jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Friday, November 25, 2011

DOA BUAT IBU BAPA

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Thursday, November 24, 2011

SHAFIZA BERAKSI DI LAYAR PERAK



Perghhh...bunyi macam diva popular la kan???Shafiza nak berlakon filem?pengarah mana yang rabun tu,yang berani mempertaruhkan filem mereka dengan mengambil Shafiza sebagai pelakon?Chewahhh....berlakon tak semestinya pegang watak utama kan?mungkin watak pembantu ataupon extra kan?tetap namanya pelakon kan?walaupon cuma sekadar berdiri sebagai tiang kat belakang.janji ada shoot,masuk dalam filem/drama kan...heheheee...taknak mengalah jugak kau Shafiza....

Okey,gini lah....tak payah buat press conference,saya mengaku bahawa saya telah membintangi sebuah filem.What...?????OMG.....Are U Serious babe???ye...saya serious.tapi sekadar extra.tak perlu script,tak perlu buat research untuk mendalami watak.sebab saya cuma extra yang kejenye tepuk-tepuk tangan je.....heheheeee...

Pada tarikh ehem ehem,Persatuan J-robik Kulai telah menerima pelawaan untuk menjadi extra bagi sebuah filem bertajuk Sepah The Movie.dah namanya Sepah The Movie,harusss lah kumpulan Sepah pon ada kan?ye,termasuklah Mamat.dan jugak Pok Yus...yup,Yus kumpulan Jambu tu...yang juara Raja Lawak musim pertama tu....bertempat di Yayasan Warisan Johor.

Masa mula-mula cikgu Elly cakap tu,of course kitorang excited.dengan nak pikir nak pakai baju apa pulak.kang pakai glemer-glemer mengalahkan artis plak.tak pasal-pasal kena halau dari lokasi.heheee...

Ketibaan kami di lokasi telah di alu-alukan oleh seorang akak produksi tu.risau gak mula-mula sampai tu.takut kalau-kalau orang produksi ni kerek-kerek kan?tapi Alhamdulillah,sampai je terus suruh kitorang makan.katanya nanti lapar pulak time shooting.pastu di suruh bagi nama penuh dengan nombor telefon.nak jugak tanya,agak-agak nama kita akan di senaraikan tak masa penghujung cerita tu?heheheee....takkan nak tanya kan...



Kami semua di beri serba sedikit taklimat tentang scene yang akan kami lakonkan.iaitu babak di mana kami sebagai pelanggan dan penonton persembahan nyanyian oleh Pok Yus....sebuah rumah traditional di YWJ tu di ubahsuai menjadi warung milik Pok Yus.

Lambat jugak lah shooting ni nak bermula.sebab kru-kru produksi sibuk nak ubahsuai tempat tu.nak pasang itu lah,nak pasang ini lah....kelihatan jugak kumpulan Sepah dah get ready,termasuklah Siti Sarah yang sedia menemani suaminya.Kehulu kehilir dengan keadaan yang sarat mengandung.ish...takut jugak tengok keadaan dia camtu.tapi Siti Sarah steady je.

Akhirnya setelah menunggu dari pukul 8.30 malam,kami mula naik ke lokasi pada pukul 10malam...lagi sekali kami diberi taklimat oleh pengarah dan juga penolong pengarah.katanya,penggambaran ni akan ambil masa hingga lewat pagi!huh,gila...esok pagi-pagi nak keje lagi...so,pengarah kata,sape-sape yang rasanya tak boleh tunggu sampai lewat pagi tu hendaklah tarik diri awal-awal.takkan dalam filem nanti orang tengok makcik tu kejap ada kejap takde kan?saya tengok kak Ani,kak Izan dengan Anne steady je,so diorang nak stay la.saya pulak datang dengan diorang,kena lah jugak stay.lagipon bukan senang nak jadi extra kan??heheee....

Kami di arah bertepuk tangan dan bersuka ria melihat persembahan Pok Yus.padahal takde apa-apa persembahan pon kat depan kitorang tu.cuma yang ada penolong pengarah yang cuba membuat aksi supaya kami sentiasa ceria.katanya kami perlu ceria,suka,ketawa.dan riak wajah kami haruslah riak wajah pukul 8 bukan riak wajah pukul 10 okey??? :p



Setelah di ulang beberapa kali lagu yang bakal di nyanyi kan oleh Pok Yus,kamera pun bertukar angle.maknanya akan ada angle dari arah depan,kiri,kanan dan juga belakang.saya dan Anne mantain je mekap.sape-sape yang duduk depan asik kena touch up je muka.hehee....









Kami di beri rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Pok Yus.masa tu memang jam dah menunjuk ke angka pukul 12 malam.haishhh.....mengantuk jugak mata.tapi bila kami di hidangkan Domino`s Pizza oleh akak produksi tu,rasa segar balik mata.akak tu kata nanti akan ada burger,Domino`s tu pon Siti Sarah yang belanja.Terima kasih ye Siti Sarah......heheheee




Lepas makan,kami naik semula ke lokasi.hari sudah mula hujan.sejuk nya jangan kata la.memang la saya ada bawak jaket,tapi di sebabkan scene sebelum ni saya tak pakai jaket,so saya tak boleh pakai jaket...huhuuu...

Pok Yus akhirnya tiba juga.fuhhh....alhamdulillah....lagi sekali kami perlu bertepuk tangan walaupon tangan dah merah.huhuuuu....wajah pukul 2 pagi bertukar wajah dengan keletah kumpulan Sepah dan juga Pok Yus.paling best rasanya aksi Jepp.dia memang funny....





