya tak bawak dia enterframe.saya suruh dia mekap je siap-siap.last nanti dia amek gambar ngan kek.

Disebabkan saya ni tak mekap,comot bagai,masa last tu saya suruh jurugambar tu shoot gambar ika dengan kek.saya bagi detail nombor telefon saya dan ika,dan jugak url facebook cake in jar kami...dan hasilnya taraaaa........



See...inilah yang dinamakan lembu punya susu sapi jugaa dapat nama dan gambar!hahaa......dapat masuk gambar jari jemari ai buat keje pon jadik ler kan...

Btw,saya tak kisah pasal gambar.bagi saya syukur sangat-sangat sebab branding kami dapat meraih sedikit populariti....hehee....sampaikan stock botol saya dah kehabisan.

So,pada yang nak dapatkan cake in jar (Jarlicious) boleh la datang ke Restoran Ubi Kayu USJ ye ye...kalau takde tu maknanya habis lah tuu....tapi akan di restock balik oke....


Sekian,mekasehhh....


Friday, July 20, 2012

BIRTHDAY CELEBRATION YANG AWAL SEMINGGU

Assalammualaikum

Sehari sebelum Ramadhan bermula,saya,Anne,kak Amy dan kak Anny keluar shopping barang-barang untuk homestay kak Amy di Aeon Bukit Indah.sebelum shopping kami mengisi perot yang kosong di BBQ Chicken.

First time makan kat sini,oke la,not bad jugak makanan dia.rambang mata jugak nak memilih.macam selalu pilihan saya dan Anne mesti sama,so kami akan pilih hidangan yang lain-lain,boleh rasa-rasa kan...




Saya pilih chicken grilled burger dan coleslow,Anne pulak chicken meat loaf fettucine dan mashed potato.yummyyy.....kak Anny makan vegetarian spagheti,dan kak Amy pulak chicken crisp fettucine.wowweeee....semua selera western gitu.

Lepas dah order makan,baru laa saya tau,rupanya makan-makan ni adalah sebagai birthday celebration saya yang awal seminggu.sebab birthday saya jatuh bulan puasa,dan jugak masa tuu saya ada kat kl.kira ini untuk farewell jugak laa....kebetulan jugak birthday kak Anny lagi berapa hari je lagi...so sama-sama la punya celebration la ni.



Seronoknya bila ada orang belanja makan best-best kan....terima kasih sangat-sangat kat kak Amy yang berbaju merah tuu.saya sayang kak Amy,banyak tolong saya....hmmmm

wajah-wajah happy....!!!

Lepas shopping sampai penuh 2 troli,kami singgah pulak di Baskin Robin.wahhhh....ni betul-betul feberet saya!kitorang kalau dalam perjalanan ke KL mesti singgah Machap makan aiskrim BR ni.kira feberet saya,Anne dan kak Amy jugak laa....


See.....kemain lagi saya kan.memang begitu lah saya bila dapat aiskrim BR ni...

ini lah teman-teman saya.....




Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada kak Amy yang berbelanja sakan untuk saya,Anne dan kak Anny....Ailebiu lahhh sangat-sangat!!!



Hmm,sekian tuu saja.selamat menunaikan ibadah puasa!

Harap-harap dapat puasa penuh lagi tahun ni.macam ada harapan je.dan jugak dapat khatam Al-Quran sebulan ni.




Thursday, July 19, 2012

BUFFET RAMADHAN @RESTORAN UBI KAYU USJ9



Seperti yang di janjikan...meh saya cerita serba sebanyak tentang buffet Ramadhan tahun ni.

Buffet Ramadhan hanya akan ada di Restoran Ubi Kayu USJ9.(alamat penuh lihat di flyers kat atas tuu).kami terpaksa menutup perniagaan di Taman Universiti,JB untuk menumpukan sepenuh perhatian jiwa dan raga kami di USJ9.

Kami akan memulakan perniagaan pada 6 Ramadhan / 26hb Julai 2012.tapi anda boleh membuat tempahan dari sekarang.

Kami menghidangkan masakan melayu dan ada sikit-sikit barat.Setiap hari ada hidangan nasi seperti nasi beriani,nasi tomato,nasi minyak,nasi jagung,nasi dagang dan macam-macam lagi yang akan bertukar.begitu juga mee,ada mee jawa,laksa penang,laksa johor,mee kari,mee udang,mee sup.ianya juga akan bertukar mengikut hari.





Selain daripada sajian utama,kami juga menyediakan satu sudut untuk anda menikmati stimbot dan bbq (ayam bakar/ikan bakar/sosej/makanan laut/daging dll).chicken chop,sandwich,spagheti juga ada.


Antara hidangan minuman yang ada ialah laicikang,fruit punch,cincau,selasih,bandung soda dan pelbagai lagi minuman penyegar.Pencuci mulut pula seperti sagoo gula melaka,fruit cocktail,aneka puding,bubur sumsum,kuih muih melayu dan juga aneka bubur (bubur jagung/bubur pulut hitam/bubur chacha dll)

Restoran kami berhampiran dengan masjid,jadi anda tidak perlu risau tempat untuk solat.selain daripada buffet,kami turut menjual lauk pauk dari pukul4 petang sehingga pukul6 petang.ada juga kuih raya dan cake in jar.

