jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, May 19, 2011

MARGUERITA LATIN KARNIVAL

oke,saya tau saya da lama tak update entri baru,sebab bulan May adalah bulan yang teramat busy bagi saya.setiap weekend ada je program aerobic.bermula dari 7hb-Marguerita Latin Karnival di Flamingo Ampang.8hb pulak -Marguerithon di Candi Soo Fitness Taman Melawati.minggu seterusnya pula 14hb-Zumba Fitness And Dance Marathon di Putrajaya.Minggu ni pulak 21hb-Aerobicthon Challenge Versatile di Pasir Gudang.

hah,busy tak?macam artis plak rasanya.....huhuuu....terperasan kejap :P 

jadi,entri saya hari ni nak cerita sikit pengalaman saya yang da lapuk tu.huhuuu.....

perjalanan saya,Anne,kak Zahrah,kak Azy dan kak Amy bermula lebih kurang pukul 11 pagi.dengan menaiki Alza yang dipandu kak Amy,kami singgah kejap kat Burger King sebelum tol Skudai.heheee....kak Azy kata takpe,kita belasah makan puas-puas,sampai KL nanti kita bakar kalori yang ada habis-habisan dengan Latin.apa lagi,bedal je la.sambil makan sambil rancak bersembang.plan nak tido tak jadi,sebab kitorang sembang tak ingat dunia.dengan gelak sakan lagi.

tanpa sedar,kami da hampir memasuki zon KL.masing-masing baru kalut nak pasang GPS.tapi entah kenapa problem muncul kat handset mahal masing-masing tu.sampai kitorang terlepas exit yang sepatutnya.sudahnya berpusing-pusing kami kat situ.nasib baik GPS Anne berfungsi jua akhirnya.kami dengan confident nya follow je arahan GPS tu.tapi,lama kelamaan kami mula sangsi,sebab jalan tu macam menghala ke KLIA.bila cek balik alamat yang nak di tuju,da memang betul.rupa-rupanya GPS tu bagi jalan lama.mana tak risau,sebab jalan tu macam jalan padang jarak padang terkukur.bila da yakin ngan jalan yang diberi,masalah kami seterusnya ialah minyak kete da sampai tahap kritikal!sampaikan estimate KM da ke tahap zero!stesen minyak plak satu pon tak nampak.kak Azy da mula risau.mata masing-masing dok meliar kot-kot ada nampak tanda stesen minyak.tengok jam pulak dah sah-sah la lambat untuk sampai kat Flamingo.disebabkan kami taknak kena tolak kete,kami decide untuk masuk ke Putrajaya untuk isi minyak.dan setelah setle,kami dengan muka tak bersalah,meneruskan perjalanan ke Flamingo,walaupon kami memang da jauh ketinggalan untuk acara tu.dalam kete boleh lagi kami bergelak ketawa,dan apabila hampir tiba ke lokasi,kami memulakan operasi menconteng muka dengan alat-alat solek....heheee...mana taknya,muka da serabot sangat.

kami tiba jua di hotel Flamingo Ampang.nasib baik saya da booking bilik awal-awal lagi.lepas je menguruskan proses check in,kami terus meluru masuk ke bilik dan menyalin pakaian.sebelum tu sempat lagi kami mengintai acara yang sedang berlangsung.nampak macam meriah je.timbul perasaan excited nak join....heheee....tapi takde plak perasaan bersalah sebab lambat lebih 2jam.well,biasa la,artis memang datang lambat pon....huhuuu.....melampau!

setelah bersiap ala-ala artis,dengan baju meghelip-ghelip dan terjuntai-juntai bling-bling,kami menuju ke hall yang berlangsungnya acara Marguerita Latin Karnival.sungguh meriah suasana dalam tu.ternampak la kelibat-kelibat kak Ram,kak Hani yang tengah seronok berdansa.kak Azy terus meluru ke tepi pentas,saya pon follow jugak.heheee.....bila tengok orang lain,sume da basah dengan peluh.kami je baru nak warm up.

kat tepi tuu la kami terselit...heheee

ini lah Candi Soo


mr.Coco Sequeiros

mr.Marguerita n ms.Marguerita
-datang lambat pon dapat award ms.Marguerita ye.itu lah cekgu saya,kak Azy,heheee...-

ok,cuma ni je gamba yang saya ada.so far,event ni memang best,terasa sayang plak sebab datang lambat.kalau tak,mesti lagi terasa kemeriahannya.ditambah plak dengan choreographer,Candi Soo yang memang amazing!sangat-sangat kagum dengan energy yang dia ada.sebelum balik pon sempat lagi bersembang dengan dia.ternyata Candi Soo ni seorang yang peramah.tak lokek untuk berkongsi ilmu.oh ye,persembahan daripada freelancer yang lain pon memang best.daripada hiphop hingga ke bolly dance,semuanya memang best.

p/s esok ke studio Candi Soo Fitness






2 comments:

  1. Salam. singgah sini baca entri~ Nice blog :)
    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...