Pengambaran akhinya tamat lebih kurang pukul 2 lebih.itupon untuk babak kami.tapi untuk dancer dan Sepah masih ada.sekali lagi kami di beri makan sebelum balik.dan juga di beri bayaran.wahhh....keje tepuk tangan je pon dapat Rm50 tu...akak produksi tu kata filem ni akan di tayangkan dalam bulan 8 tahun depan.dia cakap lagi nanti datang lah tonton filem tu,support Sepah The Movie.gila tak pergi!harussss lah pergi kan...bukan senang muka kita dapat masuk pawagam.hahahaaa...saya cakap dengan Anne,nanti kita pergi tengok berdua,tapi beli tiket untuk 10 orang tau...support punye pasal.heheheee...korang pon support same lah.boleh tengok saya menepuk-nepuk tangan.hahahahaa....

Saya sampai rumah pukul 3pagi.huh....sebab ni la saya taknak jadi artis,sebab kena balik lewat kan? *tangan di dada mata ke atas :p


p/s duit Rm50 tu saya belanja mak saya makan Marrybrown.hasil pertama saya berlakon.huhuhuuuu....



p/s beberapa hari lepas tu saya dan Anne menghadiri majlis perkahwinan kenalan aerobik kami.anak Bandi Amuk.wahhh...sekarang kau bergaul dengan artis je kan Shafiza....









Sunday, October 16, 2011

Kisah si penjual tiket dan driver bas yang macam S***

Entri ini dituju khas kepada penjual tiket bas dan juga driver bas semalam.

Semalam adalah hari yang agak sibuk buat RUK.dalam masa yang sama saya harus ke Kl pada jam pukul 9.30 pagi.

Ye,saya akui saya terlambat untuk tiba di hentian Sri Putri.tapi lambat saya cuma dalam 2-3 minit je dari jadual yang ditetapkan.tapi,penjual tiket dan driver bas tu nak marah saya macam la saya lambat 15 minit!

Perempuan yang penjual tiket tu kata takkan la bas 9.30 saya kena datang 9.30? It just take 3 minit,so why diorang nak marah customer sampai macam tu?saya pon balas la balik.rasanya sesiapa yang naik bas dari Sri Putri pon malum ngan peel bas kat situ.biasanya bas akan tiba lewat setengah jam.saya sendiri pon da biasa ngan kelewatan bas kat situ.korang boleh refer ngan entri-entri lama saya,paling teruk masa saya nak pegi Langkawi,punya lambat bas.so far saya tak pernah nak marah-marah si penjual tiket atau pon driver bas.tapi bila semalam diorang nak marah-marah saya sebab saya lambat 2 minit,itu sudah lebih.pastu dapat plak seat ntah hape-hape,memang saya bengang gile.nak kata jam saya tak betul,tak jugak,sebab jam dalam bas tu pon baru pukul 9.32 minit!

Lain kali kalau bas kat situ lambat memang mampus kau aku maki!tak kira la penjual tiket ke ataupon driver bas!

Thursday, October 13, 2011

Bertemu kembali

Assalamualaikum...

Lama rasanya saya tak update blog ni.bukan takde cerita baru,tapi banyak sangat.cuma masa agak mencemburui saya untuk berblogging...chewahhh...

Sebenarnya sejak pemergian nettbook merahnye makngah saya tu ke alam kedai komputer terpakai,saya takde alternatif lain untuk online.takde maknenya nak drive,cari parking semata-mata untuk online kat cc.dah la kat cc feberet saya tu da pakai tv plasma 32" kot...takde masa nak kira bape inci yang benor.ada ke screen monitor sebesar alam tu.abes satu cc nampak apa yang saya taip.maluu makk...

Jadi sekarang saya baru nak berjinak-jinak menggunakan tablet.jadi nampak agak gagap dan kayu sikit untuk menaip...huaaa...nampak benor rabun it...

Ok,sekian untuk hari ini.semoga bertemu lagi di lain hari...hehee

Monday, August 15, 2011

DOA MURAH REZEKI




Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.



sumber dari :

Friday, August 12, 2011

SERVICE MANICURE & PEDICURE



Buat gadis2,wanita2 di sekitar Taman Universiti,Skudai yang berminat untuk mendapatkan servis pedicure ataupon manicure di rumah sendiri sila lah hubungi di nombor yang tertera.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni cantikkan kuku tangan dan kaki anda.Ianya akan kelihatan kemas,bersih dan berkilau.

Servis ini merangkumi shaping,cutical remove,massage,buffing(shine)/colour,death skin remove (pedi),dan juga scrub (pedi).

Sebarang pertanyaan silalah hubungi di nombor berkenaan.

KELAS SOLEKAN CHANTEQ ANGGUN BERGAYA D AIDILFITRI



 KELAS SOLEKAN CHANTEQ ANGGUN BERGAYA D AIDILFITRI 

TARIKH : 14hb / 21hb / 28hb OGOS 2011
(boleh pilih tarikh anda)

MASA : 11am - 4pm

FEES : RM130

TEMPAT : A`SHA BEAUTE CORNER,MUTIARA RINI,JB

Sekiranya anda berminat sila SMS nama penuh dan nombor IC kepada :-

Pn.Sha @ 019-7213161
Pn.Nyta @ 014-6148609

*bawa 2 orang rakan,anda akan dapat free contact lense @ mini kryolan

*diskaun 10% untuk beli produk MAC original

*doorgift bernilai RM30

*sijil akan diberi



klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...