jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Thursday, March 17, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



16/03/2011-rabu
CITY SQUARE JB
baru lah saya berkesempatan nak menonton wayang murah....heheee....biasa lah,nak jimat kos kena pilih time yang sesuai iaitu hari rabu.sebab wayang cuma rm6.bukanlah berkira,tp kalau kita boleh berjimat kena tidak kan?asalkan jangan beli vcd pirate je.....

ok,wayang yang di nanti2 kan mesti la HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.filem arahan bekas bofren saya iaitu Yusry KRU sume lelaki hendsome dalam Malaysia adalah pakwe kau Fiza....heheee....sebab pertama yang saya nak sangat tengok cerita ni ialah SAYA MENYOKONG FILEM TEMPATAN!ada paham?sebab kedua ialah cerita ni menelan belanja yang sangat besar,so rasanya mesti la cerita ni grand gila kan?sebab ketiga ialah saya sangat suka lagu tema yang nyanyi kan oleh pakwe saya yang ke 4 iaini Anuar Zain!ooohhh,sungguh mendayu2.

cerita ni mengisahkan kerajaan Langkasuka.menurut sejarah,Langkasuka ialah kerajaan pertama yang dibina di Asia.masa tu kerajaan Siam pon tak wujud lagi.watak Merong Mahawangsa yang dibawakan oleh Stephen Rahman Hudghes adalah seorang lelaki yang hidupnya belayar kesana dan kemari.tiada tanah air dan tak disukai oleh penduduk dimana saja dia berlabuh,sebab perangainya yang suka menggoda gadis.Merong Mahawangsa ditugaskan untuk menjaga Putera Marcus dari kerajaan Rom yang akan berkahwin dengan puteri dari negeri China.malangnya tragedi diserang lanun dari puak Garuda membuatkan Putera Marcus hilang di laut dan puteri China pulak di culik oleh puak Garuda.Merong Mahawangsa yang cedera parah dalam kejadian tersebut telah di selamatkan oleh seorang pawang yang bernama Pak Kesum lakonan Dato' Rahim Ghazali.seyes sangat kelakar rupa Dato' Rahim Ghazali,sebab selama ni kita tengok lakonannya sebagai seorang lelaki veteran yang smart.tetiba rupanya jadi begini :-


memang ramai gila gelak bila watak Pak Kesum ni keluar.Ummi Nazeera pulak sebagai Embok,anak angkat kepada Pak Kesum yang pernah menjadi mangsa rogol Kamawas orang kuat puak Garuda.rasanya watak Ummi Nazeera tak banyak sangat pon.watak Puteri Mei Li Hua yang dibawa oleh Jing Lu lebih banyak berbanding watak Embok.

hasil kerja KRU ni memang terbaik la.rasa macam filem Hollywood pulak.cuma yang saya rasa tak berapa nak best sangat ialah perbualan antara Puteri Mei Li Hua dengan dayang dan panglima nya,rasanya lagi best kalau dialog mereka ni di buat 100% dalam bahasa cina.barulah nampak real datang dari negeri China.ni tak,speaking london je.watak Kemawas yang dibawa oleh Khir Rahman memang terbaik lah,tak salah KRU pilih dia untuk watak ni.

ok,tu je la yang saya nak cerita tentang HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.pesanan saya pada sume,support lah our local film!yeah!!!



p/s thanks pada bestfren-Adie sebab sudi teman saya tengok wayang,midnite plak tuh...huhuuu

 

No comments:

Post a Comment

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...