jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Sunday, March 11, 2012

KAWAN......

ini adalah entri kecewa + marah
saya tak tau saya ni jenis kawan yang macam mana sampai ada yang terasa hati dengan saya.saya tak tau sape yang salah,tapi bagi saya benda ni takde apa masalah sebenarnya.semuanya punca daripada Tutti Frutti.dimana saya telah update status "bertutti dengan ibu mengandung" -with nur raihan othman. check in Tutti frutti jusco taman universiti.

salah ke saya makan tutti frutti dengan anne?anne pon kawan saya.kawan baik saya.walaupon usia persahabatan kami tak sepanjang usia persahabatan saya dengan 'dia'.Anne kan tengah mengandung,due date dia pon dah dekat sangat.Anne teringin nak makan Tutti frutti yang baru bukak kat jusco taman u.kebetulan ada 20% diskaun.so,saya pergi rumah anne,tinggal motor kat situ dan telefon teksi datang amek kitorang.

saya tak sangka pulak 'dia' terasa saya tak ajak dia.oke.my mistakes.tapi besar sangat ke sampai 'dia' dan suami yang juga rapat ngan kami,comment kat status saya macam saya ni bukan kawan yang baik?pastu update status masing-masing tentang kawan yang cuma time untuk senang je.time susah takde.bila ada kawan baru,kawan lama dilupakan.saya tau diorang tuju kat saya?

memang saya tak balas apa yang diorang tulis.sebab saya taknak jadi gaduh.so,saya cuma diamkan diri.saya ingat bila saya diam masing-masing boleh cool down,walaupon hati saya memang panas dengan kata-kata diorang.beberapa hari lepas tu anne pon online,dia comment kat status tutti frutti ti.dia kata kak yanti pon nampak kitorang kat Jusco,tapi tak sempat nak tegur.oke.saya pon balas,"yeke?rindu kak yanti" tetiba dengan jarak yang berapa saat suami 'dia' comment jugak.katanya "kawan baik tengah sembang,sory kacau,tumpang lalu je".kalau korang,apa yang korang rasa?memang anne kawan baik saya.so,what???dia tu sape?ye,dia kawan.tapi belum tahap kawan baik.isteri dia,ye.kawan baik saya.memang saya masih declare dia kawan baik saya,walaupon dia dah sakitkan hati saya.kerana saya masih anggap dia kawan baik saya lah,saya tak balas semua kata-kata dia dan suami dia.diorang cakap,kawan yang baik takkan kecikkan hati kawan.sekarang ni sape yang sakitkan hati sape?ada saya balas semua kata-kata diorang/

saya dengan anne amek keputusan untuk tak layan.tak balas semua comment suami dia.tetiba suami dia ni update status kata "gampang la.komen aku taknak balas.komen orang lain balas.takot sebab ada buat salah la tu" sekarang ni sape yang rasa pedas?sape yang panas bontot?yang dia nak marah sampai gampangkan kitorang kenapa?sape yang buat salah?disebabkan saya masih hormatkan isteri dia sebagai kawan baik la saya masih tak balas apa-apa.kalau nak gaduh kat fesbuk itu bukan saya.lagi-lagi dengan kawan baik saya.for what??takkan saya nak balas suami dia,nanti isteri dia kecik hati dengan saya.tapi,sape yang cari pasal?

dia kata kenapa letakkan dia dalam keadaan yang merunsingkan?sape yang letakkan dia kat situ?saya tak letak pon.dia yang letak sendiri.bila dipikir balik,apa salah saya?sebab saya makan tutti frutti dengan anne tak ajak diorang?tapi,diorang pergi makan kat malawis tu ada ajak saya?kamon la,kita semua dah besar.takkan nak bergaduh macam budak sekolah?saya boleh terima dia dah kahwin,dah ada suami,tak boleh nak keluar berdua,bercerita hal perempuan sama-sama sangat lagi.saya pon boleh terima dia ada kawan-kawan yang lain.takkan dia tak boleh terima saya ada kawan baik yang lain?

