jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Monday, May 30, 2011

cerita perjalanan ke Putrajaya

Aktiviti untuk minggu kedua di bulan May-Zumba di Putrajaya

kami memulakan perjalanan ke KL pada pukul 8.30malam.kak Shima driver yg malatop menjemput saya di depan kedai saya.masa tunggu kak Shima tu,saya dok terpikir,menatang ape yang kak Shima bawak untuk angkut 8 orang wanita-wanita dan gadis gadis sorang je,saya la tuu...huu . harap-harap jangan la dia bawak van skolah..sebab esok nak parking kat hotel.nak pakai vouge de vas,takkan nak naik van skolah kot kan?heheee....tapi bila dipikir balik kak Shima pon nak melaram gak,so mesti dia takkan jatuhkan standard dia dengan membawa van skolah ke hotel kan?

persoalan saya terjawab jugak bila kak Shima bersama incik suami dan jugak adik-adiknya tiba. cewahhh...adik-adik konon.padahal anak-anak.... so,inilah menatang yang kak Shima bawak...

HYUANDAI STAREX ye.....

lepas amek saya,kami menuju ke rumah Anne pulak.bila tiba rumah Anne,sang suami dengan penuh kasih sayang mengangkat la beg-beg sang isteri yang macam nak lari dari rumah tu.padahal pegi sehari je!beg macam nak dok KL setahun...huhuuuuu....

oke,lepas tu kami terus menuju ke port perjumpaan iaitu Mc`Donald Skudai.kat sana,semua sudah menanti di temani sang-sang suami dan anak-anak-anak-anak....hahaaaa...kat sini boleh tengok drama dua babak.iaitu scene di mana sang suami mengangkat beg-beg sang isteri,beserta peluk cium nya.... haishhh...nape la aku je yang xde suami.huhuu...memang la xde suami kalau tak kawen lagi Shafiza oiii... oh ye,tak lupa jugak scene di mana si anak tidak mahu melepaskan ibunya pergi.huaaaa......menangis sepenuh hati anak kak Azy!macam da tak jumpa lagi...huhuuuu....nama pon dak kecik kan.kalau anak aku nanti tak tau la ghupenyee camne.

tanpa melengahkan masa,saya,Anne,kak Azy,kak Zahrah,kak Yanti,kak Wati,kak Nora dan kak Shima berangkat ke KL melalui lebuhraya Utara-Selatan.heheee....niat dalam hati sebenarnya nak membuta,sebab tu saya dan Anne amek port belakang sekali,bersama kak Yanti.sebab kak Shima ada cakap,dia boleh drive sorang diri ke KL,tapi dengan syarat takde sape pon makhluk dalam kete tu boleh tido!huhuuu...kejam betul.dia cakap dia akan buat program Mari Karaoke Didalam Starex.....hehee....

seyes!kak Shima tak main-main.lepas je dari tol Skudai,terus dia hidupkan sistem karaoke dia...huhuuu....jadi,terpaksa la kami melayan lagu-lagu yang dikeudarakan....huaaa....dari lagu XPDC,BPR,Ella,Wann,Amelina,Mas Idayu,sume kami bedal...menyanyi dengan sepenuh hati,demi menjaga hati kak Shima....heheee....

sampaikan saya yang memang da serak-serak basah akibat batuk terus jadi serak-serak kering!takde suara dah!huh.....gila lah....Anne pon sama gak...ingat dia tak tau lagu-lagu rock+jiwang+kapak ni,rupa-rupanya dia pon belasah jugak...

kami singgah di Machap untuk makan lewat tengah malam....hahaa....bedal capati dan pau,kami terus memecut kembali.dan menyambung tugasan karaoke kami.kak Azy macam biasa,ditugaskan untuk menukar CD dan lagu-lagu mengikut pilihan kami...heheee...nasib la kan sape yang dok sebelah driver...

dalam dok syok-syok karaoke rupanya kami dah pon tiba di tol Bangi.kak Wati tepon kawan dia,untuk bertanya arah ke homestay yang akan kami bermalam.nasib baik,tak jauh pon dari tol.saya tak ingat la nama Homestay tu...nak amek gamba dah malam sangat.

kami diberi homestay yang ada 4bilik.so,satu bilik untuk 2 orang la.saya cam biasa la,tak dapat dipisahkan dengan Anne.huhuuu...oh ye,homestay ni not bad jugak.sebab setiap bilik ada air-cond dan bilik air sendiri.dapur pon ada jugak,siap ada minibar lagi.dan jugak ada perkhidmatan wi-fi.sayangnya tak bawak laptop kan?huhuuu...kami juga diberi kek butterscotch oleh kawan kak Wati tu...wahhh...terima kasih bang ye.susah-susah je....kek tu betul-betul menggemukkan,tapi sedap....hehee....

bila sampai,kononnya kak Azy suruh tido awal,sebab esok nak kena bangun awal.tapi dia pegi buat spotcheck pulak malam-malam buta.huhuuu....sebab tema untuk esok ialah colourfull...so,baju,seluar,skirt,aksesori sume kena warna lain-lain dan jugak mesti menyerlah,kena ikot tema tau.bak kata kak Wati,kena jaga maruah kak Azy....heheee....koman-koman mesti kena ada sorang yang harusss menang bestdress...heheee...melampau.

kak Azy bergerak dari satu bilik ke satu bilik.dari bilik kak Nora+kak Wati,berganjak pulak ke bilik kak Shima+kak Yanti,diteruskan ke bilik saya+Anne dan di akhiri biliknya sendiri bersama kak Zahrah.hahaaa....kak Azy bertindak sebagai matchmaker kami...chewahhh...matchmaker pulak.bukan apa,kan ke tema warna-warni,so dia kena tanya anak-anak buah dia ni pakai apa.yang mana rasa tak sesuai,dia kasi ejas.kau pakai skirt dia,dia pakai seluar aku,aku pakai inner kau...dan sebagainya.camtu lah lebih kurangnya.oh ye,tali kasut pon sebelah kaler lain,sebelah kaler lain ye.so,masing-masing perlu bertukar-tukar tali kasut.dah le warna tali kasut terang benderang,rasanya 1km pon da bley nampak tali kasut saya yang berwarna oren+pink.huhuuu....

so,lepas deal baju apa nak pakai esok,kami kembali ke bilik masing-masing untuk beradu.sempat jugak saya melayan sinetron Tasbih Cinta yang mana watak-wataknya adalah bodoh-bodoh belaka...hahaaa...seyes saya nyampah tengok cerita tu.lagu je yang best.tapi lagu dia kena kat batang idong saya sendiri la pulak.huhuu...

oke-oke....tido-tido!esok nak bangun awal untuk mekap tebal-tebal!huhuuu....


to be continue....

No comments:

Post a Comment

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...