jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Monday, February 28, 2011

BANDUNG-TANGKUBAN PARAHU

pagi tu,kami agak terkejar2 breakfast.makan pon ala kadar je.sebab da lambat.padahal masih awal pagi lagi....huhuu....ok,lepas breakfast kitorang terus naik bas.destinasi kami pagi ini bukan destinasi shopping lagi ye...tapi utk menikmati keindahan alam....fuh,selamat dwet aku...

pagi tu jalan tak jam pon.mungkin sebab ni Agung suruh kitorang keluar awal...supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.semasa dalam perjalanan ke TANGKUBAN PARAHU,seperti biasa Agung akan terangkan tentang lokasi yang akan kami pergi.Agung cerita tentang kisah dongeng ke,realiti ke sy pon tak tau.tapi cerita ni kira cerita rakyat orang Bandung.

Tangkuban ni maksudnya ialah terbalik.Parahu tu maksudnya ialah perahu.jadi maksud TANGKUBAN PARAHU ialah perahu terbalik.ceritanya ialah satu ketika dulu ada seorang puteri yang sangat cantik bernama Dayang Sumbi.dia ni ada bela seekor anjing.lepas kawen Dayang Sumbi dapat seorang anak yg bernama Sangkuriang.Sangkuriang ni suka memburu.dia da berjanji dengan emaknya,iaitu Dayang Sumbi akan membawa pulang hati rusa.Sangkuriang pon pergilah berburu dengan anjing kesayangan emaknya tu.disebabkan tak dapat rusa,Sangkuriang ni pegi bunuh anjing tu dan bawa pulang hati anjing.kononnya hati anjing tu ialah hati rusa.tp Dayang Sumbi ni tau.dia marah,pastu ketok kepala Sangkuriang dengan senduk kayu.ada la parut kat dahi Sangkuriang ni.dengan rasa geramnya Sangkuriang lari dari rumah.dia pergi mengembara dan belajar ilmu batin.bila Sangkuriang dah besar,dia pulang ke kampung.dan kemudian jatuh cinta dengan seorang gadis cantik.dia tak tau gadis cantik yg dia nak kawen tu sebenarnya emak dia sendiri.Dayang Sumbi dapat tau bila nampak kesan parut kat dahi Sangkuriang.untuk mengelakkan daripada Sangkuriang terus melamar emaknya sendiri ni,Dayang Sumbi bagi syarat.iaitu Sangkuriang mestilah menyiapkan sebuah perahu dalam satu malam je.Sangkuriang ni kan ada kuasa magic,so dia mampu buat semua tu.bila Dayang Sumbi nampak Sangkuriang hampir berjaya,dia berdoa la pd dewi2 dia kononya la.... permintaan Dayang Sumbi diperkenankan,tetiba matahari mula terbit,menandakan hari sudah siang.Sangkuriang sangatlah marah kerana tak sempat menyiapkan perahu seperti yang dipinta oleh Dayang Sumbi,lalu menendang perahu tu sampai terbalik.maka,jadi lah TANGKUBAN PARAHU.

kami ada gak tanya Agung,apa jadi pada Dayang Sumbi dan Sangkuriang lepas peristiwa tu,tapi dia sendiri pon tak tau....huhuuu...tapi,yang peleknya TANGKUBAN PARAHU ni sebenarnya adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif!peh....jangan la meletop time2 ni....tapi takle aktif sangat macam Gunung Merapi yg meletop bape bulan lepas tu.

ok,kami tiba di lereng bukit,kena parking bas kat sini,sebab kenderaan lain tak dibenarkan naik ke atas.tapi di sediakan shutle untuk naik ke puncak.berapa bayaran yg di kenakan sy tak pasti,sebab Agung yg belikan tiket.

sepanjang perjalanan menuju ke puncak,hidung kami disaji kan dengan bau sulphur!kuat ooo bau sulphur ni.dan setibanya di puncak,mak aihhh...sejuk tuu...maybe sebab masih awal pagi.patot la Agung suruh pakai sweater dan pakai cover shoes.kat sini lagi banyak sang penjual.macam2 barang yg dijual.keychain jangan nak kata la,memang banyak gila,macam2 bentuk.ada yg jual sulphur yg dibotolkan,orang kata belerang gunung berapi ni boleh rawat penyakit kulit...hmm..ada gak yg jual senduk nasik kayu yg konon2nya digunakan oleh Dayang Sumbi untuk mengetuk kepala Sangkuriang.ada yang jual strawberry dan raspberry...sy beli tp sy tak pandai makan,nampak buah2nya memang segar.


rombongan cik sham ke TANGKUBAN PARAHU

cantik Agung amek gamba kami....huhuu

anis,tok,kak ida dan ika

ini la gunung berapi tu

berasap lagi tu siot....

selamba je bakar jagung guna cara ni...

sejuk2 makan jagung bakar...peh,terbaek wok..


kat sini ada gak gerai2 yg jual souvenir,sandal,baju....er,sy beli beberapa helai t-shirt TANGKUBAN PARAHU....ika beli sandal,dan kak ida beli mafela.dalam taknak bershopping,masih gak ada yang kami beli...nasib baik tak banyak sangat barang yg menarik perhatian sy.lepas jalan2 cuci mata,kami menaiki shutle untuk turun ke lereng bukit.sempat gak la makan cucur jagung sementara tunggu shutle.............


to be continue






No comments:

Post a Comment

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...