dia kata saya tak ajak dia.tapi ada dia ajak saya?kalau kita keluar pon sape yang ajak sape dulu selalunya?bila saya ajak keluar kata belum gaji.oke.fine.saya faham.tapi banyak kali dah saya cakap "bila kau dapat gaji,kau roger2 aku.kita keluar." tapi bila dia dapat gaji ada dia ajak saya keluar?bukan saya tak pernah,sampai post kat wall dia ajak keluar.tapi senyap.oke,takpe.saya faham.saya tak pernah terasa.banyak kali jugak saya ajak diorang camping atau berkelah kat mana-mana.saya cakap,anytime bila ada duit,roger2 saya.tapi dah punya lama ada ajak saya?diorang boleh pergi jalan-jalan,berkelah dengan team-team kereta takpe?tak ajak saya jugak.tapi saya tak pernah kisah.tak pernah saya ungkit atau perli-perli diorang kat fesbuk.saya hormat diorang ada kawan-kawan yang lain.tapi takkan kerana makan tutti frutti kat taman u je pon diorang nak gaduh dengan saya?nak perli-perli saya?

diorang anggap saya kawan bila time susah je cari.bila time saya susah tu?bila saya frust,bergaduh dengan boyfriend,then cerita,luah masalah kat dia?habis tu,bila dia ada masalah,tak cerita kat saya?cerita jugak kan?tapi bila time diorang senang ada cari saya?time yang saya betul-betul susah,yang saya sangat-sangat tak boleh terima,saya tak cerita pada kawan-kawan.tapi kawan-kawan yang selalu datang jumpa saya,walaupon saya tak cerita diorang akan tau apa sebenarnya masalah saya.sebab tu saya sayangkan kawan-kawan yang ada.sebab diorang selalu datang jumpa saya kat kedai.tapi ada dia datang jumpa saya kat kedai?takde kan?

saya bukan nak mengungkit.tapi hati saya sangat sakit bila kawan baik buat macam ni.kalau saya buat salah besar,macam mengumpat belakang diorang,tikam diorang dari belakang,takpe lah.itu salah besar.tapi hanya kerana makan tutti frutti kat taman u,bukan pergi jalan-jalan,shopping,karaoke kat bandar,sampai nak perli-perli macam tu saya memang tak boleh terima

disebabkan saya masih hormat dan anggap dia kawan baik saya,saya tak balas semua comment diorang.sebab saya nak jaga hati dia.walaupon hati saya sakit.saya tulis kat sini pon sebab saya rasa blog ni bukan blog femes.blog ni lebih kepada diari,luahan hati saya.kalau dia baca,saya cuma nak dia tau,saya tak suka nak bergaduh depan orang ramai.dan saya nak dia tau apa pulak yang hati saya rasa bila dia buat macam tu.ingatlah,kita ada kehidupan masing-masing.jujur saya cakap,kawan baik saya ada banyak.mereka ialah cipina , nana , anne,azie dan dia.ada sebab kenapa saya declare mereka-mereka ini kawan baik saya.memang pada mulanya saya terasa bila kawan-kawan baik ni dah kahwin,dah takde ruang untuk kitorang macam dulu lagi.tapi saya faham.masing-masing ada suami.nanti bila saya ada suami pon saya harap kawan-kawan boleh terima keadaan.

saya mintak maaf kalau entri ni menyinggung perasaan sesiapa.

KENDURITHON

Apa yang agak pelek benor bunyi kendurithon tuu...selalu marathon ngan aerobikthon biasa la dengar.ni tak...kendurithon plak.oke lah,ianya adalah kerana sikap malas yang beraja dalam hati.buat entri untuk dua majlis perkahwinan dalam satu entri.hehee....tak salahkan?lagipon majlis perkahwinan ni berlangsung pada hari yang sama.dan apa yang menariknya ianya adalah entri terawal,sebab majlis-majlis ni berlangsung siang tadi..huhuuu....takde simpan dalam draft pon.direct terus post.

oke,majlis yang pertamanya adalah majlis persandingan Anuar dan isterinya,Azlina.berlangsung di tingkat 7,bangunan Tabung Haji,Jalan Ayer Molek,JB.rasanya ni first time pergi wedding yang kena naik sampai tingkat 7,tu yang nak pergi sangat tu.huhuhuuu.....

