jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Tuesday, April 5, 2011

ABPBH 2010


Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah pon berlalu.seronoknya sy macam la sy yg menang anugerah tu...huhuuu...bukan apa,kebanyakkan artis2 yg menang tu adalah yg sy harap2kan sangat.sebelum tu meh kita tengok keputusan malam yg sangat la meriahnya...

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR`10
Shaheizy Sam bopren sy ye...


ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Datuk Rosnani Jamil

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam ehem....nak sy mention lagi ke?

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Lisa Surihani

cantek gila dia ni....kalau la muka sy cam dia...huh!

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha


PENYANYI LELAKI POPULAR
Faizal Tahir


PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna


PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Hj.Nawawi

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

PENYANYI BERKUMPULAN/DUO POPULAR
6ixth Sense


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan


ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Norkhiriah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

ARTIS NASYID POPULAR
Rabbani 

Begitu lah keputusannya....antara pemenang yg sangat3 sy puas hati ialah 6ixth Sense.memang menjerit kegembiraan sy.Adi nampak macam da kurus balik kn?cara dia cakap pon da kurang slang Indonesia.hensem beb dia....

Masa Fasha Sandha menang lagi sy jerit!fuh,dapat balik dia menang anugerah pelakon tv wanita popular,yg sebelum ni dimenangi Tiz Zaqyah.ternyata la Fasha Sandha ni masih ada peminat lagi,walaupon banyak sangat kontroversi.bagi saya Fasha Sandha ni memang sangat berbakat.sy suka tengok dia berlakon.harap2 dia boleh kurangkan kontroversi demi peminat2 yg masih menyokong dia antaranya sy la...

Lisa Surihani pulak.....peh.....bila la sy nak dapat bentuk badan dan bentuk muka macam dia ek?huhuuu....memang tade harapan la.seyes,dia sangat3 cantik!makin dewasa makin cantik pulak dia.sumpah sy suka dia sebab dia cantik!lakonan pulak makin bagus,kalau nak dibandingkan masa mula2 dia berlakon dulu.

Yuna.kalau Siti Shafiza eh,Siti Nurhaliza tak tarik diri memang dia tak dapat la.tapi,memang tiap tahun sy harap orang lain akan memang.tahniah la pada Yuna.vocal dia memang mantap.sy sangat suka dengar dia nyanyi live daripada dengar kat radio.

Zizan!yes!memang sy harap antara dia dengan Johan je yang boleh menang.daripada diorang kat Raja Lawak lagi memang sy harap sangat.masa Raja Lawak musim pertama,sy frust sangat sebab diorang kalah.tapi ABPBH kali ni betul2 mengubat kekecewaan sy,sebab Zizan berjaya mengalahkan Nabil!ye...dulu sy sangat minat pada Nabil,tapi kontroversi dia tu buat sy da tak minat kat dia.eh,nape Fasha Sandha yg banyak kontroversi boleh sy minat,Nabil pulak sy da tak minat?hmmm...sebab karier Fasha Sandha seiring dengan kontroversi.Nabil?makin jatuh je....tp sy tak nafi kan,Nabil memang ada aura lawak.sebabnya dalam Maharaja Lawak,kekuatan lawak Nabil masih tak hilang!sy harap Nabil boleh kembalikan diri dia sebenar,dan lebih hargai peminat.

Pak Nil pulak,memang sy rasa takde sape lagi boleh challenge!dan sy rasa dia masih layak untuk terima anugerah pengacara lelaki popular.sy suka sangat masa dia bagi ucapan tentang pakaian dia yg direka oleh Hatta Dolmat.idea Pak Nil tak pernah kering untuk hiburkan peminat.

Dan yg paling buat sy terlompat kegembiraan dan menjerit sampai kering tekak ialah kemenangan Shaheizy Sam!seperti mana yg ramai dah duga Sam memang layak terima anugerah bintang paling popular.walaupon Sam kata kalau Datuk Siti Nurhaliza tak tarik diri dia tak kan menang anugerah ni,tapi sy rasa Sam memang akan menang walaupon Datuk Siti tak tarik diri.sebab sepanjang tahun 2010 populariti Sam melonjak naik sejak filem Adnan Sempit dan Ngangkung catat kutipan box office.Sam berjaya pelbagai kan cara pembawaan watak.tengoklah cara cakap dia dalam Adnan Sempit yg dah mendatangkan fenomena "der".dalam Ngangkung cara cakap dia pon lain.sy percaya,bila filem Langsi nanti keluar,loghat Kelate akan popular pulak,sebab lakonan Sam akan memberi kesan pada seluruh Malaya!sy berharap sangat Sam takkan ada kontroversi macam orang lain,sebab Sam dah berjaya menang tanpa ada kontroversi.dan harap sangat Sam akan terus menghargai peminat2 dia,antaranya ialah sy....huhuu...

Tentang pengacara pulak,memang sesuai sangatlah gandingan Raja Azura,Sharifah Shahirah dan jugak Zizan.rasanya paling best Zizan la.sebab dia ada idea lawak tersendiri.ditambah pulak saat untuk pengumuman bintang paling popular,dengan kehadiran Usop Wilcha dan Johan.memang meriah gila.pastu Sam dan emaknya yg memang happy dan meriah jugak atas pentas.


Secara puratanya sy sangat berpuas hati dengan ABPBH `10 kali ni.tahniah sekali lagi pada semua pemenang.especially pd bopren sy iaitu Sam....huhuuu...

sayang....jom kita jalan2 dengan keta baru u.....awww...i luv u Sam!!!!
over la kau fiza....

p/s sumber gambar dari google






4 comments:

  1. memang agak over...huhhu.. sayang nyer, xdapat tengok last scene abpbh coz dah melayang ke paris.. ^___^

    ReplyDelete
  2. hahahaa......klo bab Sam memang agak over...

    ReplyDelete
  3. huuuu..tak abeh2 sam bofren dia..mention la nama sy skali..kita kan share diaT_______T

    ReplyDelete
  4. no no noooo.....mak tak rela bermadu oke!

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...