Oke,nanti saya update lagi ye.hmmm,nantikan surat khabar Utusan Malaysia yang akan buat review buffet kami juga.

Terima kasih dan selamat berpuasa.puasa tau jangan tak puasa.Allah nampak.

;)





BUFFET-ni baru intro ye


Assalammualaikum,
Maaf lah terlambat nak update tentang buffet Ramadhan.saya tengok kat feedjit ramai yang search buffet Ramadhan.saya ada dapat beberapa e-mail,mesej (fesbuk/blog) yang bertanya kan tentang buffet kami.ada beberapa blogger yang nak buat review.alhamdulillah,terima kasih sebab sudi tolong promosi.

Ini adalah tahun ke-3 pengalaman saya mengendalikan buffet di restoran,dan kali pertama di USJ.seyesli,pada tahun pertama tu rasa macam tak confident sangat.orang kata percubaan berani mati la.mana taknya,di kawasan yang tak berapa nak bandar (tmn universiti,jb).tapi pengalaman bekerja di beberapa hotel membuatkan semangat saya membuak2 nak buat.idea ni berebut-rebut nak keluar.masa tuu boleh dikata di kawasan saya ni tak de lagi restoran yang berani nak buat buffet ni.mungkin orang taknak membazir kan.lain lah restoran besar-besar yang dah ada nama.

Saya tetap dengan semangat nak buat buffet,family saya pon sokong.dengan kerjasama cikgu zarina dan suaminya cikgu Khai,mereka tolong kami buat banner,siap tolong design dan hantar pada kenalan mereka untuk di proses.

So,berbekalkan promosi banner yang kami pasang di simpang traffic light tmn universiti (secara halal tau...melalui southern ads.jangan main pakai tampal cara 'haram',nanti tak lama laa banner tuu kat situ) Alhamdulillah,hari pertama puasa dah ada orang call nak booking,tapi kami belum beroperasi.hari kedua adalah dalam 2 family.walaupon takde untung lagi,tapi adalah jugak rejeki tuu kan.hari ketiga puasa ada 1 meja je customer.hari seterusnya???hmmm...takde customer langsung.cuma kami dan pekerja je yang makan.ayah saya kata kalau esok macam ni lagi tutup je lah,cuti bulan puasa ni.tapi mungkin rejeki kami masih ada,keesokan hari,start dari pukul 9pagi,telefon saya dan kakak asik berbunyi je.ehh,ramai pulak yang nak booking???dan bermula hari tuu,alhamdulillah kami tak putus-putus terima booking,sampaikan kami terpaksa tolak beberapa tempahan yang dibuat last minit.yang peleknya,customer saya ramai yang dari singapore???eh,macammana diorang boleh baca banner yang kami tampal kat tmn universiti ni je?

Rupa-rupanya,baru saya tau yang diorang search kat google.ada beberapa blogger yang dah buat review atau tolong iklankan.yelahh..masa tuu saya ni baru-baru berjinak dengan dunia blog,so tak tau apa-apa pon.well,kalau takde blog yang review tempat makan yang serve buffet ni mungkin slow sikit kot bisnes.terima kasih la ye saling tolong menolong?heheee...

Oh ye,kali ni buffet cuma ada di restoran ubi kayu cawangan USJ9 je.nantikan update seterusnya...


Hmmm,flyers tuu simple sangat kan...??huhuu....maap la ye,saya ni tak pandai nak design-design bagai ni.terima je la seadanya ye ye....

Wednesday, July 11, 2012

KARNIVAL KECERGASAN-dan pemenangnya ialah....

Acara penutup untuk karnival kecergasan ni berlangsung dengan sangat meriah.lagi-lagi dengan penuhnya budak-budak sekolah yang masuk pertandingan J-robic.danjuga dengan keletah Joey (pelakon/suami Watie Elite ye) yang asik mengusik para hadirin.

Sebelum pengumuman keputusan,ada persembahan skipping,hip hop dan juga aeobic/stepboard.

persembahan dari team kami

oke lah,ini adalah keputusan untuk team kami

Juara bagi kategori aerobic...!!!



Team fitball kami dapat no.2...welll,oke la kan.first time tau kami bertanding kategori fitball ni.so,dapat 2nd prize pon da bersyukur.yang menang tempat pertama tuu memang layak dan tak di nafi kan lagi mereka adalah terbaek.



Team stepboard kami dapat no.3....InsyaAllah lain kali kami akan cuba yang lebih baik.



Kami memang sangat berterima kasih pada kak Zana yang tak jemu-jemu train kami dan jugak anaknya Syasya (Sihat Cergas Gym).jauh tuu datang dari Senai untuk train 3 team kami.terima kasih pada kak Lynda (Grace Fitness) yang sudi bergabung dengan kami.kak Honey dan kak Betty (I-Sha Aerobic Centre) yang datang jauh dari Kulai untuk training bersama kami.dan paling tak lupa kak Azy yang bersengkang mata untuk edit lagu untuk 3 team ni...hengat sssenanggg keh nak hedit lagu ni..!

Well,gambar ni adalah terbaekkk...kenangan yang sangat indah untuk team kita...!!! 






Seminggu tido pakai medal ooiiii....



oh yee....kredit gambar pada kak Wawa,kak Betty,Ety,kak Norlida,Anne dll.sory,wa tade kamera dah.copy je dari korang...huhuuu



tammat









klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...