Anuar ni adalah seorang pemilik kedai runcit yang berjaya.kasi up sikit pengantin.kedai runcitnya terletak di pasar Taman Universiti.saya memang selalu beli barang ngan abang ni.senang,sambil beli barang sambil bergurau senda,tapi pasni tak boleh dah.sebab dia dah kahwin.huhuu...oit oit,bukan bergurau senda mengada-ngada tau.tapi biasalah,saya kan peramah. :p pekerja-pekerja dia yang dulu la memang suka bergurau senda.lagipon, senang,beli barang banyak-banyak,diorang tolong angkatkan.mak saya pon dah lama amek barang ngan diorang ni.dari kitorang berniaga secara kecil-kecilan lagi.

gambar kat wedding ni tak dapat amek banyak.yang pasti saya suka pelamin dia.kaler tema ungu.


siap ada pemain angklung lagi...

sambil makan,tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian oleh seorang penyanyi lelaki.ayah saya kata penyanyi tu biasa masuk AF,tapi tak lama.saya pulak cakap "ye ye aje ayah ni..."

kami tak tunggu lama,lepas jumpa Harry,adik Anuar,kami terus balik.sebab ada kenduri lagi pasni.tak sempat nak tunggu pengantin bersanding.masa masuk dalam lift,ada satu family bersama kami tu dok sembang pasal penyanyi tadi.diorang pon kata penyanyi tu biasa masuk AF,suara patut la sedap.tapi takde rezeki dia kot.

next wedding pula di dewan Taman Perling.pengantinnya ialah seorang rakan blogger,juga jiran kedai saya.err...senang cerita dia ni kerja di Bank Rakyat depan kedai saya.customer saya la tu.iaitu intan baizura dan pasangannya Yusof.ini adalah staff kedua bank rakyat yang kami hadir majlis perkahwinan.

kaler tema intan ialah pink....wowww...i like pink.


mentang2 kamera abg lg besar dari kamera sy.abg block sy ek.

tuu diaa kek diaa....


dengan ini saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan Anuar & Azlina dan juga Intan & Yusof.semoga kekal ke akhir hayat.dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.aminnn...

*sebulan ni memang makan nasik minyak la.minggu lepas sepupu,minggu ni,minggu depan ada lagi,customer saya jugak.minggu lagi satu pon ada lagi.pelek jugak.sebab ayah saya cukup liat nak bawak pergi majlis kahwin.tapi bagi saya,kalau orang tu datang kat saya dan bagi kad undangan,insyaallah saya hadir.bukan apa,sekarang ni orang cuma tag dan invite kat fesbuk je.alhamdulillah,rasa sangat dihargai bila kawan-kawan sanggup datang jumpa saya kat kedai semata-mata untuk bagi kad.peringatan juga pada diri sendiri,yang saya akan hantar kad undangan untuk menjemput kawan-kawan bila saya nak kahwin nanti.cuma masa nya belum tau lagi.doakanlah yang terbaik untuk saya juga.oke.bukan apa,asik dok tulis entri pasal wedding orang,wedding saya tak tau lagi.hahahaaaa....


dalam dok tak tau lagi bila nak kahwin tu,otak ni da ligat berputar.asik cakap kat mama,nanti aza kahwin,aza nak buat kat sini,nak macam ni,nak macam tu....tapi mama cakap lambat lagi la nampaknya...huhuhuuuu







MAJLIS SANDING NORSHAH & KAMIL

Lama sangat tak update blog ni,dah makin bersawang rupanya.bukan takde idea,tapi takde sumber laptop.huhuhuuu....idea berenang-renang dalam kepala ni,tapi bila laptop depan mata,semua hilang entah pergi kemana.haish......

oke lah,disebabkan idea masih tak jumpa lagi,ini saya tunjukkan gambar sekitar wedding sepupu saya (belah ayah).persandingan ni berlaku minggu lepas,pasangan Norsyah dan suaminya Kamil selamat diijabkabulkan pada jumaat 2/3/2012.majlis pernikahan mereka kami tak dapat hadiri,kerana jatuh hari jumaat,kata abang pengantin selaku wali,pernikahan di KL sekarang ni mesti la dilakukan pada hari bekerja.sebab tok kadi dapat cuti hujung minggu gak kot....heheee....

