jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Sunday, March 11, 2012

KENDURITHON

Apa yang agak pelek benor bunyi kendurithon tuu...selalu marathon ngan aerobikthon biasa la dengar.ni tak...kendurithon plak.oke lah,ianya adalah kerana sikap malas yang beraja dalam hati.buat entri untuk dua majlis perkahwinan dalam satu entri.hehee....tak salahkan?lagipon majlis perkahwinan ni berlangsung pada hari yang sama.dan apa yang menariknya ianya adalah entri terawal,sebab majlis-majlis ni berlangsung siang tadi..huhuuu....takde simpan dalam draft pon.direct terus post.

oke,majlis yang pertamanya adalah majlis persandingan Anuar dan isterinya,Azlina.berlangsung di tingkat 7,bangunan Tabung Haji,Jalan Ayer Molek,JB.rasanya ni first time pergi wedding yang kena naik sampai tingkat 7,tu yang nak pergi sangat tu.huhuhuuu.....

Anuar ni adalah seorang pemilik kedai runcit yang berjaya.kasi up sikit pengantin.kedai runcitnya terletak di pasar Taman Universiti.saya memang selalu beli barang ngan abang ni.senang,sambil beli barang sambil bergurau senda,tapi pasni tak boleh dah.sebab dia dah kahwin.huhuu...oit oit,bukan bergurau senda mengada-ngada tau.tapi biasalah,saya kan peramah. :p pekerja-pekerja dia yang dulu la memang suka bergurau senda.lagipon, senang,beli barang banyak-banyak,diorang tolong angkatkan.mak saya pon dah lama amek barang ngan diorang ni.dari kitorang berniaga secara kecil-kecilan lagi.

gambar kat wedding ni tak dapat amek banyak.yang pasti saya suka pelamin dia.kaler tema ungu.


siap ada pemain angklung lagi...

sambil makan,tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian oleh seorang penyanyi lelaki.ayah saya kata penyanyi tu biasa masuk AF,tapi tak lama.saya pulak cakap "ye ye aje ayah ni..."

kami tak tunggu lama,lepas jumpa Harry,adik Anuar,kami terus balik.sebab ada kenduri lagi pasni.tak sempat nak tunggu pengantin bersanding.masa masuk dalam lift,ada satu family bersama kami tu dok sembang pasal penyanyi tadi.diorang pon kata penyanyi tu biasa masuk AF,suara patut la sedap.tapi takde rezeki dia kot.

next wedding pula di dewan Taman Perling.pengantinnya ialah seorang rakan blogger,juga jiran kedai saya.err...senang cerita dia ni kerja di Bank Rakyat depan kedai saya.customer saya la tu.iaitu intan baizura dan pasangannya Yusof.ini adalah staff kedua bank rakyat yang kami hadir majlis perkahwinan.

kaler tema intan ialah pink....wowww...i like pink.


mentang2 kamera abg lg besar dari kamera sy.abg block sy ek.

tuu diaa kek diaa....


dengan ini saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan Anuar & Azlina dan juga Intan & Yusof.semoga kekal ke akhir hayat.dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.aminnn...

*sebulan ni memang makan nasik minyak la.minggu lepas sepupu,minggu ni,minggu depan ada lagi,customer saya jugak.minggu lagi satu pon ada lagi.pelek jugak.sebab ayah saya cukup liat nak bawak pergi majlis kahwin.tapi bagi saya,kalau orang tu datang kat saya dan bagi kad undangan,insyaallah saya hadir.bukan apa,sekarang ni orang cuma tag dan invite kat fesbuk je.alhamdulillah,rasa sangat dihargai bila kawan-kawan sanggup datang jumpa saya kat kedai semata-mata untuk bagi kad.peringatan juga pada diri sendiri,yang saya akan hantar kad undangan untuk menjemput kawan-kawan bila saya nak kahwin nanti.cuma masa nya belum tau lagi.doakanlah yang terbaik untuk saya juga.oke.bukan apa,asik dok tulis entri pasal wedding orang,wedding saya tak tau lagi.hahahaaaa....


dalam dok tak tau lagi bila nak kahwin tu,otak ni da ligat berputar.asik cakap kat mama,nanti aza kahwin,aza nak buat kat sini,nak macam ni,nak macam tu....tapi mama cakap lambat lagi la nampaknya...huhuhuuuu







3 comments:

  1. hye hye kak..
    lamanyer rasa tak ber BW ke sini..
    tak sangka ada entry pasal saya..
    hehhe.. BTW, tenkiew for attending our wedding.
    Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga doa akk dimakbulkan Allah s.w.t.

    tapi kan, kelakar seyh title entry akk tu..tergelak jugak memula..hehhe

    ReplyDelete
  2. huhuhuuuuu.....
    tq sbb menjemput kami ke kenduri.lupa nak tulis,mee rebus kt kenduri intan tuu sedap la....

    heheeee...

    ReplyDelete
  3. sedap yer? tu fully sponsored by makcik saya..
    ^_^
    kalaw nak order, boleh lar order nanti..hehhe

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...