jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Friday, February 4, 2011

EPISOD 16:AKU SEORANG BLOGGER

sambungan dari episod 15

Tanpa disedari,air mata Fariq berguguran...setitis demi setitis.tak pernah rasanya dia hadapi semua ini.terasa terlalu berat untuk di tanggung.Fariq cuba untuk menepis semua perasaan sedih...sedih kerana tidak dapat memiliki Ilya.sedih kerana malu dihadapan teman-teman.sedih kerana orang yang selama ini di pandang sebagai pembantu rupa-rupanya ialah ibu kandungnya sendiri!

Terasa diri ini begitu kejam memperlakukan sebegitu rupa kepada ibu sendiri!

Tetapi tidak adil lah bagi Ilya....Ilya layak mendapat kasih sayang dari seorang kekasih.dan juga kasih sayang daripada seorang abang.....iaitu AKU!

ahhh,kenapalah kisah ini begitu rumit!

Tiba-tiba bahu Fariq di sentuh seseorang.Fariq tersentak.dia menoleh.hampir terbeliak biji matanya melihatkan sesusuk tubuh lelaki dihadapannya itu.

Haqim!

"apa yang kau buat disini?"soal Fariq
"macam kau jugak...."balas Haqim,ringkas.
"cakap saja lah yang kau datang kesini untuk gelakkan aku kan?"Fariq tertunduk
"gelak?kenapa aku harus gelakkan kau?sedangkan kau orang yang paling beruntung dalam hal ni..."
"aku kau kata beruntung?beruntung sebab tak dapat kan Ilya?!"marah Fariq
"kau beruntung Fariq....kau beruntung sebab jadi abang Ilya.beruntung sebab kau menjadi tempat pelindungan Ilya.Ilya berharap penuh dengan kau.sedangkan aku?pandang sebelah mata pon dia tak mau tau tak?apa yang aku buat selama ni langsung tak dapat bukak hati dia pada aku...."

Fariq terdiam dengan kata-kata Haqim itu.
kalau lah kau tahu Haqim.....yang Ilya memang sudah jatuh hati pada kau....


"tapi tak apalah.....sekarang aku redha...kalau Afiq yang menjadi pilihan Ilya,aku terima.asalkan Ilya bahagia.punya tunang dan abang yang mengambil berat terhadap diri dia..."keluh Haqim

Sekali lagi Fariq terdiam.kalau Haqim boleh terima kenyataan kenapa tidak aku?

terimalah kenyataan Fariq...bahawa Ilya adalah adik kandung kau!Bahagiakan Ilya sebagai adik!tanggungjawab seorang abang adalah untuk membahagiakan adiknya,bukan merampas kebahagiannya...mungkin Tuhan akan temukan kau dengan gadis yang lebih baik...


Tiba-tiba Fariq tersenyum sendiri....Haqim pelik.

"kenapa kau senyum?"soal Haqim
"kau memang layak untuk adik aku....."balas Fariq
"aku?dia sudah ada Afiq la!atau......kau ada adik lagi?yang lagi cantik dari Ilya?heheee..."Haqim tersengih
"amboi amboi amboi......kalau aku ada sepuluh adik perempuan,sepuluh-sepuluh kau nak sebat?!"Fariq cekak pinggang.
"eh,abang....abang jangan lah marah......saya gurau je abang...."
"apa abang-abang?belum sain tak boleh panggil abang lagi!"seloroh Fariq
"oh,kena sain jugak ye?"Haqim garu kepala
"sebelum tu kita kena ada plan....."kata Fariq
"plan?plan apa?"Haqim bertambah pelik
"kau tunggu sekejap......"Fariq bangun,dia menuju ke keretanya.Dan kemudian mengeluarkan laptop.

Haqim bertambah pelik....


"ok,plan kita ni bermula daripada blog ini........"cadang Fariq

sambungan di episod episod 17


episod 1-15

11 comments:

  1. wahh makin menarik ni..fariq dah kamceng la pulok ngn haqim.. ;p

    to fariq, kesian ko tetap takde jodoh gak dengan ilya..terimalah hakikat..haha

    ReplyDelete
  2. yes fiza. pandai kau menyaspenkan cite. goooood!

    ReplyDelete
  3. eh mana komen aku kat blog ni,, takde pon,, penat aku membebel smlm.. uhukz.. btw.. ni episod 17,, sila link kan ye.. :p

    http://thecrowempire.blogspot.com/2011/02/episod-17aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  4. Macam janggal je Si Fariq dgn si Haqim tu jadi kamceng. keh3.. tapi tak pe. Ini semua demi kebahagian Ilya Suhana sy. auw..

    Sori shafiza sbb lambat bace. Entri telah di sambung.

    (fuh...)

    (^___^)

    ReplyDelete
  5. siti safiyyah
    lepas ni kita tengok,mesti lg menarik....hehee

    ReplyDelete
  6. pina,
    cite da nak sampai episod akhir kena la bg suspen kan?huhuu

    ReplyDelete
  7. the crow empire
    kena la jg kebahagiaan heroin kan?heee

    ReplyDelete
  8. EPISOD 18 (penutup) telah siapp!
    yeahaaa.. jempot baca! hee..

    http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html

    ReplyDelete
  9. hahaha...Haqim follow Fariq...

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...