lokasi persandingan di pihak perempuan di adalah di dewanraya Kampung Sungai Pusu,Gombak.memang orang kampung kat sini kalau kahwin buat kat sini,senang.masak pon secara gotong royong. *tapi saya tak termasuk didalam golongan orang bergotong royong ituu

bukan apa,kami tutup kedai tengahhari sabtu,pastu baru gerak ke KL.sampai di KL pon lebih kurang waktu senja....malam bila pergi ke dewan,semua kerja dah siap.orang gotong royong pon dah balik.yang tinggal cuma makanan yang untuk dimakan....hihihii

oke,sila lah tatap gambar-gambar ini...





sepupu saya jugak-Azny dan saya...jangan kata muka saya tembam.saya tau lah.huh.




sekian,itu saja.takde mood bila perut lapar.otak tak boleh berpikir dengan sempurna.huhuhuuu....

bai.







Wednesday, February 22, 2012

UNGKAPAN HATI SANG BIDADARI

Ungkapan Hati Sang Bidadari 

Bismillah..


Teruntuk engkau yang mencintaiku.. Ketika kau masih tak mampu menghalalkanku.. Ijinkan aku berbicara tentang cinta padamu..

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Sesungguhnya… Kata kata cintamu tak menjadi mata air yg jernih di
padang pasir di tengah sahara hatiku.. Tetapi justru…
Menjadi percikan api yg setiap saat mampu membakar diriku..

Membakar rindu yg seharusnya untuk Rabb-ku..
Membakar cemburu yg seharusnya untuk Rabb-ku..
Membakar semangat yg seharusnya hanya karena Rabb-ku..

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Ungkapan perasaanmu tak membuat bunga-bunga di taman hatiku merekah.. Tetapi justru membuat bunga itu layu sebelum mekar.. Duri-duri bunga itu seketika tumpul.. Lemah dan tak mampu lagi melindungi sari bungaku..

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Sungguh kata- kata cintamu setajam pedang yg siap menebas apapun..
Tidak-kah kau ingin mengalihkan pedangmu itu untuk menebas apapun..
Tidak-kah kau ingin mengalihkan pedangmu itu menebas nafsu …
Dan gejolak hati yg kini meresahkan jiwamu.?

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Aku bukan malaikat yg tak punya hawa nafsu..
Aku hanya manusia biasa yg juga menginginkan cinta ..
Kehadiranmu memang mampu memberi sebuah warna ..
Tapi sungguh itulah yg membuatku tersiksa..
Bukan aku tak mampu menghargai yg kau rasa.. Tapi sungguh
bukankah aku akan gagal mempertahankan hatiku yg selalu ingin terjaga..

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Tidak-kah kau ingin cinta itu sesuci cintanya ali dan fatimah ..
Dalam diam ia mencinta.. Dalam rindu ia ber do’a..
Jika karna cinta kau mampu menjadi seorang pujangga..
Tidak-kah kau ingin mempersembahkannya kpd cintamu yg sesungguhnya..
Allahu Rabbi…. Tak tahu-kah kau bahwa cemburunya teramat luar biasa.?

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Bukankah cinta sejati bukanlah yg menyakiti.?
Tapi taukah engkau..
Perasaan cinta yg kau bilang tak bisa terdiam terlalu lama
Tapi bisa kau halal-kan dengan segera..
Sesungguhnya menyakiti jiwaku..
Melalaikanku menjadi seorang hamba..
Dan mendekatkanku pada angan-angan semu yg seharusnya tak boleh ada ..

Wahai yang mencintaiku karena-Nya…
Renungkanlah…Tak ada kebahagiaan yg sesungguhnya kurasa saat ini..
Yg ada hanya kesibukan untuk selalu membenahi diri Tak ada kata terlambat untuk segera memperbaiki..Simpanlah cintamu hingga Allah memutuskannya nanti. . . . .

Bisikan hati…

Ya Allah sesungguhnya aku mendambakan cinta hambaMu yang turut mencintaiMu sedalam dalamnya..

bidadari ke..???


di copy 100% dari fb chik masruna abdul wahab





Thursday, February 2, 2012

KENAPA BILA SAYA BUAT SURPRISE SAYA YANG MENANGIS?

Hmmm....saya sangat pelek,kenapa setiap kali bila saya buat surprise birthday party saya yang akan mengalirkan air mata....macam funny kan?saya rasa macam saya yang terharu sesangat.macam birthday party tu adalah untuk saya... *tangan di dada mata ke atas

Heheheheee....kali pertama saya mengeluarkan air mata masa surprise party adalah lebih kurang 6 tahun lepas.masa tu saya tinggal kat Serdang.dok umah sewa bersama 3 orang lagi kawan perempuan.kitorang plan untuk surprise seorang birthday boy,Harry.teman satu department bekerja.kami tinggal di flat yang sama,cuma lain blok je.seriously kami satu department memang rapat gila...macam air yang di cincang takkan putus,bagai isi dengan kuku,macam cubit peha kiri,peha kanan yang rasa.haaa....macam tuu la.

oke,plan malam tu memang berjalan lancar.kebetulan seorang kawan serumah saya,Lizzie kerja shift malam dengan Harry dan kawan-kawan lelaki yang lain.saya,Yana dan Dina standby kat umah.bila kitorang nampak kelibat diorang kat bawah,cepat-cepat kitorang switch of lampu.Lizzie mintak Harry teman dia naik ke rumah kami.mula-mula Harry taknak.sebab dia penat.dia suruh Nanang yang teman.tapi Nanang pon kata nanti dia takut nak turun sorang-sorang...huhuuu...baek punya plan tau....Lizzie pon pandai memainkan peranan.dia suruh Harry yang bukak kunci pintu rumah.sebab,keadaan sangat gelap.hohohooo...bila Harry bukak pintu....jeng jeng jenggggg.....dengan keadaan rumah yang gelap,cuma nampak cahaya lilin di depan pintu....Harry memang sangat-sangat terkejut bila kitorang nyanyi lagu happy birthday tu...dah la pulak tu,masa tu ada dalam 15 orang teman-teman yang turut sama menjayakan surprise party tuu...ohhhh...saya yang touching masa tu,bila tengok Harry menitiskan air mata gembira dia.bila potong kek,Harry suap kek ke mulut setiap kami yang ada....hmmmm....really miss that moment....



Dan kelmarin,saya dan kawan-kawan Fun 2 Fit Aerobik buat surprise birthday untuk our instructor,also one of Fun 2 Fit owner,iaitu kak Azy..also known as our diva...wow.....plan ni bermula dari kak Zahrah.dia yang beli kek dan jugak bayar untuk makanan.saya sediakan roti jala,salad buah dan jugak air.saya juga adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk bawak semua makanan ni.dengan itu,saya ditemani mak buyong yang dok sarat mengandung ni.nasib baik jugak,kak Nell tiba tepat pada masa yang saya sampai.so kak Nell la yang tolong angkat barang.takkan nak bagi Anne bawak kan?kebetulan jugak kak Nell tak join kelas petang tu.kak Amy pulak menjaga pintu.dia akan memastikan kak Azy tak menjengah kat pintu tangga...huhuuuu

masa kami sampai kat pintu,kak Azy tengah buat funtime,so kami siap keluarkan kek dulu.tetiba baru teringat,kami takde lighter langsung.camne nak pasang api lilin?huhuu...Anne dengan muka tak malu pergi pinjam lighter kat apek bengkel depan.nasib baik ada.bila habis satu lagu cooling down,saya terus pasang lilin...tetiba ada satu lagu lagi....arghhh....lilin dah nyala...saya pon terus hembus balik lilin tu,macam kek tu saya yang punya....huhuhuuu...Anne ngan kak Nell plak bley tergelak.nasib baik boleh control suara,kalau tak mesti kantoi...huhuuu...

bila dengar lagu dah habis,cepat-cepat kami nyalakan api balik...dan naik ke atas.muncul je kat pintu,jeng jeng jengggggg.......happy birthday to you.....kak Azy pon terkejut...sambil tutup muka ngan tuala,dia cakap jangan buat dia nangis...huhuuu...sekali lagi,macam saya yang nak nangis....hohohooo....



sebenarnya bila saya mengeluarkan air mata tu sebab saya happy bila orang yang kita nak surprise tu terkejut,gembira dan terharu....maknanya jugak,plan kita berjaya...yes3!!

oke lah...ada sape-sape nak buat surprise party untuk saya???

Tuesday, January 24, 2012

DESARU OH DESARU

Beberapa hari lepas,hati sangat-sangat merindui kedamaian laut.terasa macam nak release tension kat tepi laut.jeles rasa dihati bila tengok kawan-kawan post status picnic ditepian pantai.rasa cam da bertahun-tahun kaki ni tak menjejak desiran pantai....chewahhh....padahal baru beberapa bulan lepas bercanda di pasiran pantai Port Dickson.cuma tak berkesempatan nak update kat blog je.sebab ada masalah gambar.

Tahun baru cina ni kami mengambil kesempatan yang ada untuk menghirup angin laut yang segar bugar...fuhhh....kebetulan adik-adik saya yang belajar kat KPJ Nilai,UiTM Segamat dan juga UiTM Terengganu turut ada,jadi tanpa pikir panjang tengahari Isnin semalam, lepas tutup kedai saya dan mama ke Jusco untuk beli barang makanan.cadangnya cuma nak beli sosej dan juga gas dapur kecik.tapi alang-alang dah sampai jusco,terus beli beef marinated,lamb marinated,ayam goreng crispy....macam nak berkampung seminggu plak.huhuuuu....

Perjalanan ke Desaru pon bermula...cer tengok gambo yang kabur bawah ni,sape yang drive??


dan sape pulak yang melepak kat belakang???





wahhh...senang hati kan??selalu ayah yang drive,kali ni saya yang drive.dari rumah sampai le ke side parking Desaru....huhuu...terasa diri ni hebat sebab bley buat side parking belah kanan di kawasan yang terhad je.....huhuuu....

turun je dari kereta saya terus tanya kat mama

"ma...ini desaru ke port dickson???"

agak macam soalan bodoh kan...tapi,kalau korang tengok keadaan pantai Desaru tu camne,korang akan tanya soalan yang sama....seyes beb orang ramai gila...macam semut....takde tempat yang kosong.semua dipenuhi dengan manusia yang berbagai ragam....tapi yang paling ramai nya bangsa asing la...rasa cam kat pantai luar negara pon ada...sebab ada orang bangladesh,vietnam,myanmar...international beb..



bila kami dapat port yang agak baik,ayah dengan hakim terus terjun mandi.kami pulak mula untuk memasak makanan yang ada.nasib baik bawak stove kecik tu,senang nak bawak dan diguna.cuma yang tak senangnya ialah angin pantai yang bertiup dengan kuat.sampai kan minyak untuk menggoreng tu memakan masa hampir setengah jam nak panas.tu baru nak panas,belum lagi untuk menggoreng.bayangkan la,berapa lama yang kami ambil untuk dapat makan???tuu la...nak sangat angin pantai kan?hah...amek laa....hirup dalam-dalam...


masterchef Desaru





wajah keseronokan mandi pantai

mama kata macam tak percaya pulak hakim dah sebesar ni.tengok la tu,dah hampir sama tinggi ngan ayah.ngan saya plak jangan cakap la...memang saya dah kalah.kalau dulu masa hakim kecik-kecik,kitorang gi mandi laut hakim punya lah takut nak jejak air laut tu.sampai nangis-nangis.kalau mandi kat swimming pool pon camtu.kitorang berendam,dia dok mandi kat shower.huhuhuu........


bila da lapar,apa pon bedal...

percaya atau tak.lepas siap masak dan makan,mendung mula berarak kelabu.titis-titis hujan mula terasa,cepat-cepat kami bungkus barang dan menuju ke kereta.sampai je kat kereta terus hujan lebat.haish....jauh-jauh datang dari Skudai,semata-mata untuk memasak di tepi pantai.nak jejak air laut pon tak sempat.adoiii......

sudahnya,terus je la balik Skudai.next time je la datang lagi.pasni nak camping kat situ...boleh??














klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...