jangan segan silu untuk klik ye!

jangan lupa klik sini jugak!

Pages

busuk

Tuesday, March 1, 2011

BANDUNG-FACTORY OUTLET,RUMAH MKN RAJA MELAYU dan KARTIKASARI

lepas lunch,kami meneruskan aktiviti shopping kami....haih....abes dwet aku....nasib baik la sy da mintak Agung tukar  kan dwet sy kat money changer.lokasi shopping kami kali ini ialah Jalan Riau,Factory Outlet.sepanjang jalan kat sini ada banyak factory outlet.memang happening tempat ni.nampaknya macam akan habis lg dwet sy...huhuuu.....sepanjang perjalanan di Jalan Riau ni ada banyak patung2 superhero.besar2 plak tu.antaranya ialah Ultraman,Batman,Hulk,Spiderman bla bla bla......






kat sini sy telah melaburkan dwet sy lg utk beberapa helai baju....hmmm,papa kedana la sy balik Malaysia nanti.tapi decoration factory outlet kat sini memang cantik2.baru sy perasan,setiap kedai2,restoran ataupon factory outlet pon ada sediakan mussolah...er,surau la!sedangkan kedai yg jual baju2 sexy pon ada sediakan surau tau.hmmm,marilah menunaikan solat ye,tak kira dimana jua anda berada...

ok,lepas puas berjalan dan bershopping sampai gelap,kami menuju ke RUMAH MAKAN RAJA MELAYU untuk dinner.kali ni masakan sumatera.ada gak masakan minang dan melayu.



raja melayu mana ni ek?

kan sy da kata restoran2 kat Indonesia ni cantik2 tau

menanti utk dihidangkan makanan
puyuh


daging minang ni sejibik macam andak sy buat!pedasnya pon cukop,huhuu...rindu kat kampung Gombak

welcoming drink....jus timun???erk.....

konon2 je ni minom...sy tak reti la minom honeydew jus...

ok,lepas makan,kami beransur pulang.sebelum ke hotel,Agung bawak kami ke sebuah bakery house yg memang top gila kat Bandung ni,iaitu KARTIKASARI.memang ramai gila orang kat sini.sumenya berebut nak membeli.disebabkan kami tiba agak lewat,so tak banyak sangat pilihan yg tinggal.

KARTIKASARI

sila jangan terliur ye

sangat menarik perhatian,tp sy bukan makan pon,kakak sy je yg beli

sy beli ini....brownies choc+cheese...seyes sedap gila!!!

selepas mengabeskan dwet kat KARTIKASARI ni,kami menuju pulang ke bas.mak aih...sy tengok kawan pakcik sy beli kek berkotak2 tu,banyak betol dia beli.mesti orang Malaysia yg kirim.kesedapan kek2 kat KARTIKASARI ni memang telah diketahui ramai....wah,macam iklan gitu....huhuu....next time sy pegi,sy pon nak beli banyak2 jugak.sebab da tau memang sedap betul!

ok,perjalanan di teruskan menuju ke hotel.dalam hati sy sangat3 lah gembira sebab dapat pulang awal.da berapa hari kat Indonesia ni asik tido lambat,tapi kena bangun awal pagi...huh.perjalanan agak perlahan,sebab jalan jam teruk.di tepi2 jalanraya kota Bandung ni sy tengok ada banyak kumpulan2 pemuzik jalanan remaja.mula2 sy agak pelek,pastu baru sy tau.mereka2 ni sebenarnya pelajar2 universitas di Bandung ni.mereka mengambil peluang malam minggu macam ni untuk bermain muzik dan menyanyi di jalanan,sambil mengutip derma utk kebajikan,antaranya untuk mangsa Merapi.diorang ni macam enjoy je,tanpa segan silu,peramah plak tu,tak kisah orang bagi derma atau tak,diorang betul2 entertain dgn happy.biasanya setiap kumpulan lebih daripada 10 orang,tak kira lelaki ataupon perempuan.kalau lah pelajar2 universiti dan kolej2 kat Malaysia ni buat camni,sekurang2nya ada gak aktiviti berfaedah,daripada clubbing sana sini,dapat gak membantu orang2 yang susah.

setelah tiba di hotel,sy dan kak ida menuju ke sebuah spa yang selang beberapa bangunan daripada hotel,untuk buat tempahan sebab,esok pagi adalah aktiviti bebas sebelum pulang.ada yang akan ke PASAR BARU lg untuk sambung shopping.tapi sayang,sebab spa tu bukak pukul 10 pagi,dan kami harus checkout pukul 11pagi.haih....takot tak sempat plak,takpe la,kat Malaysia je la......

sy terus pulang ke hotel.kak ida,ika dan anis plak berjalan menuju ke SOGO yg tak jauh dari hotel.isk,diorang ni tak reti penat ke?banyak lagi ke dwet sampai nak shopping kat SOGO plak?sy malas nak ikot,sebab penat gila.so sy cuma rehat di bilik sambil fesbuking,sampai la voucher hotspot sy tamat...huhuuu....

to be continue





1 comment:

  1. Good news untuk peminat Brownies KARTIKA SARI & AMANDA

    Pre order dibuka sekarang.

    Pick-up point area: Putrajaya, Nilai, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 17th nov 14

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    ReplyDelete

klik tau

busuk